Selasa, 29 September 2009

Misi ke2 ini merupakan rentetan kegagalan misi pertama apabila di mana ketika misi pertama dijalankan iaitu hampir dengan bulan ramadhan. ketika itu berduyun-duyun manusia menyerbu ke Royal belum bagi mengelak bulan Ramadhan. Di tambah pulak dengan satu platon askar yang berkampung di lokasi perkhemahan kami. Maka hasilnya, " muley laaaa", kata apek kedai kelam kabut kat Gerik.
Misi kedua telah dicadangkan seperti sedemikian:

Tarikh : 24-25 Oktober 2009
Ahli Misi :
1. Khairil (tuan Bot, tukang masak 1)
2. En. Kama ( pemburu upahan 1)
3. En. Yus ( pemburu upahan 2)
4. En. Daniel (Koordinator Misi, tukang masak 2)
5. Ust. Sabri ( Pen. koordinator, Logistik, pemancing tekun, tukang baca doa )
6. En. Mizi ( Pakar Umpan)
7. En. Dan ( Tok Batin, panglipurlara)
8. En. Deth ( Pemancing Setia, stor barang)
9. En. Sli ( Bos Site Camp, tukang buat gadget)

Lokasi : Sg. Rambai, Royal Belum.

switch your mode

bila cuti raya seminggu, maka urat2 baloq pun mula membelit pelajar-pelajar aku. kalau pelajar yang kelas belakang mmg baloq tahap gaban. mabuk lemang, rendang dan kuih raya mmg tak hilang lagi. Kalau kelas depan kuranglah sedikit baloqnyer. tapi baloq tetap baloq.. maka bebanan untuk mengubah mode pelajar yang sememangnye tiada dalam syllibus tergalas juga di bahu guru cabuk macam aku nih. sejak zaman aku sekolah lagi, kalau bukak sekolah lepas cuti raya memang x belajar le aritu. alasan penat, tak larat, cerita pasei raya pun x abis lagi. tu leh realitinya..
button power pada henpon, kalau tekan lama2 makan padam leh dia. tapi kalu tekan sekali amaka terkeluarlah paparan yang memaparkan mode henpon. ade general, meeting, senyap, profile, active dan sebagainya. itu kalau nk tukar mode henpon ttp nk tukar mode manusia memang sukar. klu lah ade button mcm tu kt badan pelajar2 aku, mmg mudah le keroje aku. tapi awas klu pelajar pompuan, salah tekan bley didakwa mensabul. Tapi Alhamdulillah, 80% pelajar aku aritu berjaya diubah mode daripada mode raya kepada mode belajar. aku berpesan kepada mereka, button itu tiada lah daya aku untuk menekan dan mengubahnya. hatta profesor, doktor dan menteri besar pun x mampu mencari dan mengubah mode dalam skelip mata. button itu, hanya diri anda yang tahu di mana lokasinya dan hanya anda yang mampu menekannya dan anda jugalah pilih mode nye. kuasa di tangan anda.. mahu berjaya atau tidak..

the beginning

dah lama aku dok layan blog org2. aku juga rajin dan menggatal tangan membantu blogger2 di tempat kerje ku. aku juga telah dilantik untuk menjadi fasilitator untuk membina blog. dan aku x de blog. yang aku ade blok motor panther txr 150 yang dah tersadai 4 tahun yang lalu. maka, tanpa sebarang ugutan, tanpa mendapat sebarang mimpi, dan x de angin, x de ribut, aku terasa nk bikin blog. rasanya angkara blog dari seorang bekas pensyarah masa aku study di UPSI dulu. blognye sungguh suci. sungguh telus. tulisannya adalah dari hati nuraninya. aku sudah pasti tidak mampu mengarang ayat2 yang cantik dan baguih dok ada. masa spm aritu BM aku dapat 5 jeh. dah lak tu, aku org maths. bab-bab ngarang ni memang fail. maka dengan itu, apa yang tersurat tu, itulah aku... Salam untuk semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...