Selasa, 13 Oktober 2009

Manda

Kejadian air memang menakjubkan. Adakalanya air menjadi penyembuh dan adakalanya menjadi pemusnah. Dalam satu ceramah yang disampaikan oleh seorang Prof dari UPSI, beliau telah menyelitkan sesi ceramahnya dengan tentang keajaiban air. Menurut beliau, ada seorang pengkaji dari Jepun telah mengkaji molekul air dengan menggunakan kamera berresolusi tinggi untuk merakamkan keadaan molekul apabila diuji dengan set-set tertentu. Set-set yang dimaksudkan itu agak unik iaitu keadaan molekul air apabila diucapkan dengan perkataan yang baik-baik seperti 'good', 'arigato' etc dan keadaan molekul air apabila diucapkan perkataan yang kurang baik seperti satan! Uniknya apabila diucapkan perkataan yang baik, molekul yang terhasil sangat cantik kerana merupai bentuk bunga. Sebaliknya molekul air akan berkecai dan tak cantik kalau disebut perkataan satan. Lebih unik lagi apabila disebut Allah, Islam dan lain-lain perkataan berkaitan Islam, molekul yang dirakamkan berbentuk sangat cantik dan bercahaya. Jadi tidak hairanlah kalau orang kita selalu mintak air penawar pada tok guru-tok guru dan air Yaa-Sin dijadikan sebagai air penerang hati. Kalau satu perkataan Allah pun telah menbentuk molekul cantik lagi bercahaya inikan pula dibacakan surah Yaa-Sin.
Kemudian diceritakan pula tentang ranking air yang paling baik untuk diminum. Ranking nombor 1 rupa-rupanya air hujan. Lagi bagus kalau air hujan itu di malam Jumaat ketika bulan penuh. seperkara lagi yang menrik tentang air, sekiranya anak-anak demam, mandikan mereka sehingga menggeletar terutamanya sejukkan bahagian tulang belakang. Katanya, kuman menigtis akan mati bila sejuk melampau.
Tu pasei klu bawak anak mandi kat Lata Lawin, memang sampai kecut dan menggeletor leh anak aku tu.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...