Isnin, 21 Disember 2009

Hari Yang Indah

Hari ini, Isnin 21hb Disember bersamaan 4 Muharram adalah hari yang biasa untuk semua rakyat 1Malaysia. Pagi yang mendung. Tanda-tanda hujan akan turun seperti hari-hari semalam. Hujan yang diutuskan bagi menyambung gelombang-gelombang banjir serta H1N1. Gamaknya.. Bagi mereka yang bekerja, hari Isnin yang mendung serta sejuk menyebabkan balutan di selimut bagaikan berakar umbi mencengkam badan.


Tetapi tidak buat Karim. Dari malam tadi lagi lena Karim kurang nyenyak. Isteri Karim sibuk mencatatkan selang waktu sakit perutnya. Setiap 10 minit sakit pun datang. Tanda-tanda sumpahan mak buyung akan berakhirlah itu. Tanda-tanda awal sudah menunjukan sumpahan ini akan berakahir. Selepas sarapan pagi, Karim awal-awal lagi telah standby untuk menghantar isterinya ke mak bidan. Lebih-lebih lagi selang waktu sakitnya sudah semakin kerap. Setiap lima minit mulalah berkerut dahinya.


Setelah sampai di wad bersalin Hospital Pontian, mak-mak bidan dah standby menerima kehadiran mak buyung. Selepas daftar, Karim termangu di luar wad. ”Encik kalau nak masuk pun boleh”, kata seorang mak bidan kepada Karim. Bukan tak nak masuk, selsema. Hampir sejam Karim di luar akhir seorang mak bidan datang dan menjemput Karim masuk untuk menyambut kelahiran insan baru tanpa nama. Karim masuk. Selamba. 4-5 orang jugak mak bidan termasuk cik bidan. Karim kaku. Lidah kelu melihat proses kelahiran ini. Karim hanya mampu memapah mak buyung sahaja. Seorang mak bidan menyapa,” Suami beri semangat pada isteri ya. Bantu dia”. Karim tak tau nak buat apa maa...


Alhamdulillah dekat 5 minit akhirnya, jam 1016 pagi insan baru tanpa nama itu pun lahir bersama tangisan. Bayi lelaki yang biru badannya. Dibalutnya insan baru itu kemudiaan cik bidan kelihatan menggunakan tiub suction pada insan baru itu. Dari mulut sampailah hidung. Selepas dibersihkan. Karim diminta mak bidan mengazankan insan baru yang beratnya 3 kg itu. Alhamdulillah, maka selesailah urusan menyambut insan baru pada hari ini. Bila Karim keluar dari wad itu, hari yang tadinya mendung telah bertukar menjadi terang benderang. Buat masa ini, insan baru itu digelar dengan nama Arif. Berikut adalah nama-nama yang telah dicadangkan oleh sahabat Karim iaitu seorang ustaz. Arif Mikail, Arif Zakwan, Arif Muaqri, Arif Zamaksyari, Arif Izdiyad, Arif Ikhwan, Aqil Arif, Iffat Arif dan Arif Ruqnuddin.




0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...