Sabtu, 20 Mac 2010

Homemade Ice-cream

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hari ini kalian sangat beruntuntung sebab berpeluang menerima satu petua istimewa daripada Makcik Wok, tauke minyak gamat yang termasyhur itu. Silakan Makcik Wok..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. TQ tuan tanah blog sebab mengizinkan makcik wok berkeudara di dalam blognya.. Hari ini makcik wok berbesar hati ingin berkongsi satu resipi turun temurun iaitu ice-cream berperisa gamat. Bestnya ice-cream ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan terjamin kehalalannya, menjimat wang seisi keluarga dan perisa ice-cream boleh mengikut selera anda (kalau suka makan ciku, boleh buat perisa ciku, kalau suka makan tembikai, perisa tembikailah ice-cream anda malahan perisa budu atau tempoyak pun boleh buat wa cakap lu).

ibu-ibu bapak-bapak sekelian,

bahan-bahan asas:
1. power supply. klu kg x de bekalan letrik, belilah generator berkuasa diesel atau petrol.
2. mixer. jgn pakai mixer yang bancuh simen sudah lah bro.
3. peti ais
4. bekas nak isi ice-cream.

bahan-bahan ice-creamnya:
1. sekotak susu segar - tak kisah apa brand pun. janji segar.
2. 200g coffe-mate
3. coklat chip
4. perisa kegemaran anda.
5. gula secukup rasa.

cara-caranya:
1. masukkan susu sekotak, 200g coffe-mate dan gula secukup rasa ke dalam mixer dan pukullah sehingga bahan2 tadi cedera parah. Kalau korang ada masalah nak membelasah sebab kesian, korang boleh upah mana-mana bouncer atau Seri Dul samseng Kg. Dusun. Diorang mmg handal memukul.
2. bila dah cedera parah dan kembang, korang masukkan ke dalam bekas dan letak dalam freezer lebih kurang 4 jam. ( biar beku)
3. Kemudian keluarkan semula dan pukul guna mixer semula.
4. Agak-agak cedera parah, korang masukkanlah perisa kegemaran korang.
5. tuang ke dalam bekas dan hiaslah dengan chip cekelat.
6. bekukan.
7. bila dah beku, sedia untuk dimentakedarah.






0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...