Selasa, 16 Mac 2010

Memburu Baung Di Sekitar Lawin

Libau, Apek dan Kulop Bahudin bukanlah satu gandingan angler yang sering memancing bersama. Entah apa angin yang menyebabkan mereka bersatu untuk memburu baung di sekitar kampung mereka. Misi bermula jam 4.00 petang apabila mereka bertiga menuju satu tempat rahsia untuk mencari ulat kek-kek. Ulat kek-kek adalah sejenis larva untuk spesis 'kumbeng'. Bahasa paling mudah, ulat kek-kek yang dah besor akan menjadi kumbang.
Memang handai sungguh en. libau mencari ulat kek-kek. Sekali cangkul, 3-4 ekor ulat kek-kek yang dapat. Rasanya hampir 30-4- ekor gak ulat kek-kek yang mereka perolehi petang tu.
Jam 7.00, mereka mula bergerak ke lokasi sasaran baung. Lokasi pertama adalah di Lata Ulu Lawin. Jam 8.00 malam, hanya sekor ikan baung yang dapat didaratkan. Kemudian mereka pindah ke kuala sungai lawin-kenering. Di situ 3 ekor baung mereka daratkan. Tempat terakhir adalah di loji Kg. Air Pulau. Sekor lagi baung didaratkan.
Misi ditamatkan jam 10.00 malam kerana nak membelasah sup tulang di rumah kenduri di salah sebuah rumah orang kampung deme.





0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...