Khamis, 11 Mac 2010

Tahun ini Karim Bogeva dilantik sebagai "Orang Tulang Belakang" Perkhemahan Perdana di tempat kerjanya. Karim Bogeva tak kisah dengan tugas-tugasan sebegitu kerana baginya asalkan gajinya bertambah berkat dan 'pure' kehalalannya, wokeh saja. Kalau asyik menolak kerja, baik motong getah.

Karim Bogeva tak kisah kerana koleksi kertas kerja perkhemahan memang bersusun dan berguni-guni dalam simpanannya. Karim juga tak kisah sebab Cikgu Aziz lagi handal dan bersedia berkongsi ilmu khemah-menghemah ini. Karim Bogeva juga tak kisah kerana kalau tiada guru lain yang sanggup bermalam di Pulau Perhilitan itu, Karim Bogeva masih ada kroninya. Kroni-kroni Karim Bogeva atau SMSIS2 Angler Team sanggup menyahut cabaran meninggalkan keluarga 3 hari 2 malam.. Karim Bogeva mengakui bahawa agar sukar bekerja dengan orang yang mempunyai komitmen lain misalnya ada anak kecil, anak tak sihat dan komitmen-komitmen lain yang diakui oleh Makcik Wok Tauke Minyak Gamat. Lebih-lebih lagi kalau aktiviti yang perlu bermalam-malaman. Karim Bogeva tak kisah kerana beliau seorang memahami. ( memahami= membaham mi sampai putus)

Kini perancangan Karim Bogeva telah berada di landasannya. Kelulusan dari Ketua Pusat Pendidikan Biodiversiti Ulu Belum telah diperolehi. Tarikhnya 7 hingga 9 Mei 2010. Kertas kerja masih berjalan dan harapan Karim Bogeva agar budget perbelanjaan yang dianggarkan mencecah RM5000 itu akan diluluskan oleh Big Bossnya.

Menurut Ketua Pusat Pendidikan Biodiversiti Ulu Belum iaitu En Shahrim, antara aktiviti yang boleh di lakukan di sana nanti adalah aktiviti keyakinan di air, berkayak, rintis halangan, lawatan konservasi ke tasik, perkampungan orang asli, sira/jenut, menjeguk bunga Raflesia/bunga Pakma dan semestinya hadiah istimewa untuk guru pengiring/ Jawatan kuasa adalah trip memancing yang 'kipassusahmati'. Kalau hasil lumayan, bolehlah ber Bar-B-Q besar di sana nanti. Kata Karim Bogeva, " tak dapat ikan besar, kijang barang sekor dua jadilah".

salinan kepada:
kem Komandan: Ust Nasir
s/u: Den
bendahari: Atini
Chief XtVt: Saha
melayu gambar: Peja & Zaidi Jr.
ahli komplot: Ust Sabri, Ust Asri, Ust Zuki, Che Det, Che Dang, Sli, Nan, Mizi.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...