Sabtu, 20 Mac 2010

Wuiyooo.. Half price wwooo..

Seawal jam 7.00 pagi, Kassim Burnetto telah bersiap-siap memakai 'compitable pant'nya. Bersemangat waja Kassim Burnetto. Lalu dia ke rumah Aye, menjemput 'banker'nya. Mereka mentakedarah di pokok ceri sementara menanti Ah Fatt yang akan menjemput mereka dengan 'ford ranger'nya seterusnya menjemput Black.
Misi mereka kali ini bukan pergi berkayak, memancing mahu pun skodeng anak dara mandi, tetapi mereka ke Jitra kerna ada sesuatu yang menarik perhatian Ah Fat, Black, Aye dan Kassim Burnetto.
Jam 11.00 pagi, mereka tiba di Jitra. Di sana Pak Teh iaitu bapak sedara Ah Fat dan sepupunya telah menanti. Ada khabar gumbira di situ. Tanpa melengahkan masa, mereka menyendatkan ford ranger dan terus menuju destinasi itu.
Tengahari, mereka berada di tempat itu. Memang sempoi... cakap je nak design apa.. sumer ada.. abis semua ceruk mereka pusing. Dari pintu depan sampai le ke belakang.
"Tauke, anggaran harga 1ribu punya mana?", kata Ah Fatt iaitu ketua misi kali ini. "Ini la.. Lia munya folk muley on/off". "kasi wa rm950", kata tauke. "Angkat 3", confident je Ah Fatt. "Apa kaler mau? merah dengan silver saja ala," kata tauke tersenyum sebab deme udah borong banyak barang nih.
Berikut adalah laporan bergambar mereka;







Beskal sesuwai utk track hiway

Untuk pompuan. RM2 rat jer



Black sedang memegang body fully carbonize. Body je RM5000


Pemasangan beskal BMX


Beskal BMX yg dieksport ke Holland


Jamis RM5000.. carbonize body


Mesyuarat ahlul komplot bersetuju memilih denver dari jenama raleigh
kat kedai beskal RM 1750. Kt sini half price...


Klu dah setuju, kasi pasang laa..



OTW balaik. Sawah bendang selepas dituai.. kering & kontang

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...