Jumaat, 2 April 2010

Ops Baung sekitar Lawin lagi

Libau, Apek dan Den berpadu tenaga lagi. Setelah penat mengcangkul di sekitar lokasi rahsia bagi mendapatkan umpan ulat kek-kek, jam 730 mlm mereka mula memburu baung di empangan loji Air Pulau. Ketika syiok mendaratkan baung, tetiba hujan turun selebat-lebatnya. Berteduhlah mereka di dalam kereta sambil melayan lagu-lagu Loudness. Bila hujan mula reda, mereka meneruskan operasi. Melompat beruk Libau tatkala seekor ular air melakukan lintas hormat di sebelahnya. Mereka kemudiannya berpindah lokasi iaitu di sungai Cik Halim. Di situ libau mendaratkan seekor baung sebesar lengan. Lokasi akhir mereka adalah di sungai masjid Lawin. Di situ Den mengganas dengan menaikkan 2 ekor baung yang sama saiz dengan ikan baung tangkapan Libau. Saksikan gambar2 ops baung kali ini.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...