Khamis, 26 Ogos 2010

VF a.k.a Virus Fever

Pada hari terakhir kejohanan Perahu Layar MSSM di Kuantan, aku diserang VF. Bengkak kelanjar dan demam yang agak teruk. Sekembali dari klinik, demem kembali pulih tetapi bengkak di kelanjar masih ada. Apabila tiba di perak, demam aku semakin pulih. Masuk hari ke 4, demam semakin menjadi-jadi. Suhu demam meningkat sehingga 40.8'c. Selasa, aku di tahan wad. Doktor suspek aku demam denggi dan laptopirosis. 5 hari di wad platlet aku kembali normal dari 80 menjadi 226. Sabtu petang aku discharge dari wad. Rasanya kali terakhir aku masuk wad ketika darjah 2. Sungguh menyeksakan duduk di wad. Sehari 5 kali darah diambil.
Keluar dari wad, isteri aku pula demam. Apabila dia sembuh, kedua-dua anakku pula demam. YaAllah aku terima segala dugaanMu di bulan Ramadhan ini. Berikanlah kami kekuatan bagi menghadapi dugaanMu ini. Sembuhkanlah kami dari penyakit demam ini.. Amin

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...