Ahad, 29 Mei 2011

b

Lemak kasar dan komposisi asid lemak telah dikaji dalam 16 jenis ikan air tawar di Malaysia. Sebanyak 9 ikan ternak dan 9 jenis ikan liar telah diekstrak kandungan lipid dengan menggunakan kaedah pengekstrakan soklet pelarut kloroform: metanol. Hasil kajian menunjukkan bahwa jumlah lipid dalam isi ikan ternakan lebih tinggi dari ikan liar, dalam julat 20 - 50 % (bt/bt) dan 4 – 15 % (bt/bt) masing-masing. Ikan baong menunjukkan kandungan lipid jumlah tertinggi berbanding ikan kajian lain iaitu sebanyak 51.64%, diikuti oleh ikan bawal merah dan ikan patin dengan peratusan sebanyak 46.2% dan 43.2% masing-masing. Kandungan asid eicosapentaenoik, EPA and asid docosaheksaenoik, DHA adalah tinggi dalam ikan liar berbanding dengan ikan ternakan. Antara spesies ikan dikaji, ikan belida menunjukkan kandungan EPA (2.9%) dan DHA yang tinggi (12.1%), diikuti oleh sepat siam (EPA; 3.0% dan DHA; 12.8%) dan tengalan (EPA; 1.1% dan DHA; 7.2%). Ikan-ikan lain sebaliknya menggandungi asid w-3 dalam peratusan yang rendah. Persekitaran dan diet ikan di mana ianya ditemui menjadi faktor utama dalam perbezaan kandungan asid lemak tersebut.

Dipetik dari abstrak jurnal oleh Jumat Salimon, and Nurasyikin Abdul Rahman, (2008) Fatty Acids Composition of Selected Farmed and Wild Freshwater Fishes (Komposisi Asid Lemak dalam Ikan Air Tawar Ternak dan Liar Terpilih). Sains Malaysiana , 37 (2). pp. 149-153. ISSN 01266039






Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...