Isnin, 23 Mei 2011

Al-Fatihah pembuka bicara sebagai sedekah untuk mangsa-mangsa yang terkorban.
Kejadian ini telah memberi impak kepada keluarga wa sebab abag ipar wa iaitu Angah Jun merupakan salah seorang tenaga pengajar sukarelawan di Rumah Anak Yatim At Taqwa tersebut. Selain mengajar anak-anak yatim di situ, beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid tersebut. Mereka selalu buat show di istana-istana dan sering mendapat jemputan korporat di seluruh negara. Kerana sibuk membuat show, Arif Zakwan (anak wa nombor 2)  dah setahun lebih baru dapat jumpa Pak Ngahnya.

Setelah hampir 2 hari kejadian tersebut berlaku, baru td kami berkesempatan menghubunginya dan bersms dengannya. Berikut adalah cerita beliau yang telah diubah mengikut tahap pencapaian gred Bahasa Melayu SPm aku...
Ketika kejadian tersebut, abang ipar wa memang berada di tempat kejadian. Namun dia terselamat kerana beberapa perkara yang akan diceritakan kemudian.

Awal pagi kejadian:
Kebiasaanya Angah parking keretanya bersebelahan dengan khemah tempat pelajar-pelajar tersebut bersiap dan membuat latihan nasyid. Tp pada hari kejadian beliau parking di bawah.

Sejam sebelum kejadian:
Selepas solat Zuhur, beliau pergi ke khemah tempat pelajar-pelajar sedang membuat persiapan. Namun beliau berpatah balik semula ke asrama kerana ingin menyiapkan buku laporan prestasi pelajar yang masih belum disiapkan. Kemudian beliau kembali semula ke khemah bersama buku pelaporan pelajar untuk disiapkan di sana. 

Seminit sebelum kejadian:
Ketika beliau melangkah menuju khemah itulah tanah telah runtuh dengan tiba-tiba dan menimbus terus khemah tersebut. Kejadian tersebut  berlaku di hadapan matanya sendiri. 

Semasa kejadian:
Melihat pelajar serta rakannya yang tertimbus, Angah terus cuba menyelamatkan mereka dengan mengorek tanah dengan tangannya. Habis luka dan berdarah-darah kakinya. Jeritan suara anak-anak yatim serta rakannya membuatkan Angah terus menggali tanah-tanah yang menimbus mereka. Menurut Angah, semasa permulaan tanah runtuh tersebut itu berlaku, masih ramai yang bernyawa. Kelewatan dan kesesakan orang ramai di lokasi telah menyebabkan proses menyelamat menjadikan semakin buruk hingga mengorbankan ramai nyawa. Namun begitu terdapat mangsa yang mati dengan serta merta akibat ditimpa batu dari runtuhan bukit tersebut.

Angah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak media yang banyak memaparkan berita yang memburukkan Rumah Anak Ytim At Taqwa tersebut. Ada berita yang tersasar dari maklumat sebenar. Ketika di hospital juga, Angah dan rakan-rakannya sering bergaduh dengan wartawan yang menyesakkan kawasan hospital dan rumah mayat sehingga menyukarkan waris untuk berurusan dengan pihak hospital. 
Berita-berita buruk mengatakan rumah anak yatim tersebut tidak mempunyai CF membuatkan Angah dan rakan-rakannya semakin berang dengan wartawan pundek ini.

Berikut adalah sms yang isteriku terima dari Angah:

SMS 1:
Kat lembah Azween. Penempatan sementara. Baru malam td rest, mkn, mandi dan salin pakaian. X tau nak gi mana or watpe. takut nak balik rumah, sorg abg n adik kt umah dah pergi. Pondok jd kaw larangan la ni.Dok tk kuar2 dr bilikni dr mlm td. Air mata x abis2 lg ni. Painkiller sakit blakang aritu dh banyak telan ni. Ni dh nk demam lak. Tq ingat jun ya :(

SMS 2:
Sya tgk dlm paper arini sme nak salahkan kitaorg.. Pnh ker sebelum ni dorg amik tau psl anak2 yatim ni..??? Banyak lak citer yang tk btol kuar, mcm2 lak cter.. Btol la kn, kalo x de cmni sme org tutup mata jer psl anak2 yatim...

SMS 3:
Tlg kami ya, media2 lebih sensasikan cter2 mereka. Apalah dosa kami pd mereka mmbela anak2 ini. Termasuklah org2 yg kononnya pandai agama.. Allahhuakbar.. Baru la ni nk kuar statement!!! Tlg citer kn yg sebenar.. tq.

Dalam kejadian yang meragut 14 16 nyawa tersebut, dua orang mangsa adalah housemate beliau iaitu Arwah Farid dan seorang lagi adik angkat beliau. Nama tak pasti. Kunci keretanya pun entah di mana.  Mungkin tercicir semasa cubaan Angah untuk menyelamat. Dompetnya br td dipulangkan oleh seseorg yg mungkin tercicir di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut memang trauma bg Angah. Buat sementara ni, beliau masih bercuti..
Untuk pengetahuan korang, abg ipar wa ni engineer di U mobile, seorang yang aktivis sosial untuk anak-anak yatim At Taqwa. Selain bermain gendang untuk kumpulan nasyid At-Taqwa, beliau juga menjadi tenaga pengajar sukarelawan untuk anak2 yatim di sana. Kebanyakkan masa lapang dan cutinya dihabiskan bersama anak-anak yatim di sana. Mereka juga sering menerima jemputan nasyid utk majlis korporat hinggalah ke istana-istana di seluruh Malaysia. Dah macam artis abag ipar wa ni. Memang susah nk jumpa dia sbb anak-anak yatim di sana adalah segala-segala bgnya.

To Angah, be strong bro.. We proud of you... Tabah menghadapi dugaaan ini. Pedulikan wartawan bedebah yang sengaja mensensasikan tragedi ini bg melariskan akhbar mereka. Bina kembali kekuatan. Angah perlu kuat untuk memberi sokongan anak-anak yatim yang masih tinggal.. Kalau Angah lemah, mereka lagi lemah kerana Angah merupakan inspirasi mereka. Bro, we proud of you bro... Take care

Angah Jun

Sajiman n Shahlijat, I hate your statements. Klu perkara sebegini berlaku di Jepun, berlonggok-longgok menterinya dh letak jawatan. Golongan aku bg kau pandai, kau nk memperbodohkan aku plakkk!


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...