Sabtu, 7 Mei 2011

Arini McWok nak share satu  resepi sempoi iaitu Asam Pedas Pendekar.

Bahan-Bahannya:

Bahan A:

  1. Ikan Merah ( Kepala + ekor + isi) - dibersihkan utk hilangkan hanyornyer. Rendam dengan asam keping, air limau nipis dan sedikit garam. Bersihkan dan perap dengan air asam jawa dalam 2 jemput...
Ikan yang diperap bersama likatan air asam  jowoooo
Bahan B:

  1. Bawang besar sebijik
  2. Halia 5 cm
  3. Kunyit hidup 3 cm
  4. Cili giling 4 sudu besar
  5. Belacan skit. (Ikut tahap keluasan lobang hidung kalian)
Bahan C:
  1. Bunga Kantan dikarate dua
  2. Daun kelsum

Bahan D:
  1. Gula 1 sudu teh
  2. Garam 1 sudu teh
  3. Serbuk ikan bilis 2 sudu teh
  4. Serbuk perasa 'Pasti Sedap' 1 sudu teh
Cara-caranya:
  1. Bahan B  ditumbuk dan dicampur cili giling lalu ditumis sehingga pecah minyak dan agak sedikit garing.
  2. Masukkan Bahan C .
  3. Masukkan  air 1 cawan
  4. Masukkan Bahan D. Kalau kurang rasa, Tambahlah yanag mana-mana patut ikut citarasa kalian.
  5. Apabila telah mendidih, masukkan ikan yang diperap bersama air asam jawa tadi (Bahan A).
  6. Tutup periuk dan 'slow'kn api dan biar selama 10 minit.
  7. Masukkan bendi dan tomato ( Bahan E). Jangan sampai bendi dan tomato terlalu lembek. 
  8. Sedia untuk dihidangkan kepada pendekar.
Bahan B ditumis sehingga pecah minyak dan nyaris-nyaris raging
Tambahkan air. Pastikan air jangan terlalu banyak supaya tak hilang aura kepekatannya
Masukkan bunga kantan dan daun kelsum
Masukkan ikan bersama perapan air asam jawa tadi
Akhir sekalai, taruk bendi dan tomato
Assistant Chef  wa hari ini..

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...