Ahad, 29 Mei 2011

Tips Umpan

Kelkatu efektif untuk ikan air tawar




UMPAN kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang. Asalnya terbentuk dari serangga anai-anai yang dianggap musuh utama kepada penghuni rumah dan pemilik ladang, saudaranya iaitu kelkatu sangat efektif digunakan untuk umpan ikan air tawar ini. Ciri-ciri lain pada kelkatu iaitu mempunyai dua bahagian abdomen, sepasang sesungut dan dua pasang sayap berwarna perang cerah seluruhnya, mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah. Kebiasaannya habitat kelkatu boleh ditemui dalam busut atas tanah atau pokok dan kemudiannya akan terbang mencari kawasan baru untuk membina koloni barunya. Dalam koloni kumpulan ini, terdapat beberapa lapisan atau kasta yang diklasifikasikan sebagai raja, ratu, askar dan pekerja yang mempunyai tanggungjawab penting iaitu membina sarang diperbuat daripada tanah. Di negara ini, terdapat sekurang-kurangnya 175 spesies dan 42 genera anai-anai. Spesis yang biasa ditemui adalah dalam kumpulan Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae.

Umpan kelkatu mudah dicari apabila menjumpai kumpulan berterbangan berhampiran cahaya lampu rumah atau bangunan. Cara untuk menangkapnya adalah mudah dengan mengutip serangga ini yang terjatuh berhampiran kawasan lampu tadi selepas sayapnya gugur selepas itu. Dalam arena memancing, teknik pancing menggunakan joran teleskopik sangat berkesan dengan menggunakan umpan ini. Mata kail kecil bersaiz tujuh yang dicangkukkan dari bahagian abdomen belakang hingga kepalanya.




Anak tebuan untuk pancing puyu, haruan




.
UMPAN serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.

Baunya yang sedikit tengik atau berbau cukup di gemari ikan yang menghidunya untuk dijadikan menu makanan utamanya. Bentuknya menyerupai larva seakan ulat beluncas serta berwarna putih ketika masih ‘bayi’ dan berwarna kehitaman apabila dewasa, dijumpai dalam kepompong sarangnya.





Katak minyak umpan haruan, bujuk




KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit. Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.

Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.

Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu karauan secara perlahan dilakukan untuk meransang deria bau ikan.Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. Kini,

katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.




Buah mengkudu umpan ikan air tawar




BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.

Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.
Lazimnya buah ini tergolong dalam famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau pinggir hutan. Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau berkilat.

Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.
Taburannya yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi serta kanser. Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil.

Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal sepanjang setengah depa.Selain itu, kaedah lain iaitu menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail rambai turut berupaya menjinakkan
ikan air tawar.Difahamkan, bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit dan buah ara.Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah didapati di sekitar kawasan berkenaan.



Buah Ara upaya jinak kelah



BUAH Ara (Ficus auriculata Lour) juga diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.

Cirinya berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak.Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini.

Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah (Tor tambroides).Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini.Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.



dipetik dari  http://pancingkelah.blogspot.com
 

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...