Rabu, 19 Oktober 2016

goodbye smksis2...




Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Rabu, 15 Mei 2013



Assalamualaikum wm..wbt..  dan  salam sejahtera..

Yang dihormati,

          Para pembaca blog sekelian

Saya ingin melahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru tahun ini.  Semoga hari yang penuh bermakna bagi warga pendidik di setiap ceruk sekolah disambut dalam suasana yang ceria, harmoni dan menyeronokkan.

       Saya ingin mengambil kesempatan dan peluang pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima kasih Cikgu buat semua guru. Guru-guru  dilihat  begitu dedikasi, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. Mereka telah mendidik, mengajar, membimbing malah turut mengasuh murid-murid agar menjadi insan yang harmonis.

Bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Malaysia: 1 aspirasi, 1 agenda, peranan guru dalam melonjakkan transformasi pendidikan negara harus bergerak seiring dengan penerapan nilai-nilai murni. Anak-anak ibarat kain putih yang bersih maka sememangnya ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Namun,  ibu bapa turut meletakkan harapan yang tinggi agar anak-anak mereka  turut memiliki sahsiah yang sempurna semasa di sekolah.

Kerana apa? Kerana di sekolahlah, anak-anak ini berpeluang untuk mengembangkan bakat, kebolehan, kecenderungan, mengeluarkan pendapat, berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Peluang tersebut tidak mereka miliki semasa mereka berada di rumah atau bersama keluarga. Lebih-lebih lagi apabila para guru dijadikan  sebagai  role model kepada keberkesanan pendidikan untuk murid-murid di sekolah dan masyarakat

Selaku Tuan Tanah, saya turut merasakan betapa pentingnya sambutan hari guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan hari guru ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa Malaysia. Justeru, wajarlah bagi murid-murid, ibu bapa dan masyarakat meraikan sambutan hari guru . Inilah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa insan yang tidak ternilai yang bernama guru.

Kepada semua murid yang saya kasihi sekalian, hargailah jasa para guru.

Setiap insan di dunia ini belajar daripada seorang guru. Tanpa guru kita tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam. Guru ialah insan yang mesti kita hormati selepas ibu bapa kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan dirahmati Illahi.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca-melukis-mengira.

Kepada semua para pendidik, jasa, bakti dan pengorbanan yang cikgu berikan amat dihargai dan disanjung tinggi. Sama-samalah kita memanjatkan doa agar semua guru di bumi ini diberi kekuatan, kegigihan  dan kesihatan agar dapat  melaksanakan tugas yang mulia ini.

Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu, cikgu.
Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu, cikgu.
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu, cikgu.
Terima kasih cikgu,


Sebagai mengakhiri kata-kata, dengan lafaz
saya dengan ini MERASMIKAN majlis sambutan hari guru Blog Sifooden bagi tahun 2013.

Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam........
 



Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Ahad, 20 Januari 2013

let me speak *******

listen...listen...listen...listen...listen..




Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Rabu, 8 Ogos 2012


ketika bulan mengambang, kelihatan 2 kelibat angler tgh mengusung joran. deme ke titi ganda lg.. jam 11.00 mlm aksi deme pun bermula..

Buleh sekor baung jer.. Tengalan x ngusik langsung mata kail deme..


Air surut ghupenye.. Ayor pun x cantik untuk mncing mlm..




Klu x dapat tengalan, kira misi x berjaya.. jd tunggu jugak sampai kui 10pg.





Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Isnin, 4 Jun 2012

Someone keep asking me,

Why are you interested in becoming an angler?

Jawapannye rupe gini:

1. Memancing mendekatkan diri aku dengan alam dan penciptaNya.

Sebab aku kalo mancing mesti masuk hutan banat. Kawasan yang terpencil. Yang kene trekking. Port yang tiada gangguan. Bila malam menjelma, bintang dan bulan menjadi menjadi teman. Nah.. Kerdilnya kita disisi Yang Maha Pencipta.



  2. Memancing mengajar aku erti kesabaran.

Sabar.. Sabar menanti umpan diragut. Bukan senang nak dapatkan ikan mabeless... Kalau kumpaw pun redho. Tak cepat melatah..Kalau tak de kesabaran, susah.. Kesabaran ini dibina dari kesabaran yang sedikit sampailah tahap kesabaran yang tinggi. Kalau tahap kesabaran yang tinggi. Tali kene rentap dengan ikan sampai putus pun bleh tersenyum..



3. Aku jadi lebih alert

Alert dari mcm2 aspek. Keje mengikat perambut, bermain dgn alatan tajam sampai la tali kail ditarik slowwww pun bleh taw..



4. Aku memancing sbb," I need my own time".



Sbb bila dah mancing.. aku x nak fikir pasei rumah.. pasei kerje.. masalah negara dan sebagainya..

5. Aku nak release tension.

Kita akan release tension bila kita buat apa yg kite suka. Klu org gile karaoke, dia akn pegi karaoke. Klu gile clubing, dia akn pegi huha di clubbing utk release stress. Dah aku suka mancing, aku pegi mancing le.. Phuiiiiii..

 
6. Aku dapat makan ikan yg terbaek dari ladang.

Ikan yg betui2 fresh.. ikan yang rare.. jarang2 jumpa.. ikan yg rege dia 1 kg = rm60.00  atau 1kg = rm120.00.. Mana maw cari kawan... dekat pasar pun tarak.. kalau ade pun insang dah lebam..Phuiiii..  mancing je bleh dapat. 










Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Isnin, 16 April 2012

Wishlist 2012

Den berhajat bonar utk memiliki:
1. Jam Gelang Tangan Protrek.


2. Den nak pogi ngail tanpa kumpau di Kenyir

3. Den nak ambik lesen B Full
 Den bukan nak motor dio, nak kan lesen dio jo.. B Full

4. Elikopter.. Sonang den nak gi skodeng ikan kolah aihhh
Hakkk Ptuiiiii...



Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Selasa, 3 April 2012

 My philosophy of teaching mathematics has change..
the words " fast & correct" are no longer exist in my mind..
i don't bloody care if they got the wrong answer..
and who care if they took a little bit of time or a lot of time.. mine tooo..


Now, ive turn to...


maths is fun
Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Rabu, 12 Oktober 2011



Sempena hari ke'drop'an aku yang jatuh pada hari ini jam lebey kurang 0400H, aku dedikasikan lagu ini untuk aku.. Ptuiiii...





Just because I have dropped, doesn't mean I'm looser..


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Rabu, 28 September 2011

Hit & Run

 Ptg td, Wa dan Sir Mizi menziarahi student Wa di Kg. Plang..

Siapakah dia Syafiqah?
Sebenarnya wa x pernah pun mengajar dia. Tp wa selalu jumpa dia kt bilik seni iaitu port wa lepak & dengar koleksi lagu rock inggeris dulu2 milik Cikgu Pian (Sifuu Seni). Bebudak Form 6 sekarang tengah sibuk menyiapkan ukiran kayu bertemakan kasih ibu iaitu kerja projek seni stpm diorg. Syafiqah ni lemah lembut orgnya. Jadi wa selalu la tolong dia memahat2 apa yg patut. Wa juga selalu ngusik dia ngan slang Plang iaitu "jalan Plang  banyok tahik lemu ats jalan".

Kenapa dengan Syafiqah?
Raya ke5 yang lalu, Syafiqah telah disondol oleh sebuah kereta. Akibatnya motosikal beliau terbabas lalu melanggar tiang elektrik. Beliau bernasib baek kerana memakai helmet. Walaupu begitu, kecederaan beliau agak seriyes. Beliau patah rahang serta kaki kiri. Rahang yang patah telah digantikan dengan besi.

Yang Menarik dan Misterinya Kes Ini?
  1. Hingga kini, kes ini diklasifikasikan sebagai langgar lari walaupun saksi awal mengatakan sipelanggar adalah orang kampung  tempat kejadian tersebut berlaku.
  2. Saksi utama adalah jiran suspek yang melanggar.
  3. Katanya kereta yang dipandu suspek bukan milik suspek tetapi adalah milik warisnya yang bekerja sbg polis Gaban di area berhampiran.
  4. Pegawai penyiasat En. Gaban iaitu seorang sarjan sheriff mcm nak tak nak je menyiasat kes ini. Klu tanpa saksi, tak bleh nk menyiasat ke.. Tak kan x de suspek kot.. atau ada apa-apa ker? Ptuiiiiii!
  5. Pengakuan saksi utama mula menunjukkan perubahan seolah2 mahu berpaling tadah. Maklum le berjiran dengan suspek. Ptuuuiii!
  6. Saksi  utama mula mengelak dari bapa mangsa apabila diajak ke Balai disko untuk memberi keterangan. Tak kan sudah dibayar kot? Ataupun digertak seseorang? Macam sial... Ptuuiii!! Ptuiii!
  7. Ada ka patut diorg kata  Syafiqah terbabas sebab berSMS atas motor.. momemtum terbabas dan disondol lain beb.. Ptui..ptuii... Nk SMS cmner kalu helmet visor gelap.. Ptui.. ptuii.. punya ayat melambat2kan siasatan.. Nampok bebenor nipunye..
  8. Detektif Conan telah mengesyaki bahawa berlakunya pakatan antara saksi utama, suspek (keluarga suspek)serta pihak berwajib Gaban. Ini kerana suspek berjiran dengan saksi utama. Kemediannya salah seorang waris suspek adalah seorg anggota polis sindikit Gaban Z pootong dua.. Apakah saksi telah dibayar? Apakah Peg Penyiasat En. Gaban itu sahabat baik/rakan sekerja dengan salah seorg waris suspek? Adakah kereta dinaiki suspek sebuah kereta panas sehingga cuba dilenyapkan kewujudannya dalam kes ini? 
  9. Rasanya kes ni lenyap begitu sahaja seperti yang telah dirancangkan oleh mereka, mereka dan  mereka.. Ptuiii!
  10. Kepada kamu yang melanggar lari.. Kamu mungkin terlepas di dunia ini.. Tetapi kamu tak akan terlepas dengan hukuman Allah. Sebagaima terseksanya suspek menderita 3 minggu di hospital. Rahang diskru, makan melalui tiub, kaki patah, persediaan STPM terbantut dan sbgnya.. Kau akan terima balasannya kelak.. Kalau tak di dunia, akhirat pasti.. Hidup kamu di dunia pula akan sentiasa dihantui dengan hantu Kak Limah dan Hantu Bonceng serta tragedi ngeri ini.. Tidur malam mu juga tidak lena.. Kamu tidak akan tenteram.. Hantu bonceng pasti akan follow kamu.. Ptttuuiii!!!!!!
Kepada Syafiqah dan Keluarga ( Pakcik, Makcik serta Kakak Fiqah yang Comel.. Hahaha)
  1. Kami mendoakan yang terbaek untuk kalian.
  2. Bersabarlah dengan dugaan demi dugaan ini.
  3. Biarkan pun keadilan semakin pudar dan sukar untuk ditegakkan, Allah tetap bersama kita.
  4. Semoga cepat sembuh dan kembali ke sekolah. We miss U!


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Sabtu, 17 September 2011

Trip Gigil Ganda-Dala

Gigil-menggigil.. itu yg terlontar dari mulut wa tatkala bulan yang terang tiba2 diselaputi awan hitam. Bintang yang sepatutnya menyinari alam kedamaian hilang yang akhirnya diganti dengan titisan mutiara. Dr jam 1230pg hinggalah ke pagi hujan x henti. Solat subuh pun dalam hujan.Alhamdulillah, hasil pun gigil jugak..







Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Selasa, 30 Ogos 2011

Perutusan Khas

Sempena hari yang mulia ini, ambo ingin mengucapkan:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
  2. Sambutlah hari raya dengan penuh kesederhanaan.
  3. Control makan especially yang tinggi kolestrol, gula dan lemak tersembunyi.
  4. Berhati-hati dijalan raya. Don't eat kueh raya while drive.I kill my brother woooo..
  5. Jangan main mercun yang merbahaya. Berbijaksanalah dalam bermain mercun. Sebab dh beli rugi plak x bakar.
  6. Duit raya x payah bagi banyak2 kt budak. Nanti makbapak depa yang balun. x pun depa beli benda yang bukan2 macam asid, cekedis dan dvd *****. hahaha.. Bagi semampu anda dan seikhlas hati. 









Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Selasa, 23 Ogos 2011

Zu Thaiping

Pada suatu pagi yang damai, my kids said,"Ayah, dah lama x pegi zoo kan..?". Bulan posa ni agak perit jugak kalau berjalan keliling zoo tu. Tp learning process punya pasai wa turutkan saja. Ptg jumaat kite serang teiping. Tido wotel, sok pagi kite ke zoo k.. Klu dh promise ngan bebudak ni, selagi x ditunaikan, selagi tu la dok ulang2. So, 19 Ramadhan wa serang teiping  dan 20 Ramadhan wa serang zuu.. Rupe2nyer syiok jenjalan dalam zuu remadhan ni.. X crowded.. binatang pun agak berani menunjukkan diri. Klu ramai org, diorg pun takut nak keluar dari sarang penyorokkannya. Hoohoohoo..







Dalam banyak2 binatang dlm zu, bola jugak yg manarik perhatian my son

Tarian payong

Gendut





Dekat lg






Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Khamis, 18 Ogos 2011

Air Tarung

You all suka minum air mineral ka? Wa apa jenis air pun wa balun.. air kencing setan je wa x layan.. You all penah dengar ke kisah air tarung nih? Air Tarung ni merupakan sejenis air punca dari bawah tanah yang sangat jernih dan boleh dibuat ayor minum tanpa was-was. Cumanya klu was-was bley la dimasak terlebih dulu. Tp mmg jernih dan ianya keluar dari bawah tanah macam paip air besar yg pecah.. Sentiasa jernih walaupun hujan lebat dan tidak pernah kontang sekalipun di musim kemarau. Magic kan..? Itulah kekuasaan Ilahi.. Lokasi Air Tarung adalah ke  laluan ke port mancing Jambatan Ganda atau menuju ke Kg. Air Ganda. Berhampiran Tapak Semaian Jab. Hutan Hulu Perak. Tiada sebarang charge dikenakan utk mengambil air tarung. Parking pun free. Cumanya bila hari minggu agak penuh dengan org ramai.

Air Tarung

Terdapat kolam buatan 3 tingkat utk bermandi manda. Sesuai utk kanak-kanak.

Yang ni dah kering

Ni antara saluran yg memancutkan air tarung. Kesemuanya ada 6 saluran paip  air tarung.

Kalau datang sini rugi kalau tak bawak botol minuman yang kosong. Ust Sabri sedang demo cara nk bawa balik air tarung.

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...