Rabu, 23 Mac 2011

 Inap di apartment sebelah Gurney Plaza

 Wa kat Penang Swimming Club

 Bot tgh launching

 Xtvt bila angin tarak. Latihan pusat di PD

 Geng2 x reti berenang

 Kanak2 bersukaria, cikgu kene jaga

 Hari tsunami melanda jepun. Cuaca mendung dan angin tarak. So, bawak budak jenjalan muzium tentera darat

 Izi n adrianna dan abg fadzil

 Datuk Maharaja Lela

 Bawak gi ayor mango best nihh

 Training angin light rasa perit x terhingga
 Prebet yg x lulus kite antor balik

 Gi mancing syiok naek menatang nihh

 Punishment on board

 Kanak2 ribena dalam condor

 Polis yg sedang menjalani latihan di kem askor

 Wallcycle

 Booommm

 Kebaaaboommm

 Soljar rempittt

 Capciborrr

 Pegi Sg. Tiang syiok naek nihh..

 Hawk yg enjin dia kene rembatttt..

 Baru nk snap pic, satu minachi lintasss.. Waaa..

 Berlatarkan monumen perwira yg gugur

 Sekali sekala cameraman kene tangkap plakkk..

 Dlm shuttle kita woooraaannggg

 Cikgu Fidah (johor) sedang memotong kek besday. Sebelum tu kene lambung ke laut. Tradisi sambut besday ketika regatta or kejohanan..

 Wa dalam bot yg keesokkan harinya kene rembattt..

 B.A neylpride


 Ekspo teluk kemang ada nih. RM5 utk 15 minit.. mcm best..

 Sail Perak

 Bendera Perak dihasilkan oleh Cikgu Basri

 Lobi GSV

 Dr balkoni GSV


Sekitar majlis penutupan


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Jumaat, 11 Mac 2011

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: [sim] ARTIKEL : Ketahui Hak Anda Dalam Saman Ekor: "
Ketahui Hak Anda Dalam Saman EkorOleh : Zulhazmi Shariff Ramai yang masih kabur dan tidak fah..."

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Khamis, 3 Mac 2011

Sementelahan* bertahun lamanya dan pada setiap kali cuti penggal yang pendek, maka berduyun-duyunlah gerombolan optimist serta laser membelah serta merempit di lautan.  Dikhabarkan pada tahun ini, kalender head of coach MSS Perak Sailing Team akan bermula pada hari ini iaitu 3 hb 3 bersamaan Tiga Mac di mana teman telah mendapat fax daripada PPD Manjung selaku tuan rumah  perahu layar MSSPk akan mengadakan pemilihan pelayar di Penang Regatta. Esok akan bermulanya acara marathon dan diikitu acara race individu sehingga hari Ahad. Hari Isnin ahli komplot akan berkemas2 utk bergerak ke Port Dickson untuk latihan pusat berkelompok MSS Perak. Setelah tamat latihan pusat, pelayar2 akan di bawa ke rumah urut makcik Wok sebelum menghadapi kejohanan sebenar iaitu Kejohanan Perahu Layar MSSM 2011 peingkat Kebangsaan. Ini tahun, teman punya target 4 helai emas iaitu, individu perempuan bawah 15. Kuda teman adalah Adrianna. Tahun lepas dia dpt pingat Perak. Pingat Emas kedua Individu Lelaki bawah 15. Kuda teman adalah Haris. Tahun lps dia dpt pingat Perak jugek. Pingat Emas ketiga adalah acara Laser radial perempuan. Tahun lepas Izie dpat emas. Tahun ni kira mempertahankan kejuaraan ler. Dan pingat emas ke-4 adalah dari acara optimist berpasukan. Tahun lepas team MSSPk dapat pingat perak. Mudah-mudahan gitulah adenyer...
Gambor sekadar hiasan.

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Rabu, 16 Februari 2011

Setelah berita menggemparkan Ustat Yie lulus lesen B Full, maka timbul pula akan berita penubuhan Idrisian bikers yang rata-ratanya bakal diangggotai oleh para Ustat, guru-guru kacak  guru-guru yang masih cik seperti tini dan azura. Hoohhhh!!!! Khabar  angin tersepit ini mula bertiup kencang sekali lg apabila kebanyakkan bakal idrisian bikers adalah terdiri daripada anggota tegar idrissian Anglers yang dok gila nk masuk Air Mangga untuk me'repeat' trip pembalasan memakan ikan kelah bakar di ats pulau berdepan lubuk Buaya. Aku terbayang-bayang je presiden Idrisian bikers nanti mesti Ustat Yie sebab dia sorang je ade lesen B Full. Klu betui le Idrisian Bikers ini menjadi.. Moh le kiter pakat-pakat beli menatang nih... X mahal sangat.. 'Mentenen' pun sempoi dan yang penting bley pnjat bukit ke Air Mangga dengan skali pulas 'terotel'... 'Mabelessss'...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Klik gambor utk pembesar maksima..

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Selasa, 15 Februari 2011

Malidur Rasul kali ini disambut dengan MTB apabila wa, Ahfat, Cikgu Mizi, Geng Plang, Geng Lenggong & Cikgu Mazli membuat kayuhan memcah lemak. Jumlah MTB yang terlibat adalah sebanyak 12 helai.Trek sejauh 14km melalui kawasan kebun, getah, ladang sawit, dusun durian serta perkampungan sekitar Tasek Raban dan Lata Papan.

 Diskusi di atas titi berlatar-belakangkan Lata Papan

 Kak Limah tolong amik gambor nih.

 
Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Rabu, 9 Februari 2011

Pelajar sering mengeluh apabila mempelajari topik-topik yang melibatkan inverses. Misalnya "inverse of matrices" dan "inverse of functions". Memeningkan juga, kerana kebiasaannya pelajar mempelajari sesuatu yg sealiran dengannya tetapi topik seterusnya menyonsang pula.. feninnn..fenin...
Bagi keme, tidaklah menjadi masalah sekira pelajar-pelajar itu sendiri patuh dan akur dengan pengajaran yang disampaikan guru. Yang jadi feninnye bila pelajar tersebut beraliran songsang.. songsang ler kalau dah pemalas buat latihan, tidak tumpukan perhatian di kelas dan songsang hubungan dengan guru.. 

Hitam songsang = Putih
Lelaki songsang = Bapuk/pondan
Perempuan songsang = Pengkid
Lelaki berhubungan songsang = Gay
Perempuan berhubungan songsang = Lesbi
Pelajar songsang = pelajar yang berasa baguih tetapi bengap nk mampussss... tidak mengamalkan etika pelajar. Lebih mengamalkan etika seekor berukkk...


The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrate. The great teacher inspires.

Komentar Akhbar

Berikut adalah petikan akhbar yg menjadi siulan dan makian di kantin sekolah teman semalam..


Guru tidak terbeban kerja

SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.

Mokhtar Sabah

Keningau, Sabah.

Petikan Utusan Melayu 7 Februari 2011

Komen keme:

puji version
Sedara mokhtar ni "one of them" laa.. dia seorang guru yg menjadi pentadbir yang dipenuhi dengan bebanan yang pelbagai. Dia telah menyuarakan masalah bebanan kerjanya kepada saluran yg sepatutnya tetapi tiada maklumbalas. Seperti guru-guru lain yang menyuarakan bebanan tetapi masih terawang-awang penyelesainnya. Meskipun pihak KPM masih dlm proses mencari penyelesaian masaelah ini, tetapi sedara Mokhtar cuba menghangitkan keadaan supaya pihak2 tersebut akan lebih membuka mata berkenaan isu ini. Kalau sedara mokhtar tak hangitkan isu ini, tak de le deme nak peduli masaelah guru-guru nihhh.. Kiranya sedara mokhtar ni mcm nk provok laa.. well dang cikgu mokhtar walaupun mike bukan cikgu punnnn...

maki version 
Mokhtar ni gilerrrrr.. dia nk statistik cikgu terbeban.. yang dia tu bahlol x tunjuk plak statistik cikgu tak membebankan.. bangang mcm cibaiiii cabai busuk. Dia ngata mcm2. kata cikgu sibuk ngan kejohanan sukan sendiri, para ustaz sibuk bg ceramah berbayar di luar, cikgu teknik ambik tender repair keter, wiring dan ngecat di luar. Mana statistiknya moktar samdol ooiii... Sedap je nk mintak statistik.. Mmg lu bangang x reti statistik la woiii..
kemedian dia kata dia malu menjadi guru kerne guru dewasa ini sering mengeluh dengan bebanan kerja. kalau lu malu, lu berhenti la jadi guru. Lu kerja jadi doktor haiwan ka.. jadi bisnesmang ka.. jd polis ka.. jadi ahli politikus ka... Kita orang mengalu-alu oramg macam lu resign kerna lu duri dalam daging babi.. Sedap je suruh cikgu2 ln resign..  Dia yg patut resign. Jd pentadbir nk nyenangkan diri je. Tak reti2 nk jaga kebajikan guru2 di bawahnya..
Lu penipu.. Lu kata seminggu guru mengajar cuma 16 waktu ja.. wadefakkkhekkk..  Nampok benor nipuuuuu... Tahu dekat usop wilca, mau dibakor umah mokhtar sabah nihhh..
*gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan Mokhtar Sabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...