Selasa, 24 November 2009

Aku kagum dengan tunjuk ajar sifuu seni form 6 iaitu Sifuu Suffian. Tunjuk ajarnya cukup bersahaja tetapi hasilnya memang sempoi. Sifuu Pian yang berbaju batik.
Berikut adalah hasil seni mereka yang bertemakan waja.

Isnin, 23 November 2009

Menjelang pertengahan November hingga tamat Disember adalah hari2 bergumbira buat aku kerna sekolah dah cuti beb... Hujung tahun ni juga aku bakal menyambut kedatangan insan baru ke dalam familiku. InsyaALLAH. Tetapi 28,29 dan 30 Disember kebahagiaan aku dirampas seketika kerna mesyuarat di sekolah pun bermula. HikHikHik.. Aku suka pergi mesyuarat sekiranya mesyuarat itu adalah mesyuarat yang berkesan. Kalau melalut entahapaentah yang aku hangin. Harap2 mesyuarat yang berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik sekelian.. di kala aku sedang bergumbira menikmati cuti, ada insan-insan yang tengah pening kepala memerah otak di dewan peperiksaan demi SPM dan STPM yang entahapaentah. Aku suka format SPM yang dulu daripada format sekarang. Sekarang pelajar tertekan mendapatkan A untuk setiap subjek. Adakah A yang yang diperolehi itu A yang berkualiti atau sekadar kuantiti atau A yang diperolehi kerana ”normal curved”.

Bukan mudah untuk cemerlang kalau tak tahu caranya. Ni ada beberapa tip yang belum pernah disiarkan atau didedahkan mana-mana penceramah di alam maya ini. Semua tip ini diperolehi berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan perkongsian pengalaman dengan mereka-mereka itu.

Kalau nak cemerlang kita mesti tip-top mental, rohani & jasmani. Mental ni termasuk kognitiflah. Kalau IQ bawah 90 susah nk score wooo... Nak tip-top kognitif ni mcm-mcm teknik ada. Dari teknik belajar, teknik menghafal, teknik membuat nota, sampailah teknik menjawab dalam peperiksaan. Ini lama punya cerita. Jasmani tu sihat badannya. Kalau demam, sakit pewut cammna nak jawab soalan. Jadi kena jaga kesihatan supaya boleh beraksi dengan baik semasa peperiksaan nanti. Rohani pulak persediaan dari aspek keagamaan. Sebagai muslim atau muslimah, perkara ini tak jadi masalah sekiranya kita berada di landasan yang betul. Selepas berusaha, kita bertawakal pada yang satu. Jadi takde masalah bab rohani ini beb..

Dari aspek mental ni pulak memang sukar diramal. Kalau anda tiada keyakinan atau kurang yakin untuk menghadapi peperiksaan, pasti ada gagal untuk mencemerlangkan diri anda. Kalau over confident, mudah pulak membuat kesilapan. Sekiranya dada anda sentiasa dupdapdupdap.. tu ’nervous’ namanya. Gementar dan gemuruh di jiwanya. Nervous itu normal. Tetapi sekiranya kita gagal mengawal atau menangani perasaan nervous ini dengan baik, ianya akan mengawal kita dan membawa kita kepada kehancuran dan kegagalan. Penyakit perasaan inilah yang menyebabkan pelajar yang ditarget sekolah atau guru kecundang. Mereka tip-top. Mereka top student. Mereka pelajar harapan sekolah. Harapan ibu dan bapa. Tetapi gagal menyerap tekanan. Mereka tertekan siuttttt...

Berikut adalah rahsia mental tip-top semasa minggu peperiksaan. Rahsia Makcik Wok tauke minyak gamat. Rahsia yang belum pernah dipaparkan di Tvtigeee. Rahsia yang belum pernah tersiar di mana-mana makalah seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, Sinar Hairan mahupun Kosemak di planet Zargus. Rahsia yang belum pernah diperdengarkan di corong-corong radio panas.fm, terbang.fm, ela.fm & muZip.fm di planet Zargus juga.

  1. Siapakah orang yang rapat dengan anda? Inspirasi anda? Mustahil tak ada kerana merekalah kuncinya. Bagi bebudak hostel, hubungilah insan itu. Pohonlah restu atau sembang-sembang kosong pun x pe. Bukan apa, bila mendengar celoteh ibu, kekadang rasa lega hati. Kalau tinggal di rumah, sebelum ke sekolah salam dan ciumlah tangan mereka. Walaupun ibu kita tiada PhD apatah lagi degree mahu pun sijil tadika tetapi kerna karisma atau bourne antara ibu dan anak itu maka lahirlah satu aura yang menenangkan. Bak bayi yang sedang menyusu badan di pangkuan ibunya. InsyaAllah tenang hati semasa di dewan peperiksaan. Walau bagaimanapun, tip ini akan terbatal sekiranya anda seorang anak derhaka beb..
  2. Jadual periksa yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tu potostat lebih skit. Satu tampal kat bilik, satu letak dalam pencil box dan satu lagi kasi kat ibu. Buat apa bagi kat ibu? Supaya senang ibu nak berdoa. ” Ya Allah, jam 10.00 nanti anakku akan menjawab soalan periksa Matematik kertas 2. Permudahkanlah anakku itu menjawab. Berikanlah dia keputusan yang cemerlang.” Ini doa ibu kepada anak yang sedang menjawab pepriksaan. Itupun kalau ibu tahu jadual exam kita. Tu pasei potostat lebih. Petang nanti jam 2 ada paper Fizik kertas 1. Siibu berdoa lagi. Doa ibu mustajab woooo...
  3. Berpuasa. Ni jarang-jarang pelajar kita buat. Tetapi berpuasa ketika peperiksaan PMR, SPM atau STPM adalah perkara biasa bagi pelajar sekolah agama. Berpuasa bukan setakat hari peperiksaan je. Ada yang berpuasa sehingga result keluar. Malahan ada yang berpuasa setelah mendapat keputusan yang cemerlang. Berpuasa nazar gamaknya. Itu pelajar. Ada juga kes di mana siibu yang berpuasa ketika anaknya sedang mengambil peperiksaan SPM. Bukan setakat puasa sunat. Malahan solat hajat dan bertahajud memohon pada yang Esa.

Moga-moga tip ini dapat membantu anda, anak anda serta anak jiran anda untuk cemerlang kelak. Wallahualam..

Sabtu, 14 November 2009

Kerna H1N1

H1N1 yang mula menular pertengahan tahun ini banyak merubah plan-plan aku. Bermula dengan penarikan diri MSSPk Sailing Team ke Merdeka Day Regatta di Kinabalu Yacht Club. Kemudiaan diikuti pula dengan perkhemahan pengakap smsis2 yang ditunda-tunda dan dibatalkan kerana JPN dan PPD tidak mahu risiko H1N1 menular di kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, dalam tempoh sesi persekolahan yang menghitung jari untuk berakhir, PeKKo mahukan perkhemahan itu diteruskan hatta di sekolah sekalipun.. Demi mengelakkan bintang menjadi gelap, Chief Komandan M.Nasir & aku sendiri bendahari merangkap S/U & AJK peralatan serta beberapa org guru bdn beruniform melaksanakan juga perkhemahan itewwww. Alhamdulillah, walaupun perancangannya hanya 2 hari, perkhemahan dilaksanakan dengan jayanya. Thanks to Ust Nasir, YM Raja Faridah, Ust Sanusi, Ust Sabri, Rosli, Herman Nino, Tang, Aziz, Norizam, Ust Asri, Che Dan, Ust Zuki, Samsuri, Alvin, Faizal, Najib, Zaidi Jr, Mak Tam&Canteen Crew & PeKKo.
Berikut antara rakaman lensaku.



Isnin, 26 Oktober 2009

Sg. Rambai, Royal Belum

Akhirnya misi yang telah dirancang hampir 2 bulan lalu telah berjaya dilaksanakan. Walaupun terdapat pelbagai aral seperti LADAP5 dan pada hari bertolak juga diberitakan pula bahawa 2 orang pemburu atau penyelam ganas tidak dapat menyertai kami. Ketiaadan mereka agak frust juga kerana plan B yang dirancang telah bertukar menjadi plan C. Misi untuk ber’ikan’ di Sg. Tan Hain terpaksa kami lupakan kerana ketiadaan mereka. Hasrat untuk memancing di Sg. Selatan juga terbantut apabila paras air surut sangat tinggi. Sg. Selatan tidak layak lagi digelar sungai kerana fizikalnya telah berubah menyerupai carak atau tali air yang kecil. Bukan sahaja Sg. Selatan, paras air Tasik Banding juga susut banyak sekali hingga menampakkan tunggul-tunggul kayu yang sepatutnya berada di dasar tasik. Begitulah aralnya. Kita mampu merancang, jelas sekali kuasa Allah yang menentukan segalanya. Berikut adalah laporannya:

11.30 pagi : bergerak dari Gerik. Itu pun setelah selesai LADAP. Kami hanya masuk sesi 1 iaitu mendengar ceramah bertajuk ” Kerja Sebagai Satu Ibadah” yang disampaikan oleh penceramah dari YAPEIM. Banyak juga yang dapat dari ceramah tu. Waktu rehat je kami minta diri. “Less Is Better Than More”.

12.30 tgh : Sampai di Jeti Banding. Operasi Upload barang ke dalam bot bermula. Che Det plak tertinggal dapur gas bersama jeruk petai yang cadangnya nk bikin umpan. Tekong bot kali pula adalah En. Rohaizad. Baru 23 tahun umurnya. Dulu kerja dengan Trapia. Tak tahan daulat ngan Mat Salleh Denmark. Pastu jadi pemandu pelancong ke Royal Belum.

12.45 tgh : Selepas mendapatkan clearance dari polis marin, kami pun berlepas. Singgah jap kat kem x-ray untuk mendapatkan pelepasan tentera ke kawasan larangan. Perjalanan diteruskan..

2.15pm : kami singgah di Sg Selatan. Sungai yang belum pernah kami kunjungi. Khabarnya di sini port baung dan toman. Apabila sampai di sana, agak mengejutkan kerana sungai selatan kering. Sampai dah sampai. Nak tak nak kene le teruskan plan. Ade yang memancing dan ada yang mencari kupang. Yang lain standby lunch. Menunya nasi putih, sardin dan kupang bakar/rebus.

3.00pm : bergerak menuju Sg. Kejar. Sampai di perkampungan orang asli Sg.Kejar, bot terpaksa bergerak perlahan kerana keadaan air sungai yang semakin cetek. Bila bot grounded, pilot kami terpaksa turun meranduk selut untuk menolak bot melepasi beting pasir dan mendakan selut di dasar sungai.

3.30pm : tiba di Kem Taman Negeri Sg. Kejar. Terkejut juga sebab tiada seorang pun di situ. Maknanya grup kami je yang bertandang di Sg. Kejar kali ini. Berbanding XPDC pertama kami, rasanya hampir 200 orang yang menginap di situ. Kami berhenti solat Zuhur seterusnya Asar di situ juga. Semuanya ada di situ. Dari tandas, tempat makan, dewan terbuka, bilik persalinan, tapak perkhemahan, chalet VIP, pejabat urusetia, generator elektrik hinggalah kemudahan air yang diambil dari air bukit di belakang kem. Kem sesuai untuk aktiviti berkumpulan. Untuk penggila mancing tak sesuwai.. huhuhu..

445pm : bot beaching di seberang kem. Barang diturun dan diagihkan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Perjalanan menggunakan bot telah berakhir kerana kami telah tiba di kawasan berjeram yang tak boleh dilalui oleh en. Bot lg.

Kalau nak lalu jugak kenalah pakat-pakat junjung bot melepasi jeram. Berjalan kaki

menuju Sg. Rambai agak menyeksakan kerana melalui denai di tebing sungai yang lembut tanahnya. Kegelinciran pasti membawa padah. Sudahlah jatuh ke dalam sungai, ditimpa pulak barang. Denai yang kami lalui itu memang denai yang menjadi laluan pengembara hutan, pemancing, askar rejimen sempadan serta hiway bagi orang asli yang pergi memburu

atau mencari kayu gaharu. Kesan laluan Mak Jah serta najisnya memang bertaburan di sepanjang jalan. Buat dek jehh. Syukur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Setelah berhenti di 3 checkpoint untuk mendapatkan bekalan oksigen (berhenti kerana penat), akhirnya kami tiba di Kuala Sg. Kejar. Atas skit dah Sg.Rambai. Lagi..lagi..lagi atas sana Sg. Keti. Sg. Rambai.. Port kami berkhemah dan mancing.

530pm : Aktiviti memancing bermula. Ade yang setup khemah. Ada yang melepak menghilangkan penat dan ade juga yang terjun mandi-manda di sungai.

730pm : Kelah dan baung mula didaratkan.

8.30pm : Makan malam. Menunya nasi putih, gulai masam ikan baung+kelah,

telur dadar terbabas dan budu. Hehehehe.. Solat Isyak. Kopi kaww kapal api panas sentiasa

standby..

1030pm : Ustaz Sabri dan Che Dan terserempak dengan seekor sawa yang sedang berenang kuak dada.

Aktiviti mancing diteruskan sehingga pagi. Hanya aku dan Ustaz Sabri je yang stay all nite. Yg lain ada juga yang kejap bangun mancing kejap tido.

430am : Seekor labi didaratkan. Anggaran berat 8Kg. Ingatkan ular sawa.

600am : Solat Subuh.

630am : Labi berenang semula ke sungai.

8.00am : Sebarau mula didaratkan.

Gambar org asli ini diambil bila diorang dah jauh melepasi aku. Tu dh abih zoom. Klu dari depan aku ambik gambor deme mau disumpitnya aku. hehehe

8.30am : Sarapan pagi. Menunya maggi goreng, kopi kawww cap kapal api.

Mancing.. mandi.. bersukaria..

Jumpa org asli ontheway nk cari hasil hutan. diorg dh jauh, aku snap. tu pun dah abis zoom. masa berdepan aku x snap. takut disumpitnya aku.

1230pm : Lunch. Menunya nasi putih, gulai asam pedas sebarau + kelah + baung

+ sia, sayur kobis, budu, ikan salai.

130pm : bersiap, mencuci kawasan pekhemahan dan mula bergerak menuju kem di Sg. Kejar.

230pm : Sampai di Kem dan solat Zuhur. Melepak menghilangkan penat.

300pm : bergerak balik ke Jeti Banding. Semuanya kepenatan.










Che Hamdan.. masak pandai.. menyelam pandai.. pendek kata buleh belaka..









Khamis, 22 Oktober 2009

Sebagai Chief De'Mission, plan B akan dilaksanakan supaya program ke Royal Belum akan berjalan lancar sekalipun terpaksa menghadiri LADAP. Huhuhuhu.. Mengikut perancangan aku, kami perlu sampai di jeti Banding sebelum jam 11.30 pg. Maknanya, kalau LADAP sesi 1 habis lewat atau meleret-leret, kami harus "chow chin dol". Sebelum jam 1 tengah hari kami mesti sampai ke Sg. Tan Hain dan ber'ikan' di situ sampai jam 3.30 petang. Makan di sana dan terus ke Sg Kejar. Jangka masa Sg Tan Hain ke Sg. Kejar dalam 1 jam perjalanan bot. Jumlah perjalanan melalui bot sahaja dah 2 jam. Dari tempat bot beaching, kami akan berjalan kaki menyusuri denai di tebing Sg. Kejar menuju ke Sg. Rambai. 45 minit jalan kaki barulah jumpa port khemah iaitu berdepan dengan satu lubuk yang mantop. Sebelum jam 7 mlm, semua khemah dah setup dan makan malam pun dah standby. Pastu mancinglah kome sampai ke pagi..

Hari UnMental Aku

Hari Mental Sedunia dah lepas. Hari ni adalah hari unmental aku. Tapi aku masih normal...

Setelah melakukan perancangan untuk ke Royal Belum hampir 2 bulan lalu. Minggu lepas diberitakan pula bahawa sekolah aku akan mengadakan LADAP pada sabtu ini iaitu bertembung dengan tarikh kami akan ke Royal Belum. Mulanya aku steady lagi. Aku harap pengetua akan memberikan pelepasan kepada kami berenam atas alasan trip kami itu telah awal dirancang merangkumi permit, sewa bot dan bayaran kepada pemandu pelancong. Tu belum masuk persediaan umpan-umpan yang diperam, peralatan perkhemahan, peralatan memancing, peralatan fotografi serta bahan makanan kering dan basah yang dah standby dalam bonet kereta aku.

Pagi tadi seawal jam 730 pagi akau melangkah dengan confident nyer berjumpa pengetua mengaborkan trip kami itu. Tengok dari riak mukanya macam x best je dan sudah pasti pengetua suruh kami attand jugak LADAP tu. Katanya, ramai cikgu tak ada. Kalau dilepaskan kami, lagi kuranglah guru. Aku surender... Memang betul kata pengetua. Sabtu ni juga ada Kursus Kepimpinan Ko-Kurikulum di Dewan Persidangan MDG. Situ je dah berbelas orang cikgu yang handle bebudak dari Unit uniform, kelab dan permainan. Pastu cikgu yang handal berbowling ada game PSKPP. Kemudian dekat berbelas orang jugak guru yang ada urusan peribadi. Nak tak nak kena datang jugalah LADAP kali 5 ni. Kali ke lima tu...

Mulanya disuruh kami tunda trip itu ke tarikh lain. Tak bleh boss.. Permit sudah bikin.. Tetapi dalam memastikan "win-win situation" berlaku dengan adilnya, kami tetap pergi ke Royal Belum. Tiada istilah tunda. Pergi tetap pergi. Royal Belum pergi, LADAP pun pergi. Sama-sama puas hati walaupun aku agak unmental bila keluar dari bilik pengetua.

Babak unmental aku seterusnya berlaku selepas waktu rehat. Kelas 2RKG2. Kelas tersebut adalah antara kelas mudah dapat bila diajar berbanding 5K2 dan 4K3 yang aku ngajar matematik. Walaupun syllibus Math dah habis, tetapi aku telah plan untuk membuat ulangkaji menggunakan buku latihan tambahan "Super Score" yang diorang beli awal tahun hari tu. Bila aku masuk je dalam kelas, ada 10 orang je student. Yang lain masih berfoya-foya di kantin, di koop atau di tandas gamaknya. Nantiler kome. Duduk le kome di luar kelas. Amaran bahawa sesiapa yang lewat masuk ke kelas melebihi 10 minit selepas waktu rehat akan beratur di luar kelas pernah aku war-warkan suatu ketika dulu. Perjanjian ini telah termateri antara aku dan semua pelajar 2RKG2.

Maka pada hari ini, ianya menjadi kenyataan. Sedang aku mengajar 10 orang pelajar di dalam kelas, selebihnya berdiri di luar kelas. Ini mengingatkan aku pada pengalaman aku mengajar murid pendidikan khas di TLDM Lumut 4 Tahun yang lalu. Satu kelas 4-8 orang je student aku.

Kaedah dendaan ini agak kasar pada mata kasar. tetapi inilah salah satu teknik pengurusan tingkah laku atau behavior management yang aku berguru di IPDA dan UPSI. Kaedah "Time-Out" iaitu mengasingkan pelajar dari suasana pembelajaran dalam kelas kepada suasana yang membosankan di suatu sudut dalam kelas dalam jangka masa atau tempoh tertentu. Melalui kaedah ini, pelajar yang diasingkan tersebut akan merasa bosan dan hatinya melonjak-lonjak untuk bersama pelajar yang sedang belajar. Lebih-lebih lagi ketika sesi pembelajaran itu, aktivitinya sangat menarik dan tertarik. Benar... ketika aku mengajar tadi, sedikit pun aku tidak mengendahkan pelajar di luar sana. Aku perasan kerana ada yang memegang kalkulator mencari jawapan pada soalan di 'whiteboard' dan Ada juga yang cuba bertanyakan soalan. Sahlah hati mereka sedang melonjak nak masuk ke kelas dan belajar.

Sedar tak sedar habis waktu aku dan mereka masih di luar. Setelah pelajar mengucapkan "terima kasih cikgu" ala upin & ipin, aku terus meninggalkan kelas dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang di "time-out" di luar sana. Ada riak ketakutan di wajah mereka. Aku jarang menghukum apatah lagi mendenda mereka sebegitu. Mereka selalunya belajar, ketawa, belajar dan ketawa apabila bersama aku. Tetapi lain benar kali ini...

Esok aku ada satu waktu dengan mereka. Dapatlah aku "brain wash" mereka yang di"time-out"kan itu. Akan aku rasionalkan mereka atas kesalahan mereka dan hukuman yang aku berikan kepada mereka. Aku sentiasa berdoa agar kesemua pelajarku akan berubah, berjaya serta menjadi orang berguna kelak. Fahi.. akma, nurul, nik, su, put, sarah, iman, azman, ro, pak tam dan ketu. Maafkan cikgu kerana aku bukan sekadar mengajar tetapi aku juga seorang yang mendidik.

Selasa, 20 Oktober 2009

Berita Kegagalan

Pagi ni, bila datang ke sekolah aku dikejutkan dengan berita kegagalan pelajar dalam SPM. Memang mengejutkan walaupun disulami dengan deraian ketawa yang terbahak-bahak. Sejarah telah membuktikan bahawa kegagalan SPM ini telah bermula sejak zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka lagi. Tetapi pelajar-pelajar kita masih belum serik. Mereka masih berfoya-foya walaupun SPM dah tak berapa lama je lagi. Saksikan video ini...



Klik Untuk Download video ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...