Selasa, 6 April 2010

Merempit Ke Lata Gajah

Apek, Libau, Abg Man dan Den mengganas lagi. Berbekalkan ulat kek-kek dan sawit masam, mereka menuju ke Lata Gajah dengan kapchai masing-masing. Rempitan mereka membelah kesunyian belantara Hutan Simpanan Hijau. Sampai di Kawasan tadahan air Felda Lawin Selatan, mereka menuju port dan melabuhkan joran masing-masing.



Hasilnya...





kungpowwwww

Jumaat, 2 April 2010

Libau, Apek dan Den berpadu tenaga lagi. Setelah penat mengcangkul di sekitar lokasi rahsia bagi mendapatkan umpan ulat kek-kek, jam 730 mlm mereka mula memburu baung di empangan loji Air Pulau. Ketika syiok mendaratkan baung, tetiba hujan turun selebat-lebatnya. Berteduhlah mereka di dalam kereta sambil melayan lagu-lagu Loudness. Bila hujan mula reda, mereka meneruskan operasi. Melompat beruk Libau tatkala seekor ular air melakukan lintas hormat di sebelahnya. Mereka kemudiannya berpindah lokasi iaitu di sungai Cik Halim. Di situ libau mendaratkan seekor baung sebesar lengan. Lokasi akhir mereka adalah di sungai masjid Lawin. Di situ Den mengganas dengan menaikkan 2 ekor baung yang sama saiz dengan ikan baung tangkapan Libau. Saksikan gambar2 ops baung kali ini.

Selasa, 30 Mac 2010


Agak menarik juga kisah 22 orang pelajar yang mengakui akan gelap masa depan gara-gara catatan kelakuan kurang memuaskan  pada sijil berhenti sekolah mereka. Kerana menarik, lalu aku menyelongkar blog-blog serta laman-laman sesawang di merata ceruk alamat dan aku ketemui catu catatan yang malatoppps. Berikut adalah catatanya:

Wa tak heran kisah-kisah macam ni sebab wa tau catatan itu berdasarkan situasi sebenar. Bukan setakat SMK Yan, mana-mana SMK pun ada pelajar bangang yang cilakak haram jadah punya rendah tahap displinnya. Sekolah kat area wa pun ada juga pelajar pungkit perangai macam cibai keldai ni. Kalau isu ini sengaja diperbesarkan oleh ibubapa pelajar cibai terbabit, ianya seolah-olah berniat untuk menidakkan tindakan benar pengetua itu. Akhirnya, tindakan benar pengetua itu dinafikan seterusnya pelajar yang kelakuan macam cibal wal sial haramjadah pungkik ini diperbetulkan sijilnya atas arahan JPN Kedah. Zaman dah terbalik. Yang bersalah dibela, yang benar dipersalahkan. YAng jahat dimegahkan, yang baik diperlekehkan.  Wa berani jamin, selepas ini pengetua itu tak akan ambil pot hal disiplin pelajarnya lagi. Lantak lu orang lah nak berperangai macam keldai ka, lembu ka, babun ka, musang berjanggut ka, cibai ka, liancui ka, ciladut ka... Lu nak perangai macam apa pun tak kisah sebab bila lu orang tamat belajar, catatan kelakuan lu orang memang baik, memuaskan dan sangat cemerlang. Apa barang ini semua?  Baik tak payah buat catatan kelakuan pada sijil itu. Buat lenguh tangan cikgu je nak menulis haramjadah semua itu.
Walau bagaimanapun, kepada 22 orang pelajar yang dikatakan gelap masa depan itu, lu orang jangan runsing. Gelap atau cerahnya masa depan lu orang bukan bergantung pada sijil berhenti sekolah itu. Cerahnya masa depan lu orang bergantung pada lu orang la badigol.. Kalau lu orang rajin belajar, rajin berusaha, komporm lu orang akan mempunyai masa depan yang cerah. Yang lu orang serta bapak lu orang terhegeh-hegeh dan meloncat beruk sebab sijil tu tak bagus apa pasal. Sampai ke JPN, sampai masuk surat khabar dan masuk berita lagi.. Dah terhantuk baru tengadah ka? Sekarang satu dunia dah tahu  perangai lu orang. Kalau sijil tu dibuat semua dan diperbetul macam mana sekali pun, sudah tak berguna la badigol. Satu Malaya dah tahu nama 22 orang pelajar yang dikatakan berperangai tidak baik macam pelesit, babun dan cibai itu. Lu orang tukarlah catatan kelakuan kepada sangat baik pun dah tak guna lagi. Nasi dah jadi bubur. Lu orang memang lahabau tahap gaban.
Kalaulah pengetua itu dikenakan tindakan di atas catatan kelakuan yang berani dan benar itu, wa memang sedih. Sepatutnya, tindakan harus diambilkepada pengetua-pengetua yang tidak jujur dalam mencatatkan kelakuan sebenar pelajar-pelajar mereka. Ada ke pengetua yang tak back up dan tak cover hal sebegini? Susah laa mau cari... Ramai yang tak sampai hati walau pun pelajar-pelajar mereka itu memang berperangai macam cibai apa entah.  

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Catatan di atas diambil dari satu blog yang membincangkan hal isu semasa pendidikan negara. 



The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrate. The great teacher inspires.

Jumaat, 26 Mac 2010

Aritu test power basikal.. Ni test power orang yang kayuh beskaltu plak. Maka pada hari itu, Ah Fatt, Black dan Gua telah menyusuri track dari Pekan Gerik>ulu kendrong ikut jalan belakang, jalan yang selalunya dilalui oleh mat rempit yg lari dari roadblock>tanjung rambai>balik semula ke Pekan Gerik. Total distance = 21km.




Ahad, 21 Mac 2010

Test power MTB sambil ushar track..

lokasi sekitar lawin.. air jernang>malau>takong>bagan>lawin>pokok ceri

Sabtu, 20 Mac 2010

Seawal jam 7.00 pagi, Kassim Burnetto telah bersiap-siap memakai 'compitable pant'nya. Bersemangat waja Kassim Burnetto. Lalu dia ke rumah Aye, menjemput 'banker'nya. Mereka mentakedarah di pokok ceri sementara menanti Ah Fatt yang akan menjemput mereka dengan 'ford ranger'nya seterusnya menjemput Black.
Misi mereka kali ini bukan pergi berkayak, memancing mahu pun skodeng anak dara mandi, tetapi mereka ke Jitra kerna ada sesuatu yang menarik perhatian Ah Fat, Black, Aye dan Kassim Burnetto.
Jam 11.00 pagi, mereka tiba di Jitra. Di sana Pak Teh iaitu bapak sedara Ah Fat dan sepupunya telah menanti. Ada khabar gumbira di situ. Tanpa melengahkan masa, mereka menyendatkan ford ranger dan terus menuju destinasi itu.
Tengahari, mereka berada di tempat itu. Memang sempoi... cakap je nak design apa.. sumer ada.. abis semua ceruk mereka pusing. Dari pintu depan sampai le ke belakang.
"Tauke, anggaran harga 1ribu punya mana?", kata Ah Fatt iaitu ketua misi kali ini. "Ini la.. Lia munya folk muley on/off". "kasi wa rm950", kata tauke. "Angkat 3", confident je Ah Fatt. "Apa kaler mau? merah dengan silver saja ala," kata tauke tersenyum sebab deme udah borong banyak barang nih.
Berikut adalah laporan bergambar mereka;







Beskal sesuwai utk track hiway

Untuk pompuan. RM2 rat jer



Black sedang memegang body fully carbonize. Body je RM5000


Pemasangan beskal BMX


Beskal BMX yg dieksport ke Holland


Jamis RM5000.. carbonize body


Mesyuarat ahlul komplot bersetuju memilih denver dari jenama raleigh
kat kedai beskal RM 1750. Kt sini half price...


Klu dah setuju, kasi pasang laa..



OTW balaik. Sawah bendang selepas dituai.. kering & kontang

Homemade Ice-cream

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hari ini kalian sangat beruntuntung sebab berpeluang menerima satu petua istimewa daripada Makcik Wok, tauke minyak gamat yang termasyhur itu. Silakan Makcik Wok..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. TQ tuan tanah blog sebab mengizinkan makcik wok berkeudara di dalam blognya.. Hari ini makcik wok berbesar hati ingin berkongsi satu resipi turun temurun iaitu ice-cream berperisa gamat. Bestnya ice-cream ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan terjamin kehalalannya, menjimat wang seisi keluarga dan perisa ice-cream boleh mengikut selera anda (kalau suka makan ciku, boleh buat perisa ciku, kalau suka makan tembikai, perisa tembikailah ice-cream anda malahan perisa budu atau tempoyak pun boleh buat wa cakap lu).

ibu-ibu bapak-bapak sekelian,

bahan-bahan asas:
1. power supply. klu kg x de bekalan letrik, belilah generator berkuasa diesel atau petrol.
2. mixer. jgn pakai mixer yang bancuh simen sudah lah bro.
3. peti ais
4. bekas nak isi ice-cream.

bahan-bahan ice-creamnya:
1. sekotak susu segar - tak kisah apa brand pun. janji segar.
2. 200g coffe-mate
3. coklat chip
4. perisa kegemaran anda.
5. gula secukup rasa.

cara-caranya:
1. masukkan susu sekotak, 200g coffe-mate dan gula secukup rasa ke dalam mixer dan pukullah sehingga bahan2 tadi cedera parah. Kalau korang ada masalah nak membelasah sebab kesian, korang boleh upah mana-mana bouncer atau Seri Dul samseng Kg. Dusun. Diorang mmg handal memukul.
2. bila dah cedera parah dan kembang, korang masukkan ke dalam bekas dan letak dalam freezer lebih kurang 4 jam. ( biar beku)
3. Kemudian keluarkan semula dan pukul guna mixer semula.
4. Agak-agak cedera parah, korang masukkanlah perisa kegemaran korang.
5. tuang ke dalam bekas dan hiaslah dengan chip cekelat.
6. bekukan.
7. bila dah beku, sedia untuk dimentakedarah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...