Selasa, 31 Mei 2011

myMetro | e-mel anda: Henti tuding jari

Setahu wa, yang terang-terang menuding jari adalah:

  1. Salizat, Menteri Pembengongan Wanita dan Kebiolan Meserekat.
  2. Saziman , Menteri Kerja Loya.
  3. Hasan Mahmud, Mudir Program Imam Moden.
Wa rasa la kann.. jari yang mengorek idung dikhalayak ramai lg mulia dari jari yang menuding menyalahkan itu & ini. Pastu dia je yg betul.. Chhoooiihhhh!!!!

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Isnin, 30 Mei 2011

Pengenalan
Port mancing ni tidak mengambarkan sebuah titi yang dibuat dari kayu atau batang kelapa. Titi Ganda juga tidak merujuk laluan ke Kg Air Ganda. Tetapi ianya adalah satu laluan terpencil menuju sebuah perkampungan asli iaitu RPS Dala. Memandangkan laluan ini agak terpencil, maka amat jarang-jaranglah  kenderaan yang melalui laluan ini.


Ngaper Port Ini Spesel?

  1. Port yg agak selamat dari musuh dan haiwan berbisa. Memandangkan pemancing akan memancing dari atas jambatan, maka ianya selamat dari haiwan berbisa seperti ulor, lipan, kala dsbgnyer. Walaupun begitu, terdapat juga lebah sesat yg tertarik dengan cahaya headlamp atau pelita kabat mengkeme.
  2. Boleh memancing dari dalam kereta. Disebabkan laluan ini agak terpencil, maka sebelah malamnya amatlah jarang2 dilalui sebarang kenderaan. Pada sebelah malamnya, laluan sebelah kanan memang ditutup khas utk kenderaan pemancing. Line clear!!
  3. Boleh bawak macam2 ke port mancing. Misalnya dapur, katil flexsibel, tikar, sejadah, tong air ( utk masak air dan ambik wuduk bg yg stay sampai subuh), khemah, toto, tong ikan siap dengan ais dsbgnya. Klu datang dengan unser, mace-mace buleh bawok..
  4. Boleh bawak banyok pancing. Susun je kt tepi jambatan.
  5. Port best mancing pada sebelah malam sebab x panas, laluan kenderaan  sebelah kanan yg totaly closed sebelah malam. Syiok menghayati keindahan malam dengan bintang, bulan, kicauan mergastua serta desiran angin malam yg cool..
  6. Pelbagai spesis ikan hanya pada satu lokasi. Antara spesis di port ini adalah Tengalan, Lampam Sungai, Lampam Jawa, Pucuk Pisang, Ikan Ubi, Ikan Belida, Kenyin, Baung ( tp kureng baekk), Jelawat. Paling popular di sini adalah ikan Tengalan dan Lampam. 
 Kekurangan Port Ini ( Klu mancing malam)
  1. Susah nak buang air besar. Klu dah ejemency, berak dalam tong/plastik lalu ditebankan ke dalam ayor. Mengkome kene bawak banyok bekalan ayor yekk..
  2. Adakalanya cuaca di sebelah malamnya sangat sejuk hingga ke tulang. Ditambah pula dengan tiupan angin yg sejuk..  Kene bawak baju yg tebal. Klu dah x tahan sejuk, masuk dalam keter jer.
  3. Sukar utk menaikkan ikan bersaiz bagak kerana kedudukan jambatan yg agak tinggi ( lebih kurang 40 meter dr paras air). 
  4. Kawasan amat sunyi dan menggerikan klu mancing sorang2. Datang berkawan ok. Jgn bawak awek, nnt mengkome bukan mancing, buat projekk.. chhhooiihhhhh!!!!
  5. Kelajuan arus dan tahap kejernihan air mempengaruhi hasil tangkapan. Sekiranya arus deras. Banyak sampah serta kayu serta buluh hanyut yg mampu mengancam keselamatan joran. Kalau air keruh pula, ikan tak nak makan. Letih menunggu sampai ke pagi. Bak kata Jambu Maharajalawak," apa pun x bolehhhh".
  6. Pada malam minggu, port ini akan menjadi tumpuan. So, sapa cepat dia dapat port baekkk. Klu lambat, dapat port yg terlalu dalam atau terlalu cetek atau yg deras arusnyer. Ikan kureng maaa..

Plan Lokasi

Dari Jalan Gerik-Kuala Kangsar

Lokasi Titi Ganda
*Sumber Google Maps

 Idrisian Anglers di TiTi Ganda

port di waktu pagi

port di waktu malam

Tangkapan mabeless

Populasi Belida mmg banyak di sini. Cuma utk mkn kail kita agak sukar, apatah lg utk menaikkannya.

Antara hasil tangkapan semalaman

Tengalan pagi

Susunan joran yg menduga di arus Titi Ganda

Ikan Ubi antara spesis mabeless di sini

Panorama port mancing

Laluan yg line clear

Idrisian Angler in action!

Mempelbagaikan umpan akan menambah kebarangkalian mendaratkan ikan-ikan yg mabeless

Tengalan bagak

Memerlukan kepakaran utk menaikkan Tengalan ke atas jambatan

Belida yang tertewas

Pesanan Idrisian Anglers

Kepada pemancing-pemancing yang bercadang untuk memancing di sini, hendaklah:
  1. Menjaga kebersihan port ini. Pasti tiada sampah yang di tinggalkan.
  2. Jgn buang sisa pelita karbait di port atau di humban ke sungai kerana ini akan menyebabbkan ikan lari dari port ini.
  3. Parking keter biar rapat ke tepi.
  4. Jangan membuat bising seperti melalak atau memasang radio keter dengan kuat. Ini akan mengganggu ketenteraman pengail yg lain.
  5. Melontar atau balingan kail secara lurus dan tidak menyerong bg mengelakkan bersilang dengan tali kail pemancing lain. Grrrrrrrr!
  6. Sekiranya menggunakan umpan busuk seperti Tapa atau perut ayam, pastikan tiada sisa-sisanya yg tertinggal. Basuh kesan sisa untuk memudahkan pemancing lain menggunakan port tersebut.
  7. Jangan buang sampah ke dalam sungai. Bawa pulang sampah yang kalian hasilkan.
Sekian..

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Ahad, 29 Mei 2011

Lepas solat Isyak, masing memecut kenderaan masing-masing.
9.15 pm   - Wa sampai dulu di simpang 4 Air Panas - Ganda
9.45 pm   - Sampai lokasi ( titi ganda) x de sape. Gelap gulita.  Kail dilabuhkan..
10.00 pm - Grup kedua tiba. Diorg guna perut ayam. Bau sampai port kami.. Uwekkkssss!!
11.00 pm - Tengalan saiz bagak dinaikkan.. lg..dan lg..dan lagiiii
3.30 am   - Kail Abu GArcia yg padankan dengan ugly stick direntap dengan ganasnya.. Adakaha tengalan  
                  saiz extra bagak.. tidakk.. tarikan yg kuat.. mungkin jelawat... Gedebussss! bunyi percikan air
                  kesan lompatan ikan yg mengena kail. Kompem Belida... Giloss.. kail kecik.. mesin kecik...
                  camnor nk nk main...
4.00 am  - masih bertarung dengan belida. Dari tengah jambatan mengheret hingga ke hujung jambatan.. mati
                 akal cmner nk naikkan belida tu..
4.30 am  - berkat kesabaran, pertolongan rakan mancing iaitu Ustaz SAbri, Mohd Noor n Friend ( student
                 SMKSIS2) serta grup sebelah kami mancing, maka belida tersebut berjaya dinaikkan..
5.30 am - Masih melayan sentapan tengalan
6.15 am - beredar setelah clear port.
6.30 am - Solat subuh di Air Tarung
7.00 am - Cari buyer Belida utk nego
7.30 am - buyer dijumpai dan belida dinego pada rege RM22 sekilogram. Berat belida tersebut 8.5 kg..















Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Tips Umpan

Kelkatu efektif untuk ikan air tawar




UMPAN kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang. Asalnya terbentuk dari serangga anai-anai yang dianggap musuh utama kepada penghuni rumah dan pemilik ladang, saudaranya iaitu kelkatu sangat efektif digunakan untuk umpan ikan air tawar ini. Ciri-ciri lain pada kelkatu iaitu mempunyai dua bahagian abdomen, sepasang sesungut dan dua pasang sayap berwarna perang cerah seluruhnya, mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah. Kebiasaannya habitat kelkatu boleh ditemui dalam busut atas tanah atau pokok dan kemudiannya akan terbang mencari kawasan baru untuk membina koloni barunya. Dalam koloni kumpulan ini, terdapat beberapa lapisan atau kasta yang diklasifikasikan sebagai raja, ratu, askar dan pekerja yang mempunyai tanggungjawab penting iaitu membina sarang diperbuat daripada tanah. Di negara ini, terdapat sekurang-kurangnya 175 spesies dan 42 genera anai-anai. Spesis yang biasa ditemui adalah dalam kumpulan Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae.

Umpan kelkatu mudah dicari apabila menjumpai kumpulan berterbangan berhampiran cahaya lampu rumah atau bangunan. Cara untuk menangkapnya adalah mudah dengan mengutip serangga ini yang terjatuh berhampiran kawasan lampu tadi selepas sayapnya gugur selepas itu. Dalam arena memancing, teknik pancing menggunakan joran teleskopik sangat berkesan dengan menggunakan umpan ini. Mata kail kecil bersaiz tujuh yang dicangkukkan dari bahagian abdomen belakang hingga kepalanya.




Anak tebuan untuk pancing puyu, haruan




.
UMPAN serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.

Baunya yang sedikit tengik atau berbau cukup di gemari ikan yang menghidunya untuk dijadikan menu makanan utamanya. Bentuknya menyerupai larva seakan ulat beluncas serta berwarna putih ketika masih ‘bayi’ dan berwarna kehitaman apabila dewasa, dijumpai dalam kepompong sarangnya.





Katak minyak umpan haruan, bujuk




KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit. Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.

Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.

Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu karauan secara perlahan dilakukan untuk meransang deria bau ikan.Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. Kini,

katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.




Buah mengkudu umpan ikan air tawar




BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.

Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.
Lazimnya buah ini tergolong dalam famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau pinggir hutan. Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau berkilat.

Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.
Taburannya yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi serta kanser. Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil.

Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal sepanjang setengah depa.Selain itu, kaedah lain iaitu menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail rambai turut berupaya menjinakkan
ikan air tawar.Difahamkan, bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit dan buah ara.Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah didapati di sekitar kawasan berkenaan.



Buah Ara upaya jinak kelah



BUAH Ara (Ficus auriculata Lour) juga diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.

Cirinya berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak.Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini.

Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah (Tor tambroides).Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini.Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.



dipetik dari  http://pancingkelah.blogspot.com
 

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Ikan Ketutu atau nama saintifiknya Marble Goby merupakan spesies ikan air tawar namun ada juga yang hidup di kawasan air payau. Ikan ini juga dikenali dengan ikan hantu, ikan ubi dan ikan bodoh mengikut tempat. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak-anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil..... ikan ini diberi nama sedemikian adalah kerana bentuk dan corak badannya yang seakan-akan ubi kayu atau kayu yang hodoh di dasar sungai..

Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.



Ikan ketutu sememangnya terkenal dengan sifatnya yang pemalas. Ia hanya menyambar makanan atau umpan yang lalu di depannya sahaja. Oleh itu, ikan ini menggunakan kelebihannya untuk menyamar bagi mengelirukan mangsanya. Ditambah pula dengan fizikalnya yang seakan-akan kayu buruk.

Ikan ini biasanya aktif pada waktu malam. Waktunya banyak dihabiskan dengan berehat di celah-celap kayu, reba, batu dan sembunyi dalam pasir atau lumpur. Ikan ketutu akan menghampiri kawasan cetek pada malam hari untuk mencari makanan. Ia tidak agresif ketika memburu sebaliknya hanya menunggu mangsa mendekatinya sebelum membuat sambaran.
.

Diet utama ikan ini biasanya anak ikan dan udang. Kini spesies yang hodoh dan pemalas ini sukar ditemui kerana ianya selalu diburu oleh kaki pancing disebabkan rasanya dan enak. Maka tidak hairanlah jika permintaan terhadap ikan ini amat menggalakkan. Harganya boleh mencapai ratusan ringgit sekilo lebih-lebih lagi apabila menjelangnya Tahun Baru Cina.

Ustaz Sabri bersama ikan ubi tangkapan nyor

Titi Ganda - Lokasi pelbagai spesis air tawar termasuk ketutu







Dipetik dari http://pancingngail.blogspot.com
Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

b

Lemak kasar dan komposisi asid lemak telah dikaji dalam 16 jenis ikan air tawar di Malaysia. Sebanyak 9 ikan ternak dan 9 jenis ikan liar telah diekstrak kandungan lipid dengan menggunakan kaedah pengekstrakan soklet pelarut kloroform: metanol. Hasil kajian menunjukkan bahwa jumlah lipid dalam isi ikan ternakan lebih tinggi dari ikan liar, dalam julat 20 - 50 % (bt/bt) dan 4 – 15 % (bt/bt) masing-masing. Ikan baong menunjukkan kandungan lipid jumlah tertinggi berbanding ikan kajian lain iaitu sebanyak 51.64%, diikuti oleh ikan bawal merah dan ikan patin dengan peratusan sebanyak 46.2% dan 43.2% masing-masing. Kandungan asid eicosapentaenoik, EPA and asid docosaheksaenoik, DHA adalah tinggi dalam ikan liar berbanding dengan ikan ternakan. Antara spesies ikan dikaji, ikan belida menunjukkan kandungan EPA (2.9%) dan DHA yang tinggi (12.1%), diikuti oleh sepat siam (EPA; 3.0% dan DHA; 12.8%) dan tengalan (EPA; 1.1% dan DHA; 7.2%). Ikan-ikan lain sebaliknya menggandungi asid w-3 dalam peratusan yang rendah. Persekitaran dan diet ikan di mana ianya ditemui menjadi faktor utama dalam perbezaan kandungan asid lemak tersebut.

Dipetik dari abstrak jurnal oleh Jumat Salimon, and Nurasyikin Abdul Rahman, (2008) Fatty Acids Composition of Selected Farmed and Wild Freshwater Fishes (Komposisi Asid Lemak dalam Ikan Air Tawar Ternak dan Liar Terpilih). Sains Malaysiana , 37 (2). pp. 149-153. ISSN 01266039






Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Rabu, 25 Mei 2011

Td wa berpeluang bercakap dengan Abg Ipar wa.. Jam 8 lebih td beliau berada di hospital menziarahi rakan serta anak2 buahnya di sana. 7 mangsa di sana. 3 di wad ICU. Seorg masih belum sedarkan diri. 2 mangsa telah kehilangan kaki. Seorang hilang bawah paras lutut dan seorg lg hingga paras peha. Menurut sumber kedua wa, iaitu adik kandung wa yg bertugas di KPJ kajang, seorang mangsa berada di KPJ Kajang dan dalam keadaan stabil. Kita rakyat malaysia yg prihatin sentiasa mendoakan agar mereka cepat sembuh serta mendoakan agar saudara kita yg kehilangan kaki itu tabah dan diberikan kekuatan. InsyaAllah.. 

Kemudian wa diberitakan tentang seorg cerdik pandai Islam telah mengeluarkan satu kenyataan yg tak sepatutnya di keluarkan. Diorg kata dia salah seorg juri imam muda. Lepas jd selebriti, makin senget otak lu. Wa malas nk upload video interview mymetro TV itu kt blog wa. Buat busuk blog wa jehh.. Korang boley tonton video tu di yutiub. Kau x sepatutnya keluar kenyataan busuk berbaur longkang mcm gitu. Tak menghormati waris serta pengurusan rumah anak yatim tu langsung. Ada ke lu kisah dengan mereka sebelum nih... Pernah ke kau ambik tahu pasei rumah anak-anak yatim ni? Dari 2004 lg rumah ni dah wujud.. Ada kau kisahhh? Bapak kauuuu imam muda..!!! 

Program imam muda ni pun satu hal.. Masuk season 2  ni makin melalut korangnya punya idea. tak patut sangat bila korang jdkan majlis pengebumian arwah-arwah yg terkorban dalam tragedi ini sebagai assigmnet korang...  

Berikut adalah sms yg wa perlu share:
SMS 1:
Alhamdulillah masih diberi peluang stay kt lmbah azwin utk malam ni. x larat lg nk blk umah rasanya. Tp 2 hadiah yg kekal utk selamanya. (1) wartawan n cameraman sebuas binatang membaham kami. (2) program imam muda, krew n sme yg terlibat dengannya adalah "perosak agama atas nama agama, menjual agama atas nama dunia" yang setaraf dengan 'sampah'. 

SMS 2:
Ya Allah, berikanlah seluas-luas kejayaan n kehebatan DUNIA  kepada mereka2 ini agar mereka terus lalai dengannya.. sehingga lupa bhw 'sampah' adalah bekalan mereka utk didagangkan di padang masyar nnt. Amin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar.

SMS 3:
Sungguh jijik dan kejinya program imam muda dimataku, begitu suci murni pula bagla2 n nepal2 yg sama mengorek tanah  dan batu berbekalkan tgn tempoh ari... Allahuakbar.

SMS 4:
paste msj2 td agar dunia tau mentimunnya kami ketika ini. terima kasih yg x ternilai pd sme yg menghulurkan bantuan kerana Allah..

Terima kasih Angah kerana mendedahkan perkara yg terselindung ini.



Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...