Selasa, 21 Disember 2010

The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrate. The great teacher inspires.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Ahad, 24 Oktober, keme, aye dan afatt telah ke kuale bersama geng teiping, kuale utk kayuhan trial track kuale.






Info track: road 10 km dan offroad 40km lebey kurang. Kemedian ade track downhill yg menuruni 6 tingkat teres kelapa sawit. Mabelesssss...

Jumaat, 27 Ogos 2010

Kejohanan kali ini berlangsung di pantai balok, kuantan. Tahun ini juga adalah tahun permulaan untuk kelas laser radial dan laser 4.7 selain daripada acara sedia ada iaitu optimist individu dan berpasukan. Tahun ini juga aku menjadi pegawai teknikal kerana kekurangan pegawai teknikal. Ini bermakna aku perlu turun setiap hari ke laut. Kalau aku jadi jurulatih sepenuh masa, ada hari-hari tertentu aku selalunya tak turun ke laut. Bergilir-gilir dengan coacah MSN Perak iaitu Abang Man. Keputusan tahun ini juga agak memberangsangkan juga. Acara berpasukan pingat perak. Laser 4.7 dapat emas dan sponsor race bawah 12 lelaki pingat emas. Jumlah pingat adalah  2 emas, 3 perak, 1 gangsa. Tempat 4 keseluruhan.

Khamis, 26 Ogos 2010

VF a.k.a Virus Fever

Pada hari terakhir kejohanan Perahu Layar MSSM di Kuantan, aku diserang VF. Bengkak kelanjar dan demam yang agak teruk. Sekembali dari klinik, demem kembali pulih tetapi bengkak di kelanjar masih ada. Apabila tiba di perak, demam aku semakin pulih. Masuk hari ke 4, demam semakin menjadi-jadi. Suhu demam meningkat sehingga 40.8'c. Selasa, aku di tahan wad. Doktor suspek aku demam denggi dan laptopirosis. 5 hari di wad platlet aku kembali normal dari 80 menjadi 226. Sabtu petang aku discharge dari wad. Rasanya kali terakhir aku masuk wad ketika darjah 2. Sungguh menyeksakan duduk di wad. Sehari 5 kali darah diambil.
Keluar dari wad, isteri aku pula demam. Apabila dia sembuh, kedua-dua anakku pula demam. YaAllah aku terima segala dugaanMu di bulan Ramadhan ini. Berikanlah kami kekuatan bagi menghadapi dugaanMu ini. Sembuhkanlah kami dari penyakit demam ini.. Amin

Isnin, 2 Ogos 2010


Berita pemergiaan Cikgu Ee adalah suatu yg mengejutkan. Ketika itu kami dalam perjalanan ke Sg. Kejar, Royal Belum. Tatkala bot melepasi kem x-ray, mesej tanpa diundang yang dikirim Che Det menerpa masuk ke HP Ustaz Sabri. Ketika itu tiada lagi coverage network. Mesej yang berbunyi," Cikgu Ee meninggal dunia" membuatkan kami tertanya-tanya gerangan apakah sebabnya Cikgu Ee tiba-tiba meninggalkan dunia yang fana ini? Persoalan demi persoalan mula menerjah pemikiran aku dan ustaz Sabri yang menyebabkan mood untuk memancing telah hilang sama sekali. Ya.. misi kali ini kungpow.. Aku terfikir.. dikala no network coverage, ada juga sms yang masuk mengabarkan pemergian cikgu Ee.. Itu tandanya Cikgu Ee mahu rakan2 baiknya tahu akan pemergiaannya.. 
Aku bukanlah sahabat baik cikgu Ee.. malah perkenalan antara aku dan Cikgu Ee hanya bermula pada Julai 2008. Ketika itu aku dipostingkan ke SMKSIS2 setelah tamat pengajian PKPG. Meja aku berdepan dengan cikgu Ee. Ketika itu cikgu Ee masih menggunakan nama Ee Teck On. Kalau tak silap, pada penghujung 2008 atau 2009 barulah cikgu declare keislamannya dengan memberi salam ketika berucap di perhimpunan mingguan dan menamakan dirinya sebagai Muhammad Ee. 
Aku mula semakin rapat dengan Ee bila kami saling bertukar pendapat dalam PnP maths dan urusan membuat soalan peperiksaan. Arwah juga merupakan orang yang bertanggungjawab mendaftarkan aku sebagai ahli NUTP. Arwah juga tidak lokek bersms atau menelepon aku apabila ada isu2 tentang perguruan dan pendidikan. Beliau memang wakil NUTP daerah yang baguih dok ada... Arwah juga seorang pemain, jurulatih dan pegawai teknikal bola tampar yang disegani. Suatu ketika dulu beliau pernah menegur apabila  aku memakai t-shirt john master msspk," demo pakai baju ni jadi jurulatih ghapo?" Di situ terbongkarnya kisah kesukanan kami di mana Cikgu dalam bidang sukan Bola Tampar dan aku dalam sukan Perahu Layar.
Jodoh Cikgu Ee di SMKSIS2 tak panjang apabila beliau dinaikkan pangkat ke ketua bidang SMK Kenering.Sejak berpindah ke SMK Kenering, Kami jarang bersua. Walau bagaimanapun, cikgu Ee rajin bersms dan menelepon..
Kali terakhir aku berpeluang bersama-sama cikgu Ee adalah di Kem AddMt dan Fizik di Kolej Islam darul Ridzuan, Kuala Kangsar. 3 hari 2 malam di sana. Aku sebilik dengan cikgu Ee..  Bila sebilik denga cikgu Ee baru tahu yang cikgu Ee ni kelakar orangnya. Ada saja cerita lawak cikgu Ee.. Dari bilik ke meja makan sampailah ke warung laksa di kuale.. Bila bergandingan dengan cikgu Sudiman SMTeknik, makin bertenagalah lawak mereka berdua. 
Ketika di bilik, cikgu Ee selalu bercerita tentang anaknya Rayyan dan kucing peliharaannya. Ternyata cikgu Ee sangat sayang akan anaknya. Seorang bapa yang penyanyang. Kebetulan anak sulung aku, Damia mirip Rayyan kerana mereka berdua ada strawberry mark! Jangan bimbang Rayyan, nanti hilanglah strawberry mark macam Damia sekarang..
Minat cikgu Ee dalam permainan bola tampar hingga ke  akhir hayat. Beliau meninggal dunia apabila mengalami serangan jantung ketika PSKPP bola tampar di Matrikulasi Gopeng. Punca kematiaan cikgu diketahui kami setelah bot melepasi kem x-ray menuju ke jeti awam banding. Sungguh menyeksakan memikirkan punca Cikgu Ee meninggal dunia kerana cikgu Ee sihat, suka bersukan dan setahu aku beliau tiada masalaha kesihatan melainkan hanya orang-orang yang tertentu sahaja tahu akan sejarah kesihatannya.
Sebagai seorang yang pernah mendampingi arwah, aku ingin menyatakan bahawa permergian cikgu Ee telah memberikan impak kesedihan terhadap aku. Bila mengenangkan nasib Rayyan dan isterinya mengharungi hari-hari tanpa papa atau suami tercinta. Cikgu Ee memang sayangkan keluarganya. Ketahuilah wahai Rayyan Ee, sesungguhnya papa kamu sangat menyanyangi kamu..
Aku kehilangan seorang rakan sejawat. Aku juga kehilangan rakan yang memberi tunjuk ajar tentang matematik dan matematik tambahan. Aku juga kehilangan seorang wakil NUTP daerah. Aku juga kehilangan rakan seperjuangan MSSPk. Aku juga kehilangan SMS buddy. Walau apa pun jua takrifan kehilangan yang diberikan, tunjuk ajar dan kenangan bersama arwah akan terus hidup..  Kepada keluarga arwah, semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kalian bagi menghadapi hari demi hari. Akhir kata, semoga Allah menempatkan roh arwah Muhammad Ee bersama roh-roh orang beriman. Al-Fatihah



Sabtu, 10 Julai 2010

Track:
lawin-air pulau-felda lawin selatan(pucung babi)- bukit tokong-lawin

Duration:
1 jam 20 minit

Distance:
11 km

Guide:
Mr. Black Tonggeng ( sbb tertonnggeng masuk lopak)

stop jap kt track ayor pulau

Menyeberang sungai kat area bukit tokong


Apesal ringan nih...

Guide hari ni.. "tak letih punnn"

Ahlul komplot..

Guide iaitu Mr Black sedang mengaksikan isyarat " tak letih punn"

Kayuh semula


Abg Mi sedang membuat aksi kungtaw berbasikal sambil menaiki bukit..



Mr Black terjerombos ke dlm lopak yg dia ingat x dalam.. hambek kau.. "tak letih punnn"

Fat x sempat menyaksikan Mr. Black buat aksi stunt dlm lopak..


Walaupun masok lobang, Mr black tetap ceria..

Mandikan awek..


Sebab masuk lobang dalam td, Mr. Black sedang menyamak beskalnyer dengan air lalu

Meon sedang mencuci beskal yang disewanya..







Cameraman mengganas.. kejap2 ambik gambor.. Habis semua gaya kami aksikan..

Sampai pitstop

Meon dok usyar beskal Abg Mie..



Sambil rehat sambil membincangkan next riding..

Sekian laporan dari Makcik Wok kali ini.. Babaii..


Original post taken from Blog Beskal Bukit Gerik

Ahad, 4 Julai 2010

Track:
Belasah jeh..
lawin-felda lawin selatan(pucung babi)-mini hidro-pucung babi- lawin
jalan kg-jln felda-offroadd-balakroad-bloodyroad

Duration:
4 jam

Distance:
13 km

Ahlul Komplot:
Sifooden
Ah Yee
Ah Fat
Meon
Man

Guide:
Saad


Setting beskal kt umah meon. Sham AADK tgh wat urine test takut deme pki ubat kuat ngayuh









Take 6

Terbaring awek 2 org nih..


Sungguh melampau

Teh tarik satuu..


Meon tersangkut duri daun rotan..

Den tersangkut daun buluh didagunya..

Ayor dah nk abis.. Bukit melayut lg..


Titi camel..



Aye terbongkang keletihan
Take 5

pacat mengganas

Ah Fatt

Ah Ye

Ah Den
Terjombab lagi

licin wooo


Mandikan awek masing2

Yg ni siap tonggeng2 lg aweknya

Original entry from blog beskal bukit gerik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...