Jumaat, 27 Ogos 2010

Kejohanan Perahu Layar MSSM 2010

Kejohanan kali ini berlangsung di pantai balok, kuantan. Tahun ini juga adalah tahun permulaan untuk kelas laser radial dan laser 4.7 selain daripada acara sedia ada iaitu optimist individu dan berpasukan. Tahun ini juga aku menjadi pegawai teknikal kerana kekurangan pegawai teknikal. Ini bermakna aku perlu turun setiap hari ke laut. Kalau aku jadi jurulatih sepenuh masa, ada hari-hari tertentu aku selalunya tak turun ke laut. Bergilir-gilir dengan coacah MSN Perak iaitu Abang Man. Keputusan tahun ini juga agak memberangsangkan juga. Acara berpasukan pingat perak. Laser 4.7 dapat emas dan sponsor race bawah 12 lelaki pingat emas. Jumlah pingat adalah  2 emas, 3 perak, 1 gangsa. Tempat 4 keseluruhan.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...