Isnin, 19 April 2010
Pada 9,10 dan 11 April yg lalu, keme dipadah oleh si Aye untuk join trip ke Sg Tiang bersama membernya iaitu ahlul komplot dari KL dan Kedah. Trip ni juga macam reunion deme. Ade yang 9 tahun x jumpa. Keme lg le x penah-penah jumpe deme.
1st Day
Mengikut plan, ari Jumaat jam 330 petang bot dah bleh bergerak menuju ke Sg. Tiang. Tp spoil telah berlaku bila keme ngan aye dah nk sampai, Cik Mon (wife Aye) telipun mengaborkan berita bahawa beg baeknye tersandar kat tiang garaj keter deme. Patah balik le keme berdua. Kemudian lagi sikit nk sampai jeti, dalam keadaan hujan lebat, sekali lagi keme ditimpa kecelakaan bila keter keme terbabas di KM 32.9. Lepas skit dari bukit jala. Menggelongsor keme kat pengadang jalan. Rasa macam naik rollercoster pun ade. Rim kiri patah. Mula2 dah patah hati jugak nak ke Royal Belum. Jam pun kui 530 petang. Kui 6.00 petang gate tutup. Semangat punyer pasei, Si Bad datang jugak ngambik keme berdua. Sampai jeti, upload barang terus jalan dalam keadaan hujan yg lebat gak.
Nasib baik grup bot pertama pegi dulu. So, diorg dah setup khemah dan makan malam. Lokasi perkhemahan pun atas skit je dari perkampungan orang asli sg. tiang. Tak bleh nk menghulu sebab air kering dan bot grounded. Malam tu ala kungpow. Cuma dapat baung jer kat area perkhemahan keme tu.
2nd Day
Lepas breakfast, kami pun bersiap untuk ke hulu sungai. Tu pun separuh jalan je. Lepas tu menapak le keme segerombolan. 2 jam berjalan akhirnya kami baru sampai kat tempat selalu keme berkhemah. Situ ikan kureng. Nak x nak kene jalan lagi dua jam. Keme ngail sampai lubuk pusing je. pastu surender cz perut lapor. Sib baik le Aye bawak biskut lutut. Keme cicah ngan ayor sg. selipar jer. Dapat le 5 ekor Kejor. Nyaris nak dapat kelah saiz L, bila tali kail keme putus disentapnya. Frust le jugak.. Datang jalan 2 jam, balik jalan 1 jam setengah. setengah jam lagi naik rakit 2nd hand yang di'repair' Pak Ngah ( boatman asli, adiknya si Tapo~ Tok Batin Sg. Tiang).
Malam tu makan besor.. sebab jeng..jeng..jeng..
3rd Day
Sebab makan besor jugak le masing2 dah tak lalu nak mancing. Jam 9.00 masing2 dah pack dan chow chin dollllllll....
taik mak jah yang bertaburan
Puak-puak UmNgok tgk sungai ni menitik ayor lior cz pasir ni kalau disedut berlori-lori dapat jual
Ni leh yang dinamakan aktiviti melenguhkan kaki. Tp wa respek sama Bro Azmi (guider) sbb jauh wa ditinggalkan.. Makan asap kentut wa..
Kesan tapak kaki mak jah menghiasi pasir-pasir di sungai
Nampak tanda aras ayor penuh kt pokok tu.
Setelah kaki menunjukkan tanda2 kekejangan akan berlaku, keme terpaksa modified rakit tinggalan dijadikan speedboat untuk menghilior ke baruh
Pak Ngah sedang membuat ikatan bukusilambam pada rakit untuk mengelakkan buluh rakit terpeleot.
Sesapa nk beli kasut Crocs Original pada harga luruh jantung, bley le contact keme.
Model-model untuk laki yang ditawarkan: Baya RM80 (N.P RM129), Offroad RM100 (N.P RM169), Yukon RM 120( RM169), Crocsband RM110 (N.P RM139).
Penat setelah berjam-jam menapak. Chef Farid ( baju hijau) mogok tak nak masak mkn malam nnt. Penat katenyer. hehehehe
Perjalanan pulang.. Letih, lenguh, seronok, puas hati, gumbira, sedey, kelakor bercampur-baur
Merempit di Tasek
Pak Lang ( 3 dari kiri) otai yang mmg otai. Tapi masih tak puas hati sebab x berjaya menawan kelah. Tak pa Pak Lang, len kali kita bikin lain.
Moralnya, mase ayor surut ni cntik bebenor le kalo ke Ayor Mangge daripada ke Sg. Tiang.
Sekianlah laporan daripada Makcik Wok kali ini.
Label: royal belum, Sg. Tiang
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)