Isnin, 21 Disember 2009

Hari Yang Indah

Hari ini, Isnin 21hb Disember bersamaan 4 Muharram adalah hari yang biasa untuk semua rakyat 1Malaysia. Pagi yang mendung. Tanda-tanda hujan akan turun seperti hari-hari semalam. Hujan yang diutuskan bagi menyambung gelombang-gelombang banjir serta H1N1. Gamaknya.. Bagi mereka yang bekerja, hari Isnin yang mendung serta sejuk menyebabkan balutan di selimut bagaikan berakar umbi mencengkam badan.


Tetapi tidak buat Karim. Dari malam tadi lagi lena Karim kurang nyenyak. Isteri Karim sibuk mencatatkan selang waktu sakit perutnya. Setiap 10 minit sakit pun datang. Tanda-tanda sumpahan mak buyung akan berakhirlah itu. Tanda-tanda awal sudah menunjukan sumpahan ini akan berakahir. Selepas sarapan pagi, Karim awal-awal lagi telah standby untuk menghantar isterinya ke mak bidan. Lebih-lebih lagi selang waktu sakitnya sudah semakin kerap. Setiap lima minit mulalah berkerut dahinya.


Setelah sampai di wad bersalin Hospital Pontian, mak-mak bidan dah standby menerima kehadiran mak buyung. Selepas daftar, Karim termangu di luar wad. ”Encik kalau nak masuk pun boleh”, kata seorang mak bidan kepada Karim. Bukan tak nak masuk, selsema. Hampir sejam Karim di luar akhir seorang mak bidan datang dan menjemput Karim masuk untuk menyambut kelahiran insan baru tanpa nama. Karim masuk. Selamba. 4-5 orang jugak mak bidan termasuk cik bidan. Karim kaku. Lidah kelu melihat proses kelahiran ini. Karim hanya mampu memapah mak buyung sahaja. Seorang mak bidan menyapa,” Suami beri semangat pada isteri ya. Bantu dia”. Karim tak tau nak buat apa maa...


Alhamdulillah dekat 5 minit akhirnya, jam 1016 pagi insan baru tanpa nama itu pun lahir bersama tangisan. Bayi lelaki yang biru badannya. Dibalutnya insan baru itu kemudiaan cik bidan kelihatan menggunakan tiub suction pada insan baru itu. Dari mulut sampailah hidung. Selepas dibersihkan. Karim diminta mak bidan mengazankan insan baru yang beratnya 3 kg itu. Alhamdulillah, maka selesailah urusan menyambut insan baru pada hari ini. Bila Karim keluar dari wad itu, hari yang tadinya mendung telah bertukar menjadi terang benderang. Buat masa ini, insan baru itu digelar dengan nama Arif. Berikut adalah nama-nama yang telah dicadangkan oleh sahabat Karim iaitu seorang ustaz. Arif Mikail, Arif Zakwan, Arif Muaqri, Arif Zamaksyari, Arif Izdiyad, Arif Ikhwan, Aqil Arif, Iffat Arif dan Arif Ruqnuddin.




Sabtu, 19 Disember 2009

Aku Terpanggil

Jumaat bersamaan 18hb Disember, aku terpanggil untuk mengisi blog aku yang sudah lama menyepikan dirinya. Aku menulis secara offline kerna di kala ini aku berada di rumah mentuaku di Pontian, Johor. Aku benar-benar terpanggil untuk menulis selelah terbaca satu forum yakni surat pembaca di ruangan forum utusan malaysia, Jumaat 18 Disember. Surat yang bertajuk ”Terguris dengan pandangan Cikgu Ju” menyentap api serta aura keguruan aku. Aku juga sebenar-benarnya terpanggil untuk menyahut seruan seangkatan dengan ’Guru Diploma’ kerana;

  1. Membersihkan nama isteri aku bahawa Cikgu Ju yang dimaksudkan dalam forum itu bukanlah Cikgu Juliana yang bertugas di SKK. Beliau tiada kaitan dalam forum itu apatah lagi aku sisuaminya adalah bekas guru diploma.
  2. Menyokong 110% pandangan Cikgu Diploma dari Shah Alam.
  3. Ingin menyembur Cikgu Ju yang dimaksudkan Cikgu Diploma di atas pandangan/pendapatnya dalam surat sebelum ini. (sebenarnya aku belum baca lagi surat Cikgu Ju itu. Aku hanya membaca ulasan Cikgu Diploma terhadap ulasan-ulasan/pendapat daripada surat Cikgu Ju sebelum itu.)

Aku memang jarang-jarang sekali menyentuh akhbar utusan malaysia. Tetapi ibu mertuaku terpaksa beli utusan malysia kerana akhbar yang biasa dibelinya dah habis. Alang-alang dah sampai kedai. Bukan apa, Utusan Malaysia ni besor. Susah nak megangnya. Dulu-dulu besar memang satu kemegahan. Tapi sekarang berbeza. Yang kecil disanjung. Misalnya handphone, lagi kecil, lagi mahal harganya. Di sekolah ada budak badan kecik tapi pandai yang amat. Berbeza pulak dengan si besar, ”harap badan je besor tapi otak tarak..” Ada pulak kes buah durian, ”harap besor je tapi isi rasa macam hampeh”. Pastu ada pulak orang komplen, ”Kompleks membeli-belah ni harap je besor, tapi surau kecik nak mampuus”. Bukan aku yang kata, depa kata. Di sebabkan jarang menyentuh utusan malaysia ni, maka aku terlepas membaca surat Cikgu Ju yang panas itu. Kebiasaannya orang-orang muda kalau baca surat khabar mesti mula dari belakang. Bukan sebab ianya arabic style atau baca kaedah jawi tetapi sebab nak baca berita sukan. Ada sesetengah orang buka halaman 2 atau 3 muka surat dari belakang. Itu geng kaki nombor ekor sebab nak tengok result ”ada kina ka tarak kina. Kina kalu kayaaa”. Ada pulak rumor mengatakan surat khabar kat malaysia ni banyak tipu dari benar. Satu pun tak bleh percaya. Berita yang benar-benar betul benarrrrrr dan tak pernah ada ralat hanya ada dua je. Pertamanya waktu solat dan keduanya keputusan 4D magnum, sport toto dan yang seangkatan dengan syaitannya. Depa kata bukan aku yang kata. Tapi apabila difikir-fikirkan ada benarnya.

Aku sengaja memanjang-manjangkan intro pos aku kali ini supaya nak kasi stabilkan aura aku setelah digoncangkan oleh Cikgu Ju. Dah stabil baru boleh mengarang. Walau apapun kisahnya, kena batang hidung kita atau tidak, kita seharusnya berkeadaan rasional sebelum mengkritik diri sendiri apatah orang lain.

Suatu ketika dulu, ruangan forum atau surat pembaca sentiasa memenuhi akhbar kita. Setiap hari ada sahaja guru-guru menyuarakan rasa hati tentang gred gaji mereka setelah menyambung belajar ke peringkat ijazah. Ada yang merasa rugi menyambung belajar kerana hasilnya tidak setimpal dengan pengorbanan yang dikorbankan. Lebih teruk lagi ada pula dikalangan pembaca bukan guru yang tidak senang melihat telatah guru-guru ini lalu menyuarakannya di akhbar. Kata mereka guru-guru ini tidak syukur dengan gaji yang mereka terima. Ada juga melabelkan guru teraniaya itu sebagai guru yang kerja kerana gaji bukan untuk mendidik. Ketika aksi haru-biru ini terjadi aku sudah bergelar guru dan aku satu sen pun tak faham tentang permasalahan itu. Ketika itu aku bertindak sebagai ”wise player”. Wait, see n hear.

Ketika itu aku berpendapat, ada baiknya mendiamkan diri. Aku juga cuba memahami permasalahan guru-guru yang teraniaya itu. Agak sukar difahami. Kemudian aku terfikir mengapa diakhbar tempat mereka meluahkannya? Rupa-rupanya masalah mereka telah dibawa ke peringkat kementerian dan NUTP tetapi tergantung-gantung tanpa penyelesaiannya. Lalu disuarakan diakhbar. Malangnya luahan mereka disalah-ertikan oleh sesetengah pembaca lalu melabelkan guru malang ini sebagai guru yang yang tidak bersyukur. Bengang juga saya apabila mereka dilabelkan begitu. Maklumlah rakan seperjawatan. Saya selalu berpesan kepada diri sendiri, isteri serta rakan-rakan yang rapat dengan saya agar sentiasa berempati, menyelami permasalahan yang timbul atau lebih mudah lagi cuba kita berada di tempat mereka. Di situ barulah kita akan faham serba sedikit mengapa permasalahan itu terjadi. Cuba kita berda di tempat guru-guru malang itu. Kita sama-sama posting di satu sekolah. Bermula dengan gred yang sama, gaji yang sama di DGA29. Setelah 12 tahun mengajar, umur sama-sama meningkat, gaji pun sama-sama naik. Semuanya sama. Kemudian kita sambung belajar selama 3 atau 4 tahun. Habis belajar, grad dan kembali ke sekolah. Dalam masa yang sama telah berlaku satu perubahan gred gaji di kementerian yakni 10 tahun mengajar layak naik gred dari DGA29 ke DGA32. Anda yang habis belajar telah mendapat gred DG41. Anggaran gaji pokok permulaan RM22**/=. Rakan anda yang tidak sambung belajar telah bertukar gred dari DGA29 ke DGA32 dengan anggaran gaji pokok permulaan RM25**/=. Sehingga kini permasalahan ini tiada hujungnya. Guru-guru malang ini terus diketawakan rakan yang tidak menyambung belajar.”Kawe tak sambung ngaji pun gaji lebih dari demo. Wat ghapo sambung belajar”. Itu antara ayat-ayat terbakar yang oleh menyebabkan kebakaran blok f di Putrajaya. Kita tidak berada di tempat mereka. Cuba anda berada di tempat mereka. Lagi satu situasi. Si A dan Si B sama-sama mula bekerja sebagai tukang bancuh simen dengan syarikat pembinaan Makan Duit Kerajaan Ent. Gaji sebulan RM1700. Satu hari bos menawarkan satu kursus asas pembinaan kepada semua pekerja. Si A pergi kursus selama 3 bulan. Si B terus berkerja sebagai tukang bancuh simen. Selepas 3 bulan Si A habis kursus dan ditawarkan oleh bos Makan Duit Kerajaan Ent sebagai penyelia Projek gaji RM2500. Dalam masa yang sama Si B juga dah naik pangkat dan keje mcm penyelia projek gaji RM3500 sebulan. Hangin tak Si A? Hangin le. Dah la kursus 3 bulan. Rasa nk pecah kepala. Tu baru 3 bulan. Cuba 3 tahun. Begitulah kisahnya. Apabila kita berempati atau meletakkan diri kita ke tempat orang yang menghadapi sesuatu masalah, barulah kita dapat merasai masalah mereka. Maka dengan itu juga, tidaklah pula kita menghukum mereka secara terus-menerus.

Kembali kepada kisah Cikgu Ju ini. Aku cuba berada di tempat dia dan memikirkan apa yang yang ada dalam dirinya sehingga sanggup mengeluarkan pendapat sedemikian rupa. Namun aku sendiri tidak pasti apa kemahuannya sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa. Sebagai seorang guru, beliau seharusnya memahami etika perguruan teutamanya etika terhadap rakan seperjawatan. Bagus sangatkah dia sehingga sanggup memandang rendah guru-guru yang telah lama dalam profesyen perguruan ini. Hebat sangatkah Cikgu Ju itu? Adakah semua pelajar hasil tunjuk ajar beliau telah berada di menara gading? Adakah semua pelajar yang diajar beliau menjadi tip-top? Adakah dia GC? Persoalan-persoalan ini menyebabkan melonjak jiwa aku untuk bertemu dengan Cikgu Ju. Hendak menuntut ilmu pedagogi dengannya.

Siapakah sebenarnya Cikgu Ju? Mengapakah dia menggunakan nama pena Cikgu Ju? Mengapa beliau tidak menggunakan nama penuhnya? Adakah nama penuhnya Junaidah atau Juliana atau Mohamad Jumaat. Kalaulah beliau letak nama penuh siap sekali dengan nombor kad pengenalan, kemungkinan akan memudahkan pihak kementerian menaikkan pangkat pasti ada. Atau mungkinkah nama penuhnya Jubor. Kerna malu untuk meletakkan nama penuhnya, lalu Jubor dipendekkan supaya menjadi Cikgu Ju. Mungkin juga... Biarkanlah nama itu terus menjadi misteri. Wallahualam

Aku juga berpendapat kemungkinan Cikgu Ju ini memang hebat orang di lapangan perguruan ini. Dulu dia bercita-cita menjadi seorang lawyer. Mungkin juga dia sudah mempunyai ijazah di bidang guaman. Disebabkan kesukaran serta persaingan beliau telah memilih profesyen perguruan yakni ”last resort” nya. Kemudian kehebatannya diprofesyen yang lalu ingin diterjemahkan di dalam profesyen barunya. Lalu mengenepikan etika. Mungkin....

Aku juga berpendapat sekalipun Cikgu Ju itu memang hebat ilmu perguruannya, memang bukan calang-calang aura keguruannya serta di Malaysia dialah guru yang paling hebat dan merasakan tempat atau jawatan kininya tidak setimpal dengan kehebatannya. Maka ada baiknya dia berubah ke jawatan lain yang setimpal dengan kehebatannya. Jadilah pensyarah, professor atau buka sahaja sekolah sendiri.

Aku selalu berpesan kepada diri sendiri. Walau sehebat mana pun kita, bagusnya kita, cekapnya kita, pandainya kita. Ingatlah bahawa ada orang lain yang lebih bagus dari kita. Kalau betullah memang tiada orang yang setanding dengan kita, ingatlah Allah jua yang Maha segala-galanya. Janganlah kita mendabik dada, jalan melenggak macam baguihdokada tetapi hakikatnya ada orang lain yang masih hebat daripada kita. Kehebatan itu seharusnya seiring dengan kerendahan diri. Makin tinggi martabat, makin tinggi ilmu di dada biarlah makin menunduk merendahkan diri. Bak resam padi. Semakin berisi semakin menunduk.

Aku amat yakin bahawa Cikgu Ju itu seorang yang berpendidikan tinggi orangnya. Aku agak musykil mengapa beliau lupa akan asal-usulnya. Aku seberpendapat dengan Cikgu Diploma bahawa sehebat mana pun kita, segah manapun kita, sejarah pendidikan kita bermula dari seorang guru biasa atau lebih kasar lagi guru cabuk sahaja. Bukan pengetua yang mengajar kita. Bukan pegawai dari PPD. Apatah lagi pegawai-pegawai tertinggi di KPM. Mustahil Cikgu Ju akan melupai asal-usulnya itu. Aku masih ingat ketika aku di darjah dua. Cikgu Abdullah Dahala telah menghukum aku berdiri di atas kerusi kerana kegagalan aku menghafal sifir. Cikgu Abdullah juga telah merepot pada abah atas keculasan aku menghafal sifir. Sebulan selepas peristiwa itu aku telah menghafal sifir 2 hingga 12 melalui proses ketenteraan penghafalan sifir di rumah pengelolaan abahku. Cikgu Abdullah kini mengajar di SK Seri Manjung, Lumut, Perak.

Akhir sekali bagi menjernihkan suasana dan bagi mewujudkan satu ending pos yang baik, aku berdoa agar Cikgu Ju mendapatkan rahmah dan petunjuk dari Yang Esa agar lebih bertanggung-jawab di dalam profesyen yang mulia ini. Aku berpohon agar Cikgu Ju juga akan terus berjaya serta mengharumkan bidang perguruan ini bukan sekadar untuk pelajar-pelajarnya, bahkan untuk rakan sejawat sama ada sebaya, lebih muda mahu pun yang senior darinya serta amnya profesyen perguruan ini.

Dengan penulisan posku ini juga, aku berharap agar nama isteriku iaitu Cikgu Juliana yang bertugas di SKK akan bersih dari palitan yang dilakukan oleh Cikgu Ju. Bukan niat aku untuk memburuk-burukkan Cikgu Ju tetapi sekadar berkongsi rasa rakan seperjawatan dan berharap Cikgu Ju lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di media massa kerana profesyen kita ada etikanya. Kalau tidak kita mengamalkan etika itu, siapa lagi? Saya juga memohon ampun sekiranya terdapat kata-kata atau bahasa yang digunakan bisa mengguris hati kalian. Sebusuk-busuk tahi ayam candu, busuk lagi tahi manusia. Sebusuk-busuk tahi kita, sendiri berak, sendiri basuh, sendiri flush, sendiri mau ingat. Wallahualam..

Isnin, 7 Disember 2009

Say yes to Y.E.S




Year end sales dtg lagi. Antara bende yang aku kenen2 adalah seperti berikut;
1. Fishing rod
2. spinning reel shimano
3. beg deuter
Barang2 kt ni harus dibeli (belum tahap wajib) cz raya cine nnt xpdc kelah di Royal Belum akn dilaksanakan. SIS2angler club akn ke sana lg. Kali nk dok di sana 2 malam le plak...

Rasanya dah hampir sebulan aku batuk. Dah mcm-mcm ubat aku belasah. Breacol, woods, ubat hospital, klinik & farmasi. Raya haji kedua aku di Slim River. Menghadiri majlis pernikahan & kenduri kawen sepupu aku. Habis kenduri Yong iaitu sepupuku yang paling tua sebelah abah mengajak aku ke rumahnya di Serendah. Ini adalah pelawaannya kali yang ke belas2 gak. Kebetulan plak aku OTW nk balik Johor, maka aku pun ke rumahnya. Bley gak mandi2 segarkan badan. Perjalanan masih jauh. Sampai Serendah Yong suruh aku ambik ubat di Klinik Syifa. Klinik Syifa ni adalah klinik milik Yong bersama suaminya Dr. Jamaluddin. Rasanya 8 buah gak klinik cawangannya. Tjg. Malim, Sg. Buaya, Serendah, Rawang. Sampai klinik terus masuk jumpa doktor. Dr. Jamal bertugas. Lps wat checkup, ambik ubat, aku follow camry Yong ke rumahnya. Boleh tahan rumahnya. Macam resort. Ade swimming pool yg ade air terjun lg. Anak aku sidamia dh meloncat2 nk mandi tp tumpuannya beralih bila nmpak kolam yang dipenuhi talipia merah. hiasan dalaman dia simple tp cantik. Ade sudut koleksi barang antik. Rupanya Yong pengumpul barang antik. Disebabkan ini rumah doktor, maka rumahnya dipenuhi dengan peralatan berasaskan kesihatan. Ade mini gym, lampu garam bukit, fully air cond dan ade air purifier. Bersusah payah Yong menyediakan mkn malam. Lps mandi, solat dan dine aku & famili bergerak ke Johor. To Yong n hubby Dr. Jamal, thanks cz tumpangkn mandi, solat, kasi mkn n the treatment










.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...