Selasa, 26 Januari 2010

Serangan hendap kali kedua ini dirancang dan diketuai oleh Ustaz Sabri. Tujuan utama serangan hendap ini adalah untuk mengenalpasti kawasan baru sasaran musuh setelah selesainya misi di Sg. Ketir pada hujung tahun yang lalu. Serangan Hendap kali ini dibarisi oleh penyerang-penyerang kategori novis malahan merupakan ops pertama bagi sesetengah ahli komplot. Mengikut perancangan, serangan hendap akan bermula seawal 0700H 30.01.2010.

berikut adalah tentatif serangan hendap yang dicadangkan:

30.01.2010 (Sabtu)
0700am : Berkumpul di Gerai Nasi Kerabu di RnR Bt2 sambil membelasah nasi kerabu
serta membungkuskannya.
0730am : Bergerak menuju Jeti Banding sambil menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita".
0845am : Upload barang tempur, ration dan kelengkapan yang melengkapkan apa yang
kurang lengkap. Clearance Polis marin/Askar.
1030am : Download barang tempur, ration etc. Pasang khemah operasi.
1130am : Operasi serangan hendap ke hulu sungai bermula.
0130pm : Membelasah nasi bungkus, Solat
0200pm : Sambungan serangan hendap
0500pm : Penangguhan operasi serangan hendap. Solat. Pulang ke khemah Operasi
0630pm : Pasang khemah tido, persiapan dinner. ada hasil makan besar. x de hasil mkn
sardin.
0800pm : Slps solat Maghrib, membelasah makanan apa yang ada. Penyelenggaraan senjata.
0900pm : Slps solat Isyak, serangan hendap di hadapan khemah operasi. Suspek utama
musuh adalah baung. Kopi O sentiasa tersedia.

31.01.2010 (Ahad)
0600am : Slps solat subuh, persediaan breakfast mee goreng mamak gendut + teh O eksport
import. Setelah siap bleh belasah.
0800am : Serangan hendap bersepadu hilir dan hulu sungan. Suspek utama sebarau, toman
dan kelah serta tengas.
1230pm : Persiapan lunch. Solat.
0200pm : Bersukaria sambil nyanyi lagu M. Daud Kilau, mancing lg.
0400pm : upload barang, bersih tapah khemah, bergerak pulang sambil berselawat.
0530pm : Sampai jeti. Download
Dijangka sampai di rumah masing-masing sebelum maghrib.

Berikut adalah senarai ahli komplot mengikut ranking kecekalan:

Ust Sabri a.k.a pemancing tabah hikmat naruto, tokei perut ayam

Den a.k.a chef, tukang tunjuk jalan, pemancing tegar, tokei sawit peram

Che Det a.k.a storemen, pemancing tabah,

Miji Selasih a.k.a tokey cengkerik, miji baung, pemancing tahap 8

Che Dan a.k.a Tukang selam, ketua pengawas komplot

Tok Selampit a.k.a Tok Batin Asrama, pemburu ikan yang terpendam

Adnan a.k.a tukang dikir, pemancing bersemangat


Ustaz Zuki a.k.a tukang baca doa dan bagi tazkirah subuh, pemantau berkaliber


Walaupun rosli manas a.k.a tok gadget tidak dapat menyertai serangan hendap kali ini akibat urusan kekeluargaan, pihak kami akan tetap membawa semangat beliau bersama.

nota kaki*: pic adnan dan ust zuki tiada dalam simpanan teman. Bila taip kt yahoo search image nama adnan dan zuki, gambor tu je yg ade. balun je ler...




Sabtu, 23 Januari 2010

Royal Belum Map



peta di atas menunjukkan lokasi Royal Belum serta tempat-tempat yang menarik untuk dilawati atau diserang di sana.

Ahad, 17 Januari 2010

Setelah hampir sebulan Ruan merancang misi ini, akhirnya misi ini terlaksana jua. Misi yang diketuai oleh Ruan ini dianggotai oleh Aye (Chef & angler), Daniel (Chef & Angler), Razak (Pemburu Kelah), Faizal (pemburu Kelah), Mahadi (Tukang pegang ikan), Nizam (tukang perabih beraih), Chopper (angler & tukang pegang ikan), Tak Rate (tukang pegang ikan) serta Ajak (drebar bot). Dari awal pagi lagi Ruan asyik menelepon kawan-kawanya agar perjalanan pada pagi Sabtu 16 haribulan itu berjalan lancar. Tak senang duduk Ruan tatkala grup ini singgah membelasah nasi kerabu dan nasi dagang di RnR batu 2, Gerik. Jam 9.15, Ruan serta geng-gengnya tiba di Jeti Banding. Setelah di'upload' barang2 ke dalam bot, pada jam 9.30 pagi, bot mula membelah tasek meninggalkan jeti Banding.

Bukan main sejuk lagi sewaktu bot membelah tasik. Cuaca yang cantik diikuti pula dengan permandangan alam yang indah serta bunyi-bunyian unggas seolah-olah mengalu-alukan kedatang Ruan dan geng komplotnya.



Sampai di lokasi, Ruan & geng komplotnya pun mula melaksanakan tugas masing2. Ade yg memasang khemah. Ada yang mencari kayu-api dan ada pula yang telah bersiap sedia untuk memburu Kelah.







Ketika waktu malam menjelma, geng Ruan telah siap menyediakan juadah makan malam yang sudah pasti istimewa. Antara menunya adalah kelah bakar cicah air asam, kelah goreng dan kelah masak lemak cili api.


Kat sini x dek bekalan letrik. Pelita karbait menjadi pilihan Ruan dan gengnya. Selain mudah dibawa, ia juga mudah diselenggara serta memberi perkhidmatan yang mantopppss.

Antara suite-suite yang mampu menghalang rombongan Ruan daripada gigitan nyamuk yang mengamuk di sana.
Sojuk wehhh. Serkop ala ninja nih mampu mengelakkan rasa sejuk yang melampau.



Pada hari berikut, angkatan angler mula bergerak mencari lubuk2 ke hulu Sg. Tiang. Perjalanan tanpa menggunakan 4w.d agak menyeronokkan juga. Meredah semak dan belantara. Kemudian menyusuri sungai serta melintas jeram.. Makcik Wok pun bley surender woooo...


Di kawasan ini pucuk paku-pakis tumbuh dengan segarnya. Kalau makcik wok tahu nih, mesti dia buat masak goreng belacan atau buat kerabu perut. pergghh.. memang mantop.



Antara lubuk-lubuk yang bikin ayor lior meleleh adalah seperti berikut:
Lubuk ni keme namakannya sebagai Lubuk Tarzan. Nampak tak tali tarzan tu.




Antara hasilnya:





Masa untuk pulang..





Sekianlah laporan untuk makcik wok kali ini. Telima kaseyyyyyyyyyyyy.

Isnin, 11 Januari 2010

The Uni Knot













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...