Ahad, 17 Januari 2010
Setelah hampir sebulan Ruan merancang misi ini, akhirnya misi ini terlaksana jua. Misi yang diketuai oleh Ruan ini dianggotai oleh Aye (Chef & angler), Daniel (Chef & Angler), Razak (Pemburu Kelah), Faizal (pemburu Kelah), Mahadi (Tukang pegang ikan), Nizam (tukang perabih beraih), Chopper (angler & tukang pegang ikan), Tak Rate (tukang pegang ikan) serta Ajak (drebar bot). Dari awal pagi lagi Ruan asyik menelepon kawan-kawanya agar perjalanan pada pagi Sabtu 16 haribulan itu berjalan lancar. Tak senang duduk Ruan tatkala grup ini singgah membelasah nasi kerabu dan nasi dagang di RnR batu 2, Gerik. Jam 9.15, Ruan serta geng-gengnya tiba di Jeti Banding. Setelah di'upload' barang2 ke dalam bot, pada jam 9.30 pagi, bot mula membelah tasek meninggalkan jeti Banding.
Ketika waktu malam menjelma, geng Ruan telah siap menyediakan juadah makan malam yang sudah pasti istimewa. Antara menunya adalah kelah bakar cicah air asam, kelah goreng dan kelah masak lemak cili api.
Kat sini x dek bekalan letrik. Pelita karbait menjadi pilihan Ruan dan gengnya. Selain mudah dibawa, ia juga mudah diselenggara serta memberi perkhidmatan yang mantopppss.
Antara suite-suite yang mampu menghalang rombongan Ruan daripada gigitan nyamuk yang mengamuk di sana.
Pada hari berikut, angkatan angler mula bergerak mencari lubuk2 ke hulu Sg. Tiang. Perjalanan tanpa menggunakan 4w.d agak menyeronokkan juga. Meredah semak dan belantara. Kemudian menyusuri sungai serta melintas jeram.. Makcik Wok pun bley surender woooo...
Antara lubuk-lubuk yang bikin ayor lior meleleh adalah seperti berikut:
Antara hasilnya:
Masa untuk pulang..
Sekianlah laporan untuk makcik wok kali ini. Telima kaseyyyyyyyyyyyy.
Label: kelah, royal belum, Sg. Tiang
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)