Isnin, 30 Mei 2011

Port Mancing Baekkk!! Titi Ganda

Pengenalan
Port mancing ni tidak mengambarkan sebuah titi yang dibuat dari kayu atau batang kelapa. Titi Ganda juga tidak merujuk laluan ke Kg Air Ganda. Tetapi ianya adalah satu laluan terpencil menuju sebuah perkampungan asli iaitu RPS Dala. Memandangkan laluan ini agak terpencil, maka amat jarang-jaranglah  kenderaan yang melalui laluan ini.


Ngaper Port Ini Spesel?

  1. Port yg agak selamat dari musuh dan haiwan berbisa. Memandangkan pemancing akan memancing dari atas jambatan, maka ianya selamat dari haiwan berbisa seperti ulor, lipan, kala dsbgnyer. Walaupun begitu, terdapat juga lebah sesat yg tertarik dengan cahaya headlamp atau pelita kabat mengkeme.
  2. Boleh memancing dari dalam kereta. Disebabkan laluan ini agak terpencil, maka sebelah malamnya amatlah jarang2 dilalui sebarang kenderaan. Pada sebelah malamnya, laluan sebelah kanan memang ditutup khas utk kenderaan pemancing. Line clear!!
  3. Boleh bawak macam2 ke port mancing. Misalnya dapur, katil flexsibel, tikar, sejadah, tong air ( utk masak air dan ambik wuduk bg yg stay sampai subuh), khemah, toto, tong ikan siap dengan ais dsbgnya. Klu datang dengan unser, mace-mace buleh bawok..
  4. Boleh bawak banyok pancing. Susun je kt tepi jambatan.
  5. Port best mancing pada sebelah malam sebab x panas, laluan kenderaan  sebelah kanan yg totaly closed sebelah malam. Syiok menghayati keindahan malam dengan bintang, bulan, kicauan mergastua serta desiran angin malam yg cool..
  6. Pelbagai spesis ikan hanya pada satu lokasi. Antara spesis di port ini adalah Tengalan, Lampam Sungai, Lampam Jawa, Pucuk Pisang, Ikan Ubi, Ikan Belida, Kenyin, Baung ( tp kureng baekk), Jelawat. Paling popular di sini adalah ikan Tengalan dan Lampam. 
 Kekurangan Port Ini ( Klu mancing malam)
  1. Susah nak buang air besar. Klu dah ejemency, berak dalam tong/plastik lalu ditebankan ke dalam ayor. Mengkome kene bawak banyok bekalan ayor yekk..
  2. Adakalanya cuaca di sebelah malamnya sangat sejuk hingga ke tulang. Ditambah pula dengan tiupan angin yg sejuk..  Kene bawak baju yg tebal. Klu dah x tahan sejuk, masuk dalam keter jer.
  3. Sukar utk menaikkan ikan bersaiz bagak kerana kedudukan jambatan yg agak tinggi ( lebih kurang 40 meter dr paras air). 
  4. Kawasan amat sunyi dan menggerikan klu mancing sorang2. Datang berkawan ok. Jgn bawak awek, nnt mengkome bukan mancing, buat projekk.. chhhooiihhhhh!!!!
  5. Kelajuan arus dan tahap kejernihan air mempengaruhi hasil tangkapan. Sekiranya arus deras. Banyak sampah serta kayu serta buluh hanyut yg mampu mengancam keselamatan joran. Kalau air keruh pula, ikan tak nak makan. Letih menunggu sampai ke pagi. Bak kata Jambu Maharajalawak," apa pun x bolehhhh".
  6. Pada malam minggu, port ini akan menjadi tumpuan. So, sapa cepat dia dapat port baekkk. Klu lambat, dapat port yg terlalu dalam atau terlalu cetek atau yg deras arusnyer. Ikan kureng maaa..

Plan Lokasi

Dari Jalan Gerik-Kuala Kangsar

Lokasi Titi Ganda
*Sumber Google Maps

 Idrisian Anglers di TiTi Ganda

port di waktu pagi

port di waktu malam

Tangkapan mabeless

Populasi Belida mmg banyak di sini. Cuma utk mkn kail kita agak sukar, apatah lg utk menaikkannya.

Antara hasil tangkapan semalaman

Tengalan pagi

Susunan joran yg menduga di arus Titi Ganda

Ikan Ubi antara spesis mabeless di sini

Panorama port mancing

Laluan yg line clear

Idrisian Angler in action!

Mempelbagaikan umpan akan menambah kebarangkalian mendaratkan ikan-ikan yg mabeless

Tengalan bagak

Memerlukan kepakaran utk menaikkan Tengalan ke atas jambatan

Belida yang tertewas

Pesanan Idrisian Anglers

Kepada pemancing-pemancing yang bercadang untuk memancing di sini, hendaklah:
  1. Menjaga kebersihan port ini. Pasti tiada sampah yang di tinggalkan.
  2. Jgn buang sisa pelita karbait di port atau di humban ke sungai kerana ini akan menyebabbkan ikan lari dari port ini.
  3. Parking keter biar rapat ke tepi.
  4. Jangan membuat bising seperti melalak atau memasang radio keter dengan kuat. Ini akan mengganggu ketenteraman pengail yg lain.
  5. Melontar atau balingan kail secara lurus dan tidak menyerong bg mengelakkan bersilang dengan tali kail pemancing lain. Grrrrrrrr!
  6. Sekiranya menggunakan umpan busuk seperti Tapa atau perut ayam, pastikan tiada sisa-sisanya yg tertinggal. Basuh kesan sisa untuk memudahkan pemancing lain menggunakan port tersebut.
  7. Jangan buang sampah ke dalam sungai. Bawa pulang sampah yang kalian hasilkan.
Sekian..

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

2 Comments:

  1. Sire Johhny Deep said...
    huyo....
    dasat2 ikan...
    besor kan main.......
    mantap yop.....
    sifooden said...
    kekadang kumpau jugak yeop..

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...