Memaparkan catatan dengan label baung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baung. Papar semua catatan

Jumaat, 2 April 2010

Libau, Apek dan Den berpadu tenaga lagi. Setelah penat mengcangkul di sekitar lokasi rahsia bagi mendapatkan umpan ulat kek-kek, jam 730 mlm mereka mula memburu baung di empangan loji Air Pulau. Ketika syiok mendaratkan baung, tetiba hujan turun selebat-lebatnya. Berteduhlah mereka di dalam kereta sambil melayan lagu-lagu Loudness. Bila hujan mula reda, mereka meneruskan operasi. Melompat beruk Libau tatkala seekor ular air melakukan lintas hormat di sebelahnya. Mereka kemudiannya berpindah lokasi iaitu di sungai Cik Halim. Di situ libau mendaratkan seekor baung sebesar lengan. Lokasi akhir mereka adalah di sungai masjid Lawin. Di situ Den mengganas dengan menaikkan 2 ekor baung yang sama saiz dengan ikan baung tangkapan Libau. Saksikan gambar2 ops baung kali ini.

Khamis, 18 Mac 2010

Setelah sehari x memegang joran, tangan Libau mula menggeletor.Biar pun Apek tiada sebab balik kampung menjenguk ibu kandungnya, Libau masih ada Kulup Bahudin. Misi memburu baung diteruskan walaupun tanpa Apek. Misi Libau dan Kulup Bahudin kali ini adalah di Lubok Gotak, Lawin. Dulunya, lubok ini menjadi tempat mainan Kulup Bahudin dan kuncu-kuncunya. Bila jambatan baru dibina bersebelahannya, Lubuk Gotak semakin cengkat dan bukan lagi port mandi yang best. Kini ianya menjadi port bebudak ponteng, bebudak isap rokok dan tempat beromen kot. Kalau dulu, airnya dalam. Cakap je nak terjun fesyen apa.. Semuanya boleh. Terjun junam, lipat depan, lipat belakang, double summer sault..
Berikut adalah hasil misi tak sampai 2 jam tersebut:
Ikan Tilan. Catch & Release

Baung. Target fish

Ikan Haruan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...