Rabu, 12 Oktober 2011



Sempena hari ke'drop'an aku yang jatuh pada hari ini jam lebey kurang 0400H, aku dedikasikan lagu ini untuk aku.. Ptuiiii...





Just because I have dropped, doesn't mean I'm looser..


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Rabu, 28 September 2011

Hit & Run

 Ptg td, Wa dan Sir Mizi menziarahi student Wa di Kg. Plang..

Siapakah dia Syafiqah?
Sebenarnya wa x pernah pun mengajar dia. Tp wa selalu jumpa dia kt bilik seni iaitu port wa lepak & dengar koleksi lagu rock inggeris dulu2 milik Cikgu Pian (Sifuu Seni). Bebudak Form 6 sekarang tengah sibuk menyiapkan ukiran kayu bertemakan kasih ibu iaitu kerja projek seni stpm diorg. Syafiqah ni lemah lembut orgnya. Jadi wa selalu la tolong dia memahat2 apa yg patut. Wa juga selalu ngusik dia ngan slang Plang iaitu "jalan Plang  banyok tahik lemu ats jalan".

Kenapa dengan Syafiqah?
Raya ke5 yang lalu, Syafiqah telah disondol oleh sebuah kereta. Akibatnya motosikal beliau terbabas lalu melanggar tiang elektrik. Beliau bernasib baek kerana memakai helmet. Walaupu begitu, kecederaan beliau agak seriyes. Beliau patah rahang serta kaki kiri. Rahang yang patah telah digantikan dengan besi.

Yang Menarik dan Misterinya Kes Ini?
  1. Hingga kini, kes ini diklasifikasikan sebagai langgar lari walaupun saksi awal mengatakan sipelanggar adalah orang kampung  tempat kejadian tersebut berlaku.
  2. Saksi utama adalah jiran suspek yang melanggar.
  3. Katanya kereta yang dipandu suspek bukan milik suspek tetapi adalah milik warisnya yang bekerja sbg polis Gaban di area berhampiran.
  4. Pegawai penyiasat En. Gaban iaitu seorang sarjan sheriff mcm nak tak nak je menyiasat kes ini. Klu tanpa saksi, tak bleh nk menyiasat ke.. Tak kan x de suspek kot.. atau ada apa-apa ker? Ptuiiiiii!
  5. Pengakuan saksi utama mula menunjukkan perubahan seolah2 mahu berpaling tadah. Maklum le berjiran dengan suspek. Ptuuuiii!
  6. Saksi  utama mula mengelak dari bapa mangsa apabila diajak ke Balai disko untuk memberi keterangan. Tak kan sudah dibayar kot? Ataupun digertak seseorang? Macam sial... Ptuuiii!! Ptuiii!
  7. Ada ka patut diorg kata  Syafiqah terbabas sebab berSMS atas motor.. momemtum terbabas dan disondol lain beb.. Ptui..ptuii... Nk SMS cmner kalu helmet visor gelap.. Ptui.. ptuii.. punya ayat melambat2kan siasatan.. Nampok bebenor nipunye..
  8. Detektif Conan telah mengesyaki bahawa berlakunya pakatan antara saksi utama, suspek (keluarga suspek)serta pihak berwajib Gaban. Ini kerana suspek berjiran dengan saksi utama. Kemediannya salah seorang waris suspek adalah seorg anggota polis sindikit Gaban Z pootong dua.. Apakah saksi telah dibayar? Apakah Peg Penyiasat En. Gaban itu sahabat baik/rakan sekerja dengan salah seorg waris suspek? Adakah kereta dinaiki suspek sebuah kereta panas sehingga cuba dilenyapkan kewujudannya dalam kes ini? 
  9. Rasanya kes ni lenyap begitu sahaja seperti yang telah dirancangkan oleh mereka, mereka dan  mereka.. Ptuiii!
  10. Kepada kamu yang melanggar lari.. Kamu mungkin terlepas di dunia ini.. Tetapi kamu tak akan terlepas dengan hukuman Allah. Sebagaima terseksanya suspek menderita 3 minggu di hospital. Rahang diskru, makan melalui tiub, kaki patah, persediaan STPM terbantut dan sbgnya.. Kau akan terima balasannya kelak.. Kalau tak di dunia, akhirat pasti.. Hidup kamu di dunia pula akan sentiasa dihantui dengan hantu Kak Limah dan Hantu Bonceng serta tragedi ngeri ini.. Tidur malam mu juga tidak lena.. Kamu tidak akan tenteram.. Hantu bonceng pasti akan follow kamu.. Ptttuuiii!!!!!!
Kepada Syafiqah dan Keluarga ( Pakcik, Makcik serta Kakak Fiqah yang Comel.. Hahaha)
  1. Kami mendoakan yang terbaek untuk kalian.
  2. Bersabarlah dengan dugaan demi dugaan ini.
  3. Biarkan pun keadilan semakin pudar dan sukar untuk ditegakkan, Allah tetap bersama kita.
  4. Semoga cepat sembuh dan kembali ke sekolah. We miss U!


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Sabtu, 17 September 2011

Trip Gigil Ganda-Dala

Gigil-menggigil.. itu yg terlontar dari mulut wa tatkala bulan yang terang tiba2 diselaputi awan hitam. Bintang yang sepatutnya menyinari alam kedamaian hilang yang akhirnya diganti dengan titisan mutiara. Dr jam 1230pg hinggalah ke pagi hujan x henti. Solat subuh pun dalam hujan.Alhamdulillah, hasil pun gigil jugak..







Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Selasa, 30 Ogos 2011

Perutusan Khas

Sempena hari yang mulia ini, ambo ingin mengucapkan:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
  2. Sambutlah hari raya dengan penuh kesederhanaan.
  3. Control makan especially yang tinggi kolestrol, gula dan lemak tersembunyi.
  4. Berhati-hati dijalan raya. Don't eat kueh raya while drive.I kill my brother woooo..
  5. Jangan main mercun yang merbahaya. Berbijaksanalah dalam bermain mercun. Sebab dh beli rugi plak x bakar.
  6. Duit raya x payah bagi banyak2 kt budak. Nanti makbapak depa yang balun. x pun depa beli benda yang bukan2 macam asid, cekedis dan dvd *****. hahaha.. Bagi semampu anda dan seikhlas hati. 









Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Selasa, 23 Ogos 2011

Zu Thaiping

Pada suatu pagi yang damai, my kids said,"Ayah, dah lama x pegi zoo kan..?". Bulan posa ni agak perit jugak kalau berjalan keliling zoo tu. Tp learning process punya pasai wa turutkan saja. Ptg jumaat kite serang teiping. Tido wotel, sok pagi kite ke zoo k.. Klu dh promise ngan bebudak ni, selagi x ditunaikan, selagi tu la dok ulang2. So, 19 Ramadhan wa serang teiping  dan 20 Ramadhan wa serang zuu.. Rupe2nyer syiok jenjalan dalam zuu remadhan ni.. X crowded.. binatang pun agak berani menunjukkan diri. Klu ramai org, diorg pun takut nak keluar dari sarang penyorokkannya. Hoohoohoo..







Dalam banyak2 binatang dlm zu, bola jugak yg manarik perhatian my son

Tarian payong

Gendut





Dekat lg






Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Khamis, 18 Ogos 2011

Air Tarung

You all suka minum air mineral ka? Wa apa jenis air pun wa balun.. air kencing setan je wa x layan.. You all penah dengar ke kisah air tarung nih? Air Tarung ni merupakan sejenis air punca dari bawah tanah yang sangat jernih dan boleh dibuat ayor minum tanpa was-was. Cumanya klu was-was bley la dimasak terlebih dulu. Tp mmg jernih dan ianya keluar dari bawah tanah macam paip air besar yg pecah.. Sentiasa jernih walaupun hujan lebat dan tidak pernah kontang sekalipun di musim kemarau. Magic kan..? Itulah kekuasaan Ilahi.. Lokasi Air Tarung adalah ke  laluan ke port mancing Jambatan Ganda atau menuju ke Kg. Air Ganda. Berhampiran Tapak Semaian Jab. Hutan Hulu Perak. Tiada sebarang charge dikenakan utk mengambil air tarung. Parking pun free. Cumanya bila hari minggu agak penuh dengan org ramai.

Air Tarung

Terdapat kolam buatan 3 tingkat utk bermandi manda. Sesuai utk kanak-kanak.

Yang ni dah kering

Ni antara saluran yg memancutkan air tarung. Kesemuanya ada 6 saluran paip  air tarung.

Kalau datang sini rugi kalau tak bawak botol minuman yang kosong. Ust Sabri sedang demo cara nk bawa balik air tarung.

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Rabu, 17 Ogos 2011

Port Pokok Pelam ini adalah port mancing festime pegi oleh Geng Idrisian Anglers. Tetapi tidak buat Otai Fahizal yang dh berkali-kali ke situ. Port ini lebih dekat berbanding Jambatan Ganda. Ianya laluan yang sama tp menghulu skit dari port Jambatan Ganda .
Mulanya Idrisian Anglers nak ke JAmbatan Banding. Kononnya nak membaru baung di area tu. Tapi telah diracun oleh Fahizal utk join tripnya ke Port Pokok Pelam. Jadinya, dia le Ketua Komplot.
Fahizal memang otai sebab:

  1. Jam 6.00 petang dia dah ada dekat port. Berbuka puasa pun kat situ. Lone Ranger wooo..
  2. Kami tiba jam 12.00 malam. Maknanya sebelum kami tiba, dia memang Lone Ranger di tepi sungai yg bersempadan dengan hutan tebal.
  3. Dia Lone Ranger dengan 9 batang joran, tanpa pelita kabat/lampu/ungun api melainkan headlamp jer.
  4. Masa kami tiba dia dah ada dekat 20ekor Tengalan bersaiz 300g hingga 900g tiap sekor.

 Berikut adalah laporan bergambornya...

Ini Port Pokok Pelam
Ini Ketua Komplot, Fahizal otai tengalan
Ketua Komplot in action
Menyolatkan Subuh
Dikala subuh

Ust Sabri in action
 

Mentari mula menyinar seyyyy

Ayor selowwwww

Jaga2.. ade kawasan yg suka makan batu ladung

Last catch!

Sebarow

Hohoho.. aku tidak kumpau walaupun festaim

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Tahun ni penggila deroyan agak bernasib malang sebab musim deroyan jatuh pada bukan Remadhan. Jd Tak boleh le mereka nak menggila sangat melantak deroyan. Panaihhhhh weihhhh!!! Tapi disebabkan deme nok jugok. Dusun deroyan Tok Yan tak menjadi tahun nih. Yang agak menjadi Dusun Deroyan Tok Nyang Uda di Kubang. Jom serbu..

Hoho.. Kene nyeberang sunga

Ust Sabri tgh mencari suspek

Sesi beramah mesra ngan Tok Chik

Tengah ngumpui deroyan

Lepas tu digunikan pula deroyan tu

Lalu dihangkut ngan Merc ke tebing sungai

Lepas nyeberang sungai, hangkut dlm kereta pulok..

Ni baru sebonet deroyan, keter Rosli sebonet & Ust Sabri seunser

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Jumaat, 12 Ogos 2011

 Telur Bungkus & Doli Parton Koeytiaw



Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Selasa, 9 Ogos 2011

Kejutan Ramadhan

Aku dah menduga, bila ramadhan menjelma, sekalipun semua setan & iblis dibelengu tetapi setan bertopeng manusia yg bebas akan tetap melakukan kerosakkan di bulan yang mulia ini. Aku dah menduga dari awal lagi, ianya pasti berlaku seperti mana yang berlaku di Ramadhan yang lepas. Kalau kalian masih ingat, Ramadhan tahun lepas kita dikejutkan dengan pelbagai berita mengejutkan dengan pelbagai berita pembunuhan kejam. Aku dah menduganya dari awal lagi apabila baru-baru ini berlakunya tragedi yang sama apabila mangsanya adalah Dr. Rohani, Timbalan Pengarah Veterinar Neg. Perak. Kemudian diikuti mangsa seorang cina yang disamun dan dibunuh. Kemudian berita kematian mengejut setelah cubaan melarikan diri dari serbuan  pihak berwajib ke sarang perjudian berakhir dengan tragedi  di Kuala Ketil. 





Persoalannya, kenapa kadar jenayah makin meniggi ketika ramadhan ini? Apakah pihak berkuasa menjadi mandom ketika Ramadhan? Apakah sudah menjadi trend terkini? Apakah pihak berkuasa sibuk dengan majlis berbuka puasa bersama itu dan ini? Adakah penjenayah mendapat power serta kekuatan yang ditinggalkan iblis dan setan untuk melakukan kejahatan? Banyak persoalan.. Jangan pening kepala... Layan video ni dulu....



.
.
.
.
.
.
.


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Isnin, 8 Ogos 2011

 Sambal Udang Potai Aiiihhh!

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...