Memaparkan catatan dengan label Mountain Bike. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Mac 2010
Aritu test power basikal.. Ni test power orang yang kayuh beskaltu plak. Maka pada hari itu, Ah Fatt, Black dan Gua telah menyusuri track dari Pekan Gerik>ulu kendrong ikut jalan belakang, jalan yang selalunya dilalui oleh mat rempit yg lari dari roadblock>tanjung rambai>balik semula ke Pekan Gerik. Total distance = 21km.
Label: Mountain Bike
Ahad, 21 Mac 2010
Test power MTB sambil ushar track..
lokasi sekitar lawin.. air jernang>malau>takong>bagan>lawin>pokok ceri
Label: lawin, Mountain Bike
Sabtu, 20 Mac 2010
Seawal jam 7.00 pagi, Kassim Burnetto telah bersiap-siap memakai 'compitable pant'nya. Bersemangat waja Kassim Burnetto. Lalu dia ke rumah Aye, menjemput 'banker'nya. Mereka mentakedarah di pokok ceri sementara menanti Ah Fatt yang akan menjemput mereka dengan 'ford ranger'nya seterusnya menjemput Black.
Misi mereka kali ini bukan pergi berkayak, memancing mahu pun skodeng anak dara mandi, tetapi mereka ke Jitra kerna ada sesuatu yang menarik perhatian Ah Fat, Black, Aye dan Kassim Burnetto.
Jam 11.00 pagi, mereka tiba di Jitra. Di sana Pak Teh iaitu bapak sedara Ah Fat dan sepupunya telah menanti. Ada khabar gumbira di situ. Tanpa melengahkan masa, mereka menyendatkan ford ranger dan terus menuju destinasi itu.
Tengahari, mereka berada di tempat itu. Memang sempoi... cakap je nak design apa.. sumer ada.. abis semua ceruk mereka pusing. Dari pintu depan sampai le ke belakang.
"Tauke, anggaran harga 1ribu punya mana?", kata Ah Fatt iaitu ketua misi kali ini. "Ini la.. Lia munya folk muley on/off". "kasi wa rm950", kata tauke. "Angkat 3", confident je Ah Fatt. "Apa kaler mau? merah dengan silver saja ala," kata tauke tersenyum sebab deme udah borong banyak barang nih.
Berikut adalah laporan bergambar mereka;

kat kedai beskal RM 1750. Kt sini half price...
Label: Mountain Bike
Subscribe to:
Catatan (Atom)