Khamis, 1 Oktober 2009

Petua Memburu Kelah *updated

Berikut adalah tip-tip yang aku sedut, sompet, ragas dari web, blog dan org-org lama serta kengkawan aku.
Apabila ade tips baru, wa akan updated!

TIP 1

Bikin umpan kelah.

Caranya mcm ni..
1. gunakan plastik... sama ada guna plastik beras atau pampers
2. Masukan kelapa sawit kat dalam plastik
3. isikan air sampai penuh.. peringatan jangan gunakan air paip rumah.. kerana air tu ada klorin... bley guna air hujan
4. lepastu ikat plastik tu...biarkan selama 2 hari
5. selepas tu buat lubang lebih kurang 4 inci dari bawah plastik supaya air kat dalam plastik tadi keluar dan yg tinggal hanya 4 inci dari bawah sahaja.
6. biarkan selama 4hari.... dalam masa proses ini kena rajin tengok.. takut terlebih lembik.. nanti tak sesuai...

Bila sampai kat lokasi memacing.. gunakan kelapa sawit yg kat bawah yg terendam dalam air 4inci tadi..pastu tumbuk-tumbuk... kemudian tabur kat lubuk pancing.. biarkan selama 15-30min... pastu baru turunkan pancing.... semasa memancing kelah.. gunakan tali 15paun kebawah... gunakan batu ladung kecil... biasanye guna batu saiz1,2 saje... walaupun memancing dijeram laju.

TIP 2

Umpan eksotik

1.belalang togel... sejenis belalang yg seakan² pelesit tapi kaki belakangnya agak panjang...saiz lebih kurang besar jari kelingking je...
2.belalang daun... belang ni kalau kat kawasan kampung senang jumpa...sayap belalang ni sebiji mcm daun pokok...saiz lebih kurang dua atau tiga...kalau nk buat umpan, sayapnya kena buang terlebih dulu...
3.katak batu... katak ni hanya boleh jumpa kat tepi² sungai yg berbatu...kaler coklat bertompok²...lebih mudah jumpa bila waktu mlm...

TIP 3

Buah Hutan.


Buah Neram & Maris

buah neram ni biasanya berbuah pd bln Jun/julai dan mulai gugur sekitar penghujung Julai-Ogos..
buah maris pulak, musimnya awal skit dr buah neram iaitu sekitar bln Mei/Jun


TIP 4

Masalah umpan lembik...tp cara nak mengatasinya...jgn rendam dalam air.....
krn: i) umpan akan cepat perui (hancur) apabila main diair laju/berjeram. ii) minyak dari biji sawit akan ikut keluar dengan air yang kita rendam tu....!!!! iii) Kalau nak pikul masuk hutan....berat ngan air sbb air akan meresap masuk kedalam sabut kelapa sawit. iv) Bau kurang mengancam...!!!! Alternatifnya, masukkan dalam plastik (plastik beras atau pampers).....
biarkan perpeluhan dalam yang akan membasahkan sawit tersebut....
biarkan dalam 5-6 hari (tertakluk kepada matangnya buat sawit tu....) Awas, elakkan dari mengambil buah sawit yang besar tempurungnya...!!!!


TIP 5

Mata Kail Yang penting ianya berwarna hitam atau kelabu, berlengkuk bulat pendek, bertelinga dan sangat kuat seperti eagle Claw (saiz 1, 1/0 dan 2/0), Mustad (saiz 10, 12 dan 14) dan Hayabusa (saiz 1 hingga 4) Batu Ladung Batu ladung hidup bentuk buah kana bersaiz 3, 4 atau 5 (mengikut kederasan arus) Perambut Perambut sepanjang sat ke satu setengah kaki berketahanan antara 20 hingga 30 paun jenama Daiwa Crystal Clear, Tortue atau Maxima Chameleon. Cili Cili berwarna hitam jenama Rosco atau Tornado berketahanan 20 paun ke atas yang tidak berklip / berpin (jenis berklip mudah terbuka atau bengkok jika terkena asakan kelah yang besar)


Cara Mengikat Umpan Mata kail dicangkuk pada pangkal buah kelapa sawit ataupun dibenam pada ubi kayu yang dipotong kecil sebesar ibu jari.




TIP 6
Pantang larang ketika menduga kelah.
Pantang larang ni berdasarkan pengalaman wa dan rakan2.
  1. Jangan pakai baju yg terang2 ketika casting mahupun mancing bottom. Esspecially waktu siang, klu malam x kisah.
  2. Jgn mandi atau berendam kaki mahupun badan ke dlm sungai yg mana airjya itu kemudiannya mengalir ke lubuk atau port kita mancing. Kelah sensitif dengan kehadiran manusia. Kesensitifan mereka menyebabkan umpan kita kurang berselera utk dijamah mereka. Pppttuuiiii!

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...