Selasa, 31 Mei 2011

myMetro | e-mel anda: Henti tuding jari

Setahu wa, yang terang-terang menuding jari adalah:

  1. Salizat, Menteri Pembengongan Wanita dan Kebiolan Meserekat.
  2. Saziman , Menteri Kerja Loya.
  3. Hasan Mahmud, Mudir Program Imam Moden.
Wa rasa la kann.. jari yang mengorek idung dikhalayak ramai lg mulia dari jari yang menuding menyalahkan itu & ini. Pastu dia je yg betul.. Chhoooiihhhh!!!!

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Isnin, 30 Mei 2011

Pengenalan
Port mancing ni tidak mengambarkan sebuah titi yang dibuat dari kayu atau batang kelapa. Titi Ganda juga tidak merujuk laluan ke Kg Air Ganda. Tetapi ianya adalah satu laluan terpencil menuju sebuah perkampungan asli iaitu RPS Dala. Memandangkan laluan ini agak terpencil, maka amat jarang-jaranglah  kenderaan yang melalui laluan ini.


Ngaper Port Ini Spesel?

  1. Port yg agak selamat dari musuh dan haiwan berbisa. Memandangkan pemancing akan memancing dari atas jambatan, maka ianya selamat dari haiwan berbisa seperti ulor, lipan, kala dsbgnyer. Walaupun begitu, terdapat juga lebah sesat yg tertarik dengan cahaya headlamp atau pelita kabat mengkeme.
  2. Boleh memancing dari dalam kereta. Disebabkan laluan ini agak terpencil, maka sebelah malamnya amatlah jarang2 dilalui sebarang kenderaan. Pada sebelah malamnya, laluan sebelah kanan memang ditutup khas utk kenderaan pemancing. Line clear!!
  3. Boleh bawak macam2 ke port mancing. Misalnya dapur, katil flexsibel, tikar, sejadah, tong air ( utk masak air dan ambik wuduk bg yg stay sampai subuh), khemah, toto, tong ikan siap dengan ais dsbgnya. Klu datang dengan unser, mace-mace buleh bawok..
  4. Boleh bawak banyok pancing. Susun je kt tepi jambatan.
  5. Port best mancing pada sebelah malam sebab x panas, laluan kenderaan  sebelah kanan yg totaly closed sebelah malam. Syiok menghayati keindahan malam dengan bintang, bulan, kicauan mergastua serta desiran angin malam yg cool..
  6. Pelbagai spesis ikan hanya pada satu lokasi. Antara spesis di port ini adalah Tengalan, Lampam Sungai, Lampam Jawa, Pucuk Pisang, Ikan Ubi, Ikan Belida, Kenyin, Baung ( tp kureng baekk), Jelawat. Paling popular di sini adalah ikan Tengalan dan Lampam. 
 Kekurangan Port Ini ( Klu mancing malam)
  1. Susah nak buang air besar. Klu dah ejemency, berak dalam tong/plastik lalu ditebankan ke dalam ayor. Mengkome kene bawak banyok bekalan ayor yekk..
  2. Adakalanya cuaca di sebelah malamnya sangat sejuk hingga ke tulang. Ditambah pula dengan tiupan angin yg sejuk..  Kene bawak baju yg tebal. Klu dah x tahan sejuk, masuk dalam keter jer.
  3. Sukar utk menaikkan ikan bersaiz bagak kerana kedudukan jambatan yg agak tinggi ( lebih kurang 40 meter dr paras air). 
  4. Kawasan amat sunyi dan menggerikan klu mancing sorang2. Datang berkawan ok. Jgn bawak awek, nnt mengkome bukan mancing, buat projekk.. chhhooiihhhhh!!!!
  5. Kelajuan arus dan tahap kejernihan air mempengaruhi hasil tangkapan. Sekiranya arus deras. Banyak sampah serta kayu serta buluh hanyut yg mampu mengancam keselamatan joran. Kalau air keruh pula, ikan tak nak makan. Letih menunggu sampai ke pagi. Bak kata Jambu Maharajalawak," apa pun x bolehhhh".
  6. Pada malam minggu, port ini akan menjadi tumpuan. So, sapa cepat dia dapat port baekkk. Klu lambat, dapat port yg terlalu dalam atau terlalu cetek atau yg deras arusnyer. Ikan kureng maaa..

Plan Lokasi

Dari Jalan Gerik-Kuala Kangsar

Lokasi Titi Ganda
*Sumber Google Maps

 Idrisian Anglers di TiTi Ganda

port di waktu pagi

port di waktu malam

Tangkapan mabeless

Populasi Belida mmg banyak di sini. Cuma utk mkn kail kita agak sukar, apatah lg utk menaikkannya.

Antara hasil tangkapan semalaman

Tengalan pagi

Susunan joran yg menduga di arus Titi Ganda

Ikan Ubi antara spesis mabeless di sini

Panorama port mancing

Laluan yg line clear

Idrisian Angler in action!

Mempelbagaikan umpan akan menambah kebarangkalian mendaratkan ikan-ikan yg mabeless

Tengalan bagak

Memerlukan kepakaran utk menaikkan Tengalan ke atas jambatan

Belida yang tertewas

Pesanan Idrisian Anglers

Kepada pemancing-pemancing yang bercadang untuk memancing di sini, hendaklah:
  1. Menjaga kebersihan port ini. Pasti tiada sampah yang di tinggalkan.
  2. Jgn buang sisa pelita karbait di port atau di humban ke sungai kerana ini akan menyebabbkan ikan lari dari port ini.
  3. Parking keter biar rapat ke tepi.
  4. Jangan membuat bising seperti melalak atau memasang radio keter dengan kuat. Ini akan mengganggu ketenteraman pengail yg lain.
  5. Melontar atau balingan kail secara lurus dan tidak menyerong bg mengelakkan bersilang dengan tali kail pemancing lain. Grrrrrrrr!
  6. Sekiranya menggunakan umpan busuk seperti Tapa atau perut ayam, pastikan tiada sisa-sisanya yg tertinggal. Basuh kesan sisa untuk memudahkan pemancing lain menggunakan port tersebut.
  7. Jangan buang sampah ke dalam sungai. Bawa pulang sampah yang kalian hasilkan.
Sekian..

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Ahad, 29 Mei 2011

Lepas solat Isyak, masing memecut kenderaan masing-masing.
9.15 pm   - Wa sampai dulu di simpang 4 Air Panas - Ganda
9.45 pm   - Sampai lokasi ( titi ganda) x de sape. Gelap gulita.  Kail dilabuhkan..
10.00 pm - Grup kedua tiba. Diorg guna perut ayam. Bau sampai port kami.. Uwekkkssss!!
11.00 pm - Tengalan saiz bagak dinaikkan.. lg..dan lg..dan lagiiii
3.30 am   - Kail Abu GArcia yg padankan dengan ugly stick direntap dengan ganasnya.. Adakaha tengalan  
                  saiz extra bagak.. tidakk.. tarikan yg kuat.. mungkin jelawat... Gedebussss! bunyi percikan air
                  kesan lompatan ikan yg mengena kail. Kompem Belida... Giloss.. kail kecik.. mesin kecik...
                  camnor nk nk main...
4.00 am  - masih bertarung dengan belida. Dari tengah jambatan mengheret hingga ke hujung jambatan.. mati
                 akal cmner nk naikkan belida tu..
4.30 am  - berkat kesabaran, pertolongan rakan mancing iaitu Ustaz SAbri, Mohd Noor n Friend ( student
                 SMKSIS2) serta grup sebelah kami mancing, maka belida tersebut berjaya dinaikkan..
5.30 am - Masih melayan sentapan tengalan
6.15 am - beredar setelah clear port.
6.30 am - Solat subuh di Air Tarung
7.00 am - Cari buyer Belida utk nego
7.30 am - buyer dijumpai dan belida dinego pada rege RM22 sekilogram. Berat belida tersebut 8.5 kg..















Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Tips Umpan

Kelkatu efektif untuk ikan air tawar




UMPAN kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang. Asalnya terbentuk dari serangga anai-anai yang dianggap musuh utama kepada penghuni rumah dan pemilik ladang, saudaranya iaitu kelkatu sangat efektif digunakan untuk umpan ikan air tawar ini. Ciri-ciri lain pada kelkatu iaitu mempunyai dua bahagian abdomen, sepasang sesungut dan dua pasang sayap berwarna perang cerah seluruhnya, mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah. Kebiasaannya habitat kelkatu boleh ditemui dalam busut atas tanah atau pokok dan kemudiannya akan terbang mencari kawasan baru untuk membina koloni barunya. Dalam koloni kumpulan ini, terdapat beberapa lapisan atau kasta yang diklasifikasikan sebagai raja, ratu, askar dan pekerja yang mempunyai tanggungjawab penting iaitu membina sarang diperbuat daripada tanah. Di negara ini, terdapat sekurang-kurangnya 175 spesies dan 42 genera anai-anai. Spesis yang biasa ditemui adalah dalam kumpulan Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae.

Umpan kelkatu mudah dicari apabila menjumpai kumpulan berterbangan berhampiran cahaya lampu rumah atau bangunan. Cara untuk menangkapnya adalah mudah dengan mengutip serangga ini yang terjatuh berhampiran kawasan lampu tadi selepas sayapnya gugur selepas itu. Dalam arena memancing, teknik pancing menggunakan joran teleskopik sangat berkesan dengan menggunakan umpan ini. Mata kail kecil bersaiz tujuh yang dicangkukkan dari bahagian abdomen belakang hingga kepalanya.




Anak tebuan untuk pancing puyu, haruan




.
UMPAN serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.

Baunya yang sedikit tengik atau berbau cukup di gemari ikan yang menghidunya untuk dijadikan menu makanan utamanya. Bentuknya menyerupai larva seakan ulat beluncas serta berwarna putih ketika masih ‘bayi’ dan berwarna kehitaman apabila dewasa, dijumpai dalam kepompong sarangnya.





Katak minyak umpan haruan, bujuk




KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit. Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.

Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.

Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu karauan secara perlahan dilakukan untuk meransang deria bau ikan.Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. Kini,

katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.




Buah mengkudu umpan ikan air tawar




BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.

Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.
Lazimnya buah ini tergolong dalam famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau pinggir hutan. Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau berkilat.

Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.
Taburannya yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi serta kanser. Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil.

Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal sepanjang setengah depa.Selain itu, kaedah lain iaitu menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail rambai turut berupaya menjinakkan
ikan air tawar.Difahamkan, bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit dan buah ara.Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah didapati di sekitar kawasan berkenaan.



Buah Ara upaya jinak kelah



BUAH Ara (Ficus auriculata Lour) juga diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.

Cirinya berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak.Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini.

Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah (Tor tambroides).Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini.Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.



dipetik dari  http://pancingkelah.blogspot.com
 

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Ikan Ubi - Ketutu - Hantu

Ikan Ketutu atau nama saintifiknya Marble Goby merupakan spesies ikan air tawar namun ada juga yang hidup di kawasan air payau. Ikan ini juga dikenali dengan ikan hantu, ikan ubi dan ikan bodoh mengikut tempat. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak-anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil..... ikan ini diberi nama sedemikian adalah kerana bentuk dan corak badannya yang seakan-akan ubi kayu atau kayu yang hodoh di dasar sungai..

Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.



Ikan ketutu sememangnya terkenal dengan sifatnya yang pemalas. Ia hanya menyambar makanan atau umpan yang lalu di depannya sahaja. Oleh itu, ikan ini menggunakan kelebihannya untuk menyamar bagi mengelirukan mangsanya. Ditambah pula dengan fizikalnya yang seakan-akan kayu buruk.

Ikan ini biasanya aktif pada waktu malam. Waktunya banyak dihabiskan dengan berehat di celah-celap kayu, reba, batu dan sembunyi dalam pasir atau lumpur. Ikan ketutu akan menghampiri kawasan cetek pada malam hari untuk mencari makanan. Ia tidak agresif ketika memburu sebaliknya hanya menunggu mangsa mendekatinya sebelum membuat sambaran.
.

Diet utama ikan ini biasanya anak ikan dan udang. Kini spesies yang hodoh dan pemalas ini sukar ditemui kerana ianya selalu diburu oleh kaki pancing disebabkan rasanya dan enak. Maka tidak hairanlah jika permintaan terhadap ikan ini amat menggalakkan. Harganya boleh mencapai ratusan ringgit sekilo lebih-lebih lagi apabila menjelangnya Tahun Baru Cina.

Ustaz Sabri bersama ikan ubi tangkapan nyor

Titi Ganda - Lokasi pelbagai spesis air tawar termasuk ketutu







Dipetik dari http://pancingngail.blogspot.com
Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

b

Lemak kasar dan komposisi asid lemak telah dikaji dalam 16 jenis ikan air tawar di Malaysia. Sebanyak 9 ikan ternak dan 9 jenis ikan liar telah diekstrak kandungan lipid dengan menggunakan kaedah pengekstrakan soklet pelarut kloroform: metanol. Hasil kajian menunjukkan bahwa jumlah lipid dalam isi ikan ternakan lebih tinggi dari ikan liar, dalam julat 20 - 50 % (bt/bt) dan 4 – 15 % (bt/bt) masing-masing. Ikan baong menunjukkan kandungan lipid jumlah tertinggi berbanding ikan kajian lain iaitu sebanyak 51.64%, diikuti oleh ikan bawal merah dan ikan patin dengan peratusan sebanyak 46.2% dan 43.2% masing-masing. Kandungan asid eicosapentaenoik, EPA and asid docosaheksaenoik, DHA adalah tinggi dalam ikan liar berbanding dengan ikan ternakan. Antara spesies ikan dikaji, ikan belida menunjukkan kandungan EPA (2.9%) dan DHA yang tinggi (12.1%), diikuti oleh sepat siam (EPA; 3.0% dan DHA; 12.8%) dan tengalan (EPA; 1.1% dan DHA; 7.2%). Ikan-ikan lain sebaliknya menggandungi asid w-3 dalam peratusan yang rendah. Persekitaran dan diet ikan di mana ianya ditemui menjadi faktor utama dalam perbezaan kandungan asid lemak tersebut.

Dipetik dari abstrak jurnal oleh Jumat Salimon, and Nurasyikin Abdul Rahman, (2008) Fatty Acids Composition of Selected Farmed and Wild Freshwater Fishes (Komposisi Asid Lemak dalam Ikan Air Tawar Ternak dan Liar Terpilih). Sains Malaysiana , 37 (2). pp. 149-153. ISSN 01266039






Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Rabu, 25 Mei 2011

Td wa berpeluang bercakap dengan Abg Ipar wa.. Jam 8 lebih td beliau berada di hospital menziarahi rakan serta anak2 buahnya di sana. 7 mangsa di sana. 3 di wad ICU. Seorg masih belum sedarkan diri. 2 mangsa telah kehilangan kaki. Seorang hilang bawah paras lutut dan seorg lg hingga paras peha. Menurut sumber kedua wa, iaitu adik kandung wa yg bertugas di KPJ kajang, seorang mangsa berada di KPJ Kajang dan dalam keadaan stabil. Kita rakyat malaysia yg prihatin sentiasa mendoakan agar mereka cepat sembuh serta mendoakan agar saudara kita yg kehilangan kaki itu tabah dan diberikan kekuatan. InsyaAllah.. 

Kemudian wa diberitakan tentang seorg cerdik pandai Islam telah mengeluarkan satu kenyataan yg tak sepatutnya di keluarkan. Diorg kata dia salah seorg juri imam muda. Lepas jd selebriti, makin senget otak lu. Wa malas nk upload video interview mymetro TV itu kt blog wa. Buat busuk blog wa jehh.. Korang boley tonton video tu di yutiub. Kau x sepatutnya keluar kenyataan busuk berbaur longkang mcm gitu. Tak menghormati waris serta pengurusan rumah anak yatim tu langsung. Ada ke lu kisah dengan mereka sebelum nih... Pernah ke kau ambik tahu pasei rumah anak-anak yatim ni? Dari 2004 lg rumah ni dah wujud.. Ada kau kisahhh? Bapak kauuuu imam muda..!!! 

Program imam muda ni pun satu hal.. Masuk season 2  ni makin melalut korangnya punya idea. tak patut sangat bila korang jdkan majlis pengebumian arwah-arwah yg terkorban dalam tragedi ini sebagai assigmnet korang...  

Berikut adalah sms yg wa perlu share:
SMS 1:
Alhamdulillah masih diberi peluang stay kt lmbah azwin utk malam ni. x larat lg nk blk umah rasanya. Tp 2 hadiah yg kekal utk selamanya. (1) wartawan n cameraman sebuas binatang membaham kami. (2) program imam muda, krew n sme yg terlibat dengannya adalah "perosak agama atas nama agama, menjual agama atas nama dunia" yang setaraf dengan 'sampah'. 

SMS 2:
Ya Allah, berikanlah seluas-luas kejayaan n kehebatan DUNIA  kepada mereka2 ini agar mereka terus lalai dengannya.. sehingga lupa bhw 'sampah' adalah bekalan mereka utk didagangkan di padang masyar nnt. Amin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar.

SMS 3:
Sungguh jijik dan kejinya program imam muda dimataku, begitu suci murni pula bagla2 n nepal2 yg sama mengorek tanah  dan batu berbekalkan tgn tempoh ari... Allahuakbar.

SMS 4:
paste msj2 td agar dunia tau mentimunnya kami ketika ini. terima kasih yg x ternilai pd sme yg menghulurkan bantuan kerana Allah..

Terima kasih Angah kerana mendedahkan perkara yg terselindung ini.



Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Selasa, 24 Mei 2011

Artikel ini sumbangan rakan sejawat wa, Kak Roz. Ikuti luahan hatinya..

Mindaku ingin meyuarakan sesuatu, walau mungkin apa yang disuarakan tidak disenangi oleh sebahagian insan yang bergelar manusia..namun kukira kalian sebagai insan jua perlu membuka minda kalian untuk mendengar apa yamg diluahkan oleh insan yang lain...
Jiwaku masih ada hiba akan tragedi yang berlaku di Hulu Langat...masih dan mungkin akan terus sayu ...apatah lagi 'mereka' yang kononnya tampil untuk membantu hanya cuba mencari kesalahan , mengorek sedalam-dalamnya punca kejadian yang telah berlaku...Lupakah kalian akan kekuasaan Allah...mungkin ini caranya Allah meminta supaya manusia yang punya minda berfikir, muhasabah diri (terutama yang telah diberi kuasa)...adakah amanah yang telah dipertanggungjawab telah dilaksanakan sebaik mungkin.Sebenarnya banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu difikirkan...kenapa perlu mencari kesalahan...aku rasa cukup kerdil kerana tidak mampu melakukan apa-apa...sesungguhnya aku 'respect' kepada individu yang sanggup mengadaikan harta mungkin menyediakan tempat penginapan anak-anak yatim ini....Mana yang lainnya , yang bergelar jutawan, yang bergelar pak Menteri, yang bergelar YB, Tan Sri.dan entah apa2 gelaran lagi yang dibangga2kan, yang diusung ke sana-sini...kalian punya kuasa yang diamanahkan, kalian punya wang (walaupun wang rakyat) ...kenapa kalian tidak laburkan ke rumah anak-anak yatim ini...kenapa ???.bingung aku dibuatnya...kalau kerna parti politik amanah ditendang terajang...tolonglah hentikan mainan kotor ini...sudah2lah mencari kesalahan dan menunding jari ...hentikanlahBukalah mata kalian....berapa banyak lagi rumah2 anak yatim yang masih belum diselia...ha kalau kalian orang yang prihatin selesaikan masalah ini...Jikalau bangunan, rumah waima pondok anak-anak yatim yang terletak di tempat yang berbahaya...ayuh lakukan sesuatu..pindahkan mereka , cari tempat yang sesuai...kalau daif sangat bantu selengarakan dengan semperna....jangan bila tragedi menimpa semua nak tunjuk hero dan heroin pulak....ini semua cerita hindustan!kita tidak perlu lakunan-lakunan yang berbau penglipurlara...kita perlukan pelakun-pelakun yang realisme.Aku juga ingin tahu kenapa perlu membazir wang ke tempat yang tidak sepatutnya...kenapa mesti perbanyakkan lagi pusat2 pemulihan dadah...bukankah dengan cara itu seolah2 menggalakkan lagi wujudnya mayat hidup ini...tembak aja penagih2 dadah yang tegar ..habis cerita...ini tidak...pusat pemulihan dadah persis hotel dibuatnya, keluar masuk ikut suka hati...Pembaziran telah berlaku....bukankah lebih bijak wang ini disalurkan kepada anak-anak yatim ini.Bukalah minda,...tolonglah jangan makan gaji buta...haram jawabnya...apatah lagi wang pendapatan yang diperolehi, digunapakai untuk belanja harian anak2 jua...makanan yang dimakan bakal menjadi darah daging....ngeri ...Nauzubillah jauhilah YaAllah!Ayuhlah mereka yang punya kuasa....carilah ke seluruh pelosok penjuru setiap negeri penginapan anak-anak yatim, rumah-rumah kebajikan, rumah orang tua yang masih daif, belum berdaftar....bantulah apa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan...jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja...reda aja tragedi ini, senyap terus....sibuk hal masing-masing....celik-celikkan minda....

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Wa bukan wartawan sawan cari  makan dgn liputan mcm cipan...!!!


Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada saudaraku, saudara seIslamku menghadapi dugaan tragedi ini. Kau tempatkanlah mangsa yang terkorban di kalangan ruh org2 yang beriman..
Br td wa berpeluang bercakap dengan Angah. Hasil perbualan wa dengan Angah td telah menyebabkan urat kesabaran wa hampir putus bila mengenangkan betapa buruk serta huduhnya perangai wartawan dan jurugambar yg membuat liputan di lokasi.. Desprate bebenor deme nk wat assgmnt sampai mengabaikan kesantunan serta privasi mangsa tragedi tersebut. Menurut Angah,
  1. Ada jurugambar antara terawal sampai yang mengambik gambar mangsa tragedi kemudian saling membanding gambar sapa paling mabeless sesama mereka. Siap bley gelak-gelak & sound,"gambar kau mesti menang anugerah bla.. bla..lah  tahun nih..WTHek lah lu org nih.. Tu la pasei.. x blajar psikologi.. Etika tarakkk!!!! Choiihhhhh!!!
  2. Ade jurugambar yg x peduli privasi mangsa kerana still capture picture walaupun mangsa2 mintak privasi. X gheti bahasa punya jurugamborrr....  Binatang yg tak belajar B.Melayu pun kalau kita kata,'Syyoohhh!' pun boley blahhhh. Memang desperate tul la korang nihhh.. sampai x peduli langsung sensitiviti mangsa tragedi yg terselamat.
  3. Sesetengah penghuni yang terselamat telah dituntut keluarga masing2. Walaupun begitu, sebilangannya masih berada di lokasi iaitu di penempatan sementara Azween Resort yg tidak jauh dari Rumah Anak2 Yatim At Taqwa. Sehingga saat ini mereka berkurung di resort tersebut kerana wartawan sedang berkampung di hadapan resort  untuk mendapat berita  dari mereka. Keadaan sebegini sangat memberi tekanan kepada Angah dan rakan2 nya.
  4. Semasa hari kejadian, ade reporter TV merayu2 nk wat interview utk keluar news jam 12. Bila ditolak, entah sape2 diorg interview. Nk siap assigment punya pasei, berita x betui pun x pek. Janji assgmnent siap. WTH! 

Bila fulus menjadi ukuran segala kenikmatan duniawi, moral dilongkangkan. Wa memang dh agak dah, mesti sesetengah akhbar sengaja mensensasikan tragedi ini bg menaikkan rating akhbar masing2. Utusex Malaysia kompem punya.. Diorg mana ade moral. Ceter seks palsu pun buleh taruk muda depan..  Berita Hairan, Kosemak pun lebey korang jer. Tv1malaysia kene tipu & TV3suku  pun cmgitu jugak.. Mengampu nombor satuuuu.. Betul le kata kawan wa," surat habor ni berite tipu ngan berita basi je dalamnya. Berita yg boleh dipercayai hanya satu je dalam akhbar2 ni." Wa pun bertanya,"Hape? Awok rase semuanya menipu". "Magnum 4d dan sport Toto, tu pun  utk org kapior", katanya.


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Isnin, 23 Mei 2011

Al-Fatihah pembuka bicara sebagai sedekah untuk mangsa-mangsa yang terkorban.
Kejadian ini telah memberi impak kepada keluarga wa sebab abag ipar wa iaitu Angah Jun merupakan salah seorang tenaga pengajar sukarelawan di Rumah Anak Yatim At Taqwa tersebut. Selain mengajar anak-anak yatim di situ, beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid tersebut. Mereka selalu buat show di istana-istana dan sering mendapat jemputan korporat di seluruh negara. Kerana sibuk membuat show, Arif Zakwan (anak wa nombor 2)  dah setahun lebih baru dapat jumpa Pak Ngahnya.

Setelah hampir 2 hari kejadian tersebut berlaku, baru td kami berkesempatan menghubunginya dan bersms dengannya. Berikut adalah cerita beliau yang telah diubah mengikut tahap pencapaian gred Bahasa Melayu SPm aku...
Ketika kejadian tersebut, abang ipar wa memang berada di tempat kejadian. Namun dia terselamat kerana beberapa perkara yang akan diceritakan kemudian.

Awal pagi kejadian:
Kebiasaanya Angah parking keretanya bersebelahan dengan khemah tempat pelajar-pelajar tersebut bersiap dan membuat latihan nasyid. Tp pada hari kejadian beliau parking di bawah.

Sejam sebelum kejadian:
Selepas solat Zuhur, beliau pergi ke khemah tempat pelajar-pelajar sedang membuat persiapan. Namun beliau berpatah balik semula ke asrama kerana ingin menyiapkan buku laporan prestasi pelajar yang masih belum disiapkan. Kemudian beliau kembali semula ke khemah bersama buku pelaporan pelajar untuk disiapkan di sana. 

Seminit sebelum kejadian:
Ketika beliau melangkah menuju khemah itulah tanah telah runtuh dengan tiba-tiba dan menimbus terus khemah tersebut. Kejadian tersebut  berlaku di hadapan matanya sendiri. 

Semasa kejadian:
Melihat pelajar serta rakannya yang tertimbus, Angah terus cuba menyelamatkan mereka dengan mengorek tanah dengan tangannya. Habis luka dan berdarah-darah kakinya. Jeritan suara anak-anak yatim serta rakannya membuatkan Angah terus menggali tanah-tanah yang menimbus mereka. Menurut Angah, semasa permulaan tanah runtuh tersebut itu berlaku, masih ramai yang bernyawa. Kelewatan dan kesesakan orang ramai di lokasi telah menyebabkan proses menyelamat menjadikan semakin buruk hingga mengorbankan ramai nyawa. Namun begitu terdapat mangsa yang mati dengan serta merta akibat ditimpa batu dari runtuhan bukit tersebut.

Angah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak media yang banyak memaparkan berita yang memburukkan Rumah Anak Ytim At Taqwa tersebut. Ada berita yang tersasar dari maklumat sebenar. Ketika di hospital juga, Angah dan rakan-rakannya sering bergaduh dengan wartawan yang menyesakkan kawasan hospital dan rumah mayat sehingga menyukarkan waris untuk berurusan dengan pihak hospital. 
Berita-berita buruk mengatakan rumah anak yatim tersebut tidak mempunyai CF membuatkan Angah dan rakan-rakannya semakin berang dengan wartawan pundek ini.

Berikut adalah sms yang isteriku terima dari Angah:

SMS 1:
Kat lembah Azween. Penempatan sementara. Baru malam td rest, mkn, mandi dan salin pakaian. X tau nak gi mana or watpe. takut nak balik rumah, sorg abg n adik kt umah dah pergi. Pondok jd kaw larangan la ni.Dok tk kuar2 dr bilikni dr mlm td. Air mata x abis2 lg ni. Painkiller sakit blakang aritu dh banyak telan ni. Ni dh nk demam lak. Tq ingat jun ya :(

SMS 2:
Sya tgk dlm paper arini sme nak salahkan kitaorg.. Pnh ker sebelum ni dorg amik tau psl anak2 yatim ni..??? Banyak lak citer yang tk btol kuar, mcm2 lak cter.. Btol la kn, kalo x de cmni sme org tutup mata jer psl anak2 yatim...

SMS 3:
Tlg kami ya, media2 lebih sensasikan cter2 mereka. Apalah dosa kami pd mereka mmbela anak2 ini. Termasuklah org2 yg kononnya pandai agama.. Allahhuakbar.. Baru la ni nk kuar statement!!! Tlg citer kn yg sebenar.. tq.

Dalam kejadian yang meragut 14 16 nyawa tersebut, dua orang mangsa adalah housemate beliau iaitu Arwah Farid dan seorang lagi adik angkat beliau. Nama tak pasti. Kunci keretanya pun entah di mana.  Mungkin tercicir semasa cubaan Angah untuk menyelamat. Dompetnya br td dipulangkan oleh seseorg yg mungkin tercicir di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut memang trauma bg Angah. Buat sementara ni, beliau masih bercuti..
Untuk pengetahuan korang, abg ipar wa ni engineer di U mobile, seorang yang aktivis sosial untuk anak-anak yatim At Taqwa. Selain bermain gendang untuk kumpulan nasyid At-Taqwa, beliau juga menjadi tenaga pengajar sukarelawan untuk anak2 yatim di sana. Kebanyakkan masa lapang dan cutinya dihabiskan bersama anak-anak yatim di sana. Mereka juga sering menerima jemputan nasyid utk majlis korporat hinggalah ke istana-istana di seluruh Malaysia. Dah macam artis abag ipar wa ni. Memang susah nk jumpa dia sbb anak-anak yatim di sana adalah segala-segala bgnya.

To Angah, be strong bro.. We proud of you... Tabah menghadapi dugaaan ini. Pedulikan wartawan bedebah yang sengaja mensensasikan tragedi ini bg melariskan akhbar mereka. Bina kembali kekuatan. Angah perlu kuat untuk memberi sokongan anak-anak yatim yang masih tinggal.. Kalau Angah lemah, mereka lagi lemah kerana Angah merupakan inspirasi mereka. Bro, we proud of you bro... Take care

Angah Jun

Sajiman n Shahlijat, I hate your statements. Klu perkara sebegini berlaku di Jepun, berlonggok-longgok menterinya dh letak jawatan. Golongan aku bg kau pandai, kau nk memperbodohkan aku plakkk!


Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Selasa, 17 Mei 2011

 Selamat Hari Guru Idrisian 2011











muaaahhh
yeyeaarrgghhh
Melayu gambor in action!
Tini sengehhh


























Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...