Selasa, 26 Januari 2010
Serangan hendap kali kedua ini dirancang dan diketuai oleh Ustaz Sabri. Tujuan utama serangan hendap ini adalah untuk mengenalpasti kawasan baru sasaran musuh setelah selesainya misi di Sg. Ketir pada hujung tahun yang lalu. Serangan Hendap kali ini dibarisi oleh penyerang-penyerang kategori novis malahan merupakan ops pertama bagi sesetengah ahli komplot. Mengikut perancangan, serangan hendap akan bermula seawal 0700H 30.01.2010.
berikut adalah tentatif serangan hendap yang dicadangkan:
30.01.2010 (Sabtu)
0700am : Berkumpul di Gerai Nasi Kerabu di RnR Bt2 sambil membelasah nasi kerabu
serta membungkuskannya.
0730am : Bergerak menuju Jeti Banding sambil menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita".
0845am : Upload barang tempur, ration dan kelengkapan yang melengkapkan apa yang
kurang lengkap. Clearance Polis marin/Askar.
1030am : Download barang tempur, ration etc. Pasang khemah operasi.
1130am : Operasi serangan hendap ke hulu sungai bermula.
0130pm : Membelasah nasi bungkus, Solat
0200pm : Sambungan serangan hendap
0500pm : Penangguhan operasi serangan hendap. Solat. Pulang ke khemah Operasi
0630pm : Pasang khemah tido, persiapan dinner. ada hasil makan besar. x de hasil mkn
sardin.
0800pm : Slps solat Maghrib, membelasah makanan apa yang ada. Penyelenggaraan senjata.
0900pm : Slps solat Isyak, serangan hendap di hadapan khemah operasi. Suspek utama
musuh adalah baung. Kopi O sentiasa tersedia.
31.01.2010 (Ahad)
0600am : Slps solat subuh, persediaan breakfast mee goreng mamak gendut + teh O eksport
import. Setelah siap bleh belasah.
0800am : Serangan hendap bersepadu hilir dan hulu sungan. Suspek utama sebarau, toman
dan kelah serta tengas.
1230pm : Persiapan lunch. Solat.
0200pm : Bersukaria sambil nyanyi lagu M. Daud Kilau, mancing lg.
0400pm : upload barang, bersih tapah khemah, bergerak pulang sambil berselawat.
0530pm : Sampai jeti. Download
Dijangka sampai di rumah masing-masing sebelum maghrib.
Berikut adalah senarai ahli komplot mengikut ranking kecekalan:








Sabtu, 23 Januari 2010
peta di atas menunjukkan lokasi Royal Belum serta tempat-tempat yang menarik untuk dilawati atau diserang di sana.
Label: royal belum
Ahad, 17 Januari 2010
Kat sini x dek bekalan letrik. Pelita karbait menjadi pilihan Ruan dan gengnya. Selain mudah dibawa, ia juga mudah diselenggara serta memberi perkhidmatan yang mantopppss.
Antara suite-suite yang mampu menghalang rombongan Ruan daripada gigitan nyamuk yang mengamuk di sana.
Antara lubuk-lubuk yang bikin ayor lior meleleh adalah seperti berikut:
Antara hasilnya:
Masa untuk pulang..
Sekianlah laporan untuk makcik wok kali ini. Telima kaseyyyyyyyyyyyy.
Label: kelah, royal belum, Sg. Tiang