Isnin, 10 Mei 2010

Sebagai Chief D'Mission a.k.a Penyelaras Projek ini, sukacita dimaklumkan bahawa perkhemahan ini telah dilaksanakan dengan JAYANYA.Terima Kasih tak terhingga buat rakan-rakan sejawat yang bersama-sama dengan susah payahnya menjadikan perkhemahan kali ini yang terbaek wookkkk..
Perkhemahan yang dilaksana pada 7 hingga 9 Mei 2010 yang lalu merupakan siri perkhemahan terbaik yang pernah dilangsungkan oleh smksis2. Maka  dengan ini, dizahirkan ucapan terima kasih kepada;
  1. Ustaz Nasir ~ Kem Komandan serta tulang belakang perkhemahan ini.
  2. Ustaz Sabri ~ Chief Nelayan
  3. Denan ~ Merampas tahkta Raja Baung daripada Miji. Chief BBQ
  4. Ustaz Zuki ~ Ketua Chef perkhemahan kali ini.
  5. Ustaz Asri ~ Gu maktab kawe nih. Dio bos peralatan yang mmg mentop..
  6. Tini & Azura ~ Chef power. Masakan diorang mmg best. Seawal subuh dah menjalankan tugas.
  7. Kudin, Saha ~ bodyguard Chef yg turut membantu chef memasak. Kira Asst Chef la tu
  8. Suzi, Mahani, Maziah, Kamariah, Akhmalia, Faizul, Ikhwan ~ Guru praktikal yg mula memaparkan jatiguru. Mereka asst chef, mereka juga turut serta dalam semua aktiviti. Paling suka aktiviti mandi-mandi.
  9. Che Det ~ Chef Nasi. Tanpa dia, makan nasik hangit atau makan bubur le kami.
  10. Miji, Rosli, Miss Jo, Teacher Zura ~ Guru2 yang mentop. Di mana ade keroje, di situ deme ade. Kejap kat dapor, kejap kat ponton, kejap dalam ayor, kejap dalam bot, kejap kat dewan. 
  11. JK Hadiah & Cenderamata iaitu Pn Hasliza yg x pegi camping tp awal-awal lagi dah siapkan hadiah
  12. Pengetua, PK Pentadbiran, PK Ko, PK HEM, taukeh kantin
  13. KS Pend Islam Tn Hj Wan Ramdzan dan En. Zainal ~ Wakil JPN Perak
  14. Semua Staff PERHILITAN yang terlibat.
Semua guru yang terlibat perkhemahan kali ini memang satu team yang mentop. Pilihan aku untuk memilih mereka memang tepat dan berkat.  Semoga Allah membalas jasa kalian dengan balasan yang sebaik-baiknya. 

HARI PERTAMA

Antara barang2 yg kami hangkut ke sana

Ni leh lori yg hangkut barang2 kami ke sana. Walau pun kecik, comel. Tp mmg mantop..

Ni bot yg ditugaskan menghangkut barang2 serta peserta ke P. Perhilitan
Yang ni spitbot. Berdesup yoppp..

Lepas solat Asar terus wat XTVT water confident.

Tengoklah muka kanak-kanak yang nak main air nih. Excited...

Ada bran...?

Nih dah level 2..  Siap keluar barisan masuk bulatan tuh...  

Kem komandan sedang memberi taklimat kebersihan diri serta keselamatan diri.. 

Ketika orang lain sedang bersukaria dia air, makcikgu-makcikgu sedang bertungkus-lumus menyiapkan juadah makan malam. Menunya kangkung goreng aspalela, ayam B-B-Q, telor dadar.

Chief B-B-Q iaitu Denan sedang membuat semakan tahap kemasakkan ayam-ayam itu

 Ustat Yie sedang menampal sijil Halal Jakim

Chief  Nasi iaitu Hj Deth sedang memberi arahan tentang aras air untuk menanak nasi  kepada assistantnya iaitu Kudin

SifooDen sedang memberikan isyarat 2 yang bermaksud,"lagi 2 minit makanan siapppp.."

Kelihan Saha dan Kudin sedang menghangkut air Teh O. Berat mengkome wehhh.. buleh buasir dibuatnyerrr...
Mengkome nih mmg suke mendera Kudin. Habis semua keje berat hangpa pass kat dia.


Pasei pa muka hang putih melepak. Pakai Fair & Lovely ka..?

Semasa para ibu dan bapak menyediakan juadah, majlis perasmian telah dilakukan oleh KS Pendidikan Islam


Kekanak ribena kusyuk mendengor amanat KS


Para ibu &bapak sedang menyiapkan hidangan untuk di'ngap'

Malam itu juga, En. Perhilitan memberikan taklimat tentang perhilitan serta pendidikan BioD


HARI KEDUA



Menu pagi iaitu bihun goreng. Kelihatan Chef Tini sedang menggaul bihun menggunakan kuasa gaban peringkat 8. Walaupun chef tak mandi, bihun tetap sedap...


Ketika itu juga, geng cikgu prektikal tgh menyiapkan nasi goreng ikan masin utk lunch yang perlu dibawa ketika lawatan nnt


Ketu kumpulan melapor diri kepada kem komandan iaitu Timbalan Pengarah Pend Islam



Apo ko bondo nih?

Pelajar didedahkan teknik melarikan diri apabila dikejar tapir dan tenuk

Peserta dah tak sabar nak naik bot round the island

Taklimat keselamatan semasa aktiviti lawatan oleh En. Perhilitan

Pelajar serta guru yang telah bersiap sedia mengambil tempat di bot-bot yang diimport dari Uganda. 





Di sinilah Denan bertapa bagi mendapatkan ilmu memikat Baung

Destinasi pertama iaitu sira jenut

Sebelum mendaki, ahli rombongan memanaskan badan dengan flash kamera. Cikgu Zura je wat senaman jari

Cikgu Maziah telah dipulau ahli rombongan kerana dipercayai telah melepaskan angin tersepit di khalayak ramai.

Bot terakhir yang sampai. Menurut Pak Ya iaitu drebar bot yg berkaliber, kelewatan di sebabkan oleh dua pembonceng bot yang di percayai telah membawa lebihan muatan. Rasanya Kak Joe & teacher Zura le tu..

Inilah destinasi yang kami ingin tujui. Nampak macam kecik je angka tu. Tak gitu Kudin?..


Mereka pun memulakan perjalanan melibatkan pendakian cerun bersudut 35 hingga 40 darjah.

Check Point2. Didapati Cikgu Kudin sedang mengembangkan lubang hidungnya bagi meningkatkan tahap sedutan oksigen yang maksimum. pishh.. poshhh...pishhh.. poshhhh

Inilah rupanya si jenut atau sira gajah

Ade rupa gajah tak?

Cikgu Kudin sedang membuat eksperimen bagi menentukan tahap kolestrol sira di situ.

Askar Gurkha yang diimport khas dari Nepal bagi mengawalselia serta memastikan keselamatan ahli rombongan tidak diganggu-gugat oleh makhluk halus mahupun yang besar .


 Kami turun dan menuju ke destinasi yang seterusnya..

Bot slow jalan dulu...

8 buah bot bergerak dah macam nk pegi perang..

 Penat sampai terlentok awek ni..

 Dah sampai perkampungan orang asli



 Taklimat oleh En. Perhilitan mengenai Kg. Chuweh

 Soal jawab bersama Anjang iaitu otai Kg. Chuweh

 Timbalan Pengarah Pend. Islam sedang menyampaikan baju-baju terpakai kepada otai Kg. Chuweh

 Kemudian kami singgah di tapak keramaian asli Kg. Chuweh. Di situ terdapat bangsal tempat mereka bersewang..

Tukang hidang sedang mengagihkan nasi goreng ikan masin kepada mangsa-mangsa banjir 

Kontrol ayu tp yang sebenornya deme berdua ni dah belasah 3 pinggan nasi goreng.. hehehe

 Destinasi terakhir iaitu menjejak bunga pakma

 Mendaki lagi..


 Nasib kurang baik kerana bunga pakma masih belum berkembang sepenuhnya..

Balik ke Kem

Sampai kem, Kudin terus mengkomakan dirinya.. penat bebenor le tuhh..

Petang tu plak diorang meneruskan XTVT dengan berkayak dan mandi-manda




HARI KETIGA


Taklimat untuk XTVT treking oleh En. Perhilitan

Kumpulan yang sedang mengaksikan sorakan... "olelelele..olelelele..ooooooo... teh tarik satuuuu..."

Ste1 1: Menuruni lurah..

Step2: Membelah tasek

Deme ni sedang membelah tasek secara beramai-ramai..

Ni baru teknik yang betul..

Bot sentiasa mengiringi peserta bagi memastikan semua vitamin dapat diserap oleh peserta

Selepas menyusuri tali, lepas tu pandai-pandailah berenang ke tepian

Tergolek dok teacher Zura

Sementara XTVT trekking berlangsung, para nelayan telah bersiap sedia mengabihkan duit untuk membeli ikan buat juadah lunch

En Zainal sedang menyiang ikan hasil membeli belah pada sorang peraih ikan

XTVT Masak bermula

Tini tergelak besar melihat keletan Kudin

Ahli Dapure yang sentiasa bersiap sedia

Ust Yie sedang menghidangkan makanan. Wa? wa tolong tengok..


Apa yang penting? Kerjasama.. Apa yang penting? Kerjasama..Wonder Peah.. Wonder Peah.. Kami datang..
 
Deme ni kojenye membasuh pinggan mangkuk

XTVT makan iaitu acara kemuncak ketika perut-perut mula berkocakan...

Menu yang mantoppps..

Geng dapur ni makan ikan masin jeerr.. Berkorban apa saja..

Acara penutup

En. Shahrom menyampaikan ucapan yang berbunyi, " lepas makan jangan lupa cari kayu api".

Ucapan KS plak berbunyi, " Inilah perkhemahan yang terbaik pernah saya hadiri.. Terbaek wokkkkk!".

Timbalan Pengetua SMSIS 2, menyampaikan cenderahati kepada En. Shahrom iaitu Ketua Pusat Pend. BioD

Dan Timbalan Pengetua yang senyum sokmo juga menyampaikan cenderahati kepada KS Pend. Islam iaitu Tn Hj Wan Ramdzan

Peserta bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Pusat Pend. BioD


bersambung daaaa...




1 Comment:

  1. muhamad Nazri said...
    woww...menarik

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...