Selasa, 9 Ogos 2011

Kejutan Ramadhan

Aku dah menduga, bila ramadhan menjelma, sekalipun semua setan & iblis dibelengu tetapi setan bertopeng manusia yg bebas akan tetap melakukan kerosakkan di bulan yang mulia ini. Aku dah menduga dari awal lagi, ianya pasti berlaku seperti mana yang berlaku di Ramadhan yang lepas. Kalau kalian masih ingat, Ramadhan tahun lepas kita dikejutkan dengan pelbagai berita mengejutkan dengan pelbagai berita pembunuhan kejam. Aku dah menduganya dari awal lagi apabila baru-baru ini berlakunya tragedi yang sama apabila mangsanya adalah Dr. Rohani, Timbalan Pengarah Veterinar Neg. Perak. Kemudian diikuti mangsa seorang cina yang disamun dan dibunuh. Kemudian berita kematian mengejut setelah cubaan melarikan diri dari serbuan  pihak berwajib ke sarang perjudian berakhir dengan tragedi  di Kuala Ketil. 





Persoalannya, kenapa kadar jenayah makin meniggi ketika ramadhan ini? Apakah pihak berkuasa menjadi mandom ketika Ramadhan? Apakah sudah menjadi trend terkini? Apakah pihak berkuasa sibuk dengan majlis berbuka puasa bersama itu dan ini? Adakah penjenayah mendapat power serta kekuatan yang ditinggalkan iblis dan setan untuk melakukan kejahatan? Banyak persoalan.. Jangan pening kepala... Layan video ni dulu....



.
.
.
.
.
.
.

video

Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio mari cari kito..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...