Rabu, 1 Jun 2011

26 Mei: Berita Dari Lembah Azween

Hari ni ( 26 Mei), lembah Azween dikunjungi para sami buddha dan kumpulan penganut hindu. Mulia sungguh hati mereka menziarah dan membantu apa yg patut. Walaupun berlainan agama dan bangsa, tp hadir menziarah ke madrasah. Situasi yg berbeza berbanding rombongan imam muda bersama pengetua cerempetnya. Datang buat produksi dan merampas hak waris semasa pengebumian hinggalah bacaan talkin. Lebih kurang ajar apabila mudirnya bley sound pengurusan rumah anak yatim ini seolah-olah menguburkan anak-anak yatim sebelum tiba waktu dikuburkan. Kurang ajaq kann?

Bila ditanya rombongan sami budha dan penganut hindu ini akan kehadiran mereka ke sana, mereka menjawab," kita sama-sama  manusia. bukan kita mintak disaster. Tp sebagai manusia kita mestilah tolong-menolong sedaya yang mampu". Yang menariknya siap offer kalau perlukan apa-apa pertolongan. "Hubungi kami kalau perlukan apa-apa selepas ini. Jangan tengok kami bukan Islam, kami tak tolong."Itu kata salah seorang wakil rombongan sami buddha dan penganut hindu. 

Kata pengetua imam muda plak."Sebab itu saya lihat peristiwa yang berlaku ini, satu pengajaran. Kita tidak boleh buat main-main. Tidak boleh guna kesempatan kerana anak yatim. Sebenarnya kita sudah kuburkan anak-anak yatim di sini sebelum mereka masuk kubur. Jadi mereka sudah dikuburkan gitu. Ini suatu penganiyaan yang kurang teliti, yang kita tidak boleh lari balasan dosa, pahala akan kena kepada orang yang melaksanakan projek ini". Interview oleh wartawan my metro selama 1:15 ini mmg hampagassss...

Wa pun naik hairan mengapa seseorang yang 'hebat' ilmu agamanya boleh mengeluarkan kenyataan tahap budak sekolah rendah yang baru lepas gaduh dipanggil masuk bilik displin. Budak sekolah kalau masuk bilik displin, makin bangang ayat penafiannya. Tok imam, kejadian tanah runtuh ini takdir dan ketentuan Ilahi. Rumah kalau kat tanah lapang pun kalau Allah berkehendakkan ianya runtuh, maka runtuhlah ia. Satu saat pun x delay. Wa bukanlah ilmuan agama. Tapi menidakkan takdir tuhan ni seolah-olah tahap beriman kepada Qada' dan Qadar itu tidak mencapai tahap muslim sebenar yang wajib memenuhi tuntutan rukun iman.



Kalau kito ingat kat ore, ore ingat kat kito. Sebab tu dio cari kito..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...