Jumaat, 27 Ogos 2010
Kejohanan kali ini berlangsung di pantai balok, kuantan. Tahun ini juga adalah tahun permulaan untuk kelas laser radial dan laser 4.7 selain daripada acara sedia ada iaitu optimist individu dan berpasukan. Tahun ini juga aku menjadi pegawai teknikal kerana kekurangan pegawai teknikal. Ini bermakna aku perlu turun setiap hari ke laut. Kalau aku jadi jurulatih sepenuh masa, ada hari-hari tertentu aku selalunya tak turun ke laut. Bergilir-gilir dengan coacah MSN Perak iaitu Abang Man. Keputusan tahun ini juga agak memberangsangkan juga. Acara berpasukan pingat perak. Laser 4.7 dapat emas dan sponsor race bawah 12 lelaki pingat emas. Jumlah pingat adalah 2 emas, 3 perak, 1 gangsa. Tempat 4 keseluruhan.
Label: mssm
Khamis, 26 Ogos 2010
Pada hari terakhir kejohanan Perahu Layar MSSM di Kuantan, aku diserang VF. Bengkak kelanjar dan demam yang agak teruk. Sekembali dari klinik, demem kembali pulih tetapi bengkak di kelanjar masih ada. Apabila tiba di perak, demam aku semakin pulih. Masuk hari ke 4, demam semakin menjadi-jadi. Suhu demam meningkat sehingga 40.8'c. Selasa, aku di tahan wad. Doktor suspek aku demam denggi dan laptopirosis. 5 hari di wad platlet aku kembali normal dari 80 menjadi 226. Sabtu petang aku discharge dari wad. Rasanya kali terakhir aku masuk wad ketika darjah 2. Sungguh menyeksakan duduk di wad. Sehari 5 kali darah diambil.
Keluar dari wad, isteri aku pula demam. Apabila dia sembuh, kedua-dua anakku pula demam. YaAllah aku terima segala dugaanMu di bulan Ramadhan ini. Berikanlah kami kekuatan bagi menghadapi dugaanMu ini. Sembuhkanlah kami dari penyakit demam ini.. Amin
Isnin, 2 Ogos 2010
Berita pemergiaan Cikgu Ee adalah suatu yg mengejutkan. Ketika itu kami dalam perjalanan ke Sg. Kejar, Royal Belum. Tatkala bot melepasi kem x-ray, mesej tanpa diundang yang dikirim Che Det menerpa masuk ke HP Ustaz Sabri. Ketika itu tiada lagi coverage network. Mesej yang berbunyi," Cikgu Ee meninggal dunia" membuatkan kami tertanya-tanya gerangan apakah sebabnya Cikgu Ee tiba-tiba meninggalkan dunia yang fana ini? Persoalan demi persoalan mula menerjah pemikiran aku dan ustaz Sabri yang menyebabkan mood untuk memancing telah hilang sama sekali. Ya.. misi kali ini kungpow.. Aku terfikir.. dikala no network coverage, ada juga sms yang masuk mengabarkan pemergian cikgu Ee.. Itu tandanya Cikgu Ee mahu rakan2 baiknya tahu akan pemergiaannya..