Isnin, 19 Oktober 2009

Anger management

Sabtu lepas bersamaan 17.10.2009, aku agak sibuk sehinnga akhbar berita hairan yang aku beli tak sempat dibaca. Petang ahad berikut baru aku berkesempatan membacanya jerr. Itupun main selak-selak. Bukan apa, selagi panas perhimpunan agung UmNO belum reda, 1/6 surat khabar asyik cerita deme jeh.

Walau bagaimanapun, aku tertarik dengan satu artikel yang disisipkan dalam ikon lelaki XY , tanya pakar yang bertajuk “kawal marah”. Mungkin kena dengan batang hidung aku dan semua umat di dunia ini. Ya lah, mana ada orang yang tak pernah marah? Kalau tak marahkan orang, orang pulak yang marah dengan kita. Dalam temubual wartawan tersebut bersama Dr Rozmi Ismail iaitu pensyarah kanan pengajian psikologi dan pembangunan manusia UKM, bahagian pengurusan kemarahan atau anger management yang aku fikir elok dikongsikan bersama.

Menurut ahli psikologi, terdapat beberapa teknik yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan kemarahan iaitu;

1. Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberikan kepuasan kognitif.

Kata aku: ini teknik paling popular. Tapi tak nampak kerana tidak dizahirkan. Misalnya ketika lampu hijau di trafik light, tetiba seorang mat rempit weelie di sebelah anda. Masa tu kita berangan, ” kalau jatuh padan muka kau. Aku tak tolong. Tolong langgar ada la..”.

2. Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi dari perspektif mereka.

Kata aku: Ni pun teknik popular jugak kerana tidak dizahir. Jadi teknik yang selamat digunapakai. Contoh situasi apabila anda mendapat layanan buruk serta huduh semasa berurusan di mana-mana kaunter badan berkanun, swasta dan kerajaan. Masa tu hati berkata, ” sian betul sibadigol nih. Masa kecik-kecik dulu mak bapak dia tak ajor kesopanan dan kesusilaan gamaknyer”. Ataupun kita melihat dari perspektif mereka. ”kalau aku jadi deme pun aku marah jugak. Ada ke patut beli setem 3 kupang pakai not RM50”.

3. Menggunakan teknik diversi (penglihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain sementara menunggu kemarahan reda dan seterusnya bertindak secara rasional.

Kata aku: Teknik ni kekadang orang menyampah jugak. Bila tukar topik, channel atau buat benda lain supaya kemarahan kita pada sesuatu hal akan reda, orang lain pulak yang kene tempias kemarahan pasei hal tadi tu. Kalau tak melibatkan orang lain. Sedikit-sebanyak tumpuan kita agak sedikit terganggu sebelum kemarahan itu reda. Misalnya baru kejap tadi kawan yang pinjam kereta kita sms bagitau pintu kereta kemek terlanggar tiang telefon. Bengkek je hati. Nak redakan marah kita pun layan internet. Buka blog pastu karang le cerita. Sedikit-sebanyak memang effect le hasil karya itu. Silap haribulan keyboard pun lingkup sebab tekan kuat. Marah punya pasei le tuu.. Teknik ni bila dah lama-lama terror leh.

4. Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting dan tidak membawa apa-apa kesan.

Kata aku: Kat kampung aku ada sorang mamat yang agak lembut perwatakkannya. Apabila orang kampung dok kutuk-kutuk dia, mesti dibalas dengan kata-kata, ” tak de maknanye” sambil melentik-lentikkan badan ala mak nyah. Atau pun bila marah, kita pun set dalam minda, ” tak ada apa-apa. Kecik punya hal tu. Orang lain lagi teruk dari apa yang aku alami”.

5. Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.

Kata aku: teknik ini memang malatop dalam internet sama ada blog, email mahu pun forum-forum. Tak puas hati, marah atau geramkan sesuatu, memang berkarung-karung atau berguni-gunilah serapah-seranah yang dicoretkan. Kalau besar halnya, panjang lah karangannya. T

6. Melalui eksperesi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif.

Kata aku: teknik ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi serta memerlukan pemikiran yang masih berfunsi denganwaras dan rasional walaupun kepanasan api kemarahan telah menghampiri takat lebur logam kuprum. Misalnya anda seorang guru yang berdedikasi. Suatu hari di dalam kelas anda seorang pelajar dengan selamba telah melakukan sesuatu yang menyebabkan anda marah. Masa itu anda berfikir, ” walau pun perangai kamu buruk macam keldai. Tetapi nasib baik le kakak cun-melecun”. Walau bagaimanapun teknik ini ada kelemahannya. Misalnya penyebab kemarahan itu tiada apa yang hendak dibanggakan atau tiada sebab untuk dihormati. Atau pun dia memang sampah masyarakat yang seduit pun tak berguna. Dekat 30 minit mikior pun tiada satu pun sebab-musabab yang menyebabkan kita segan atau rasa hormat pada dia.

Walau bagaimanapun, dalam Islam kemarahan itu boleh diredakan dengan cara yang agak unik. Sekiranya marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Kalau duduk pun masih belum reda kemarahan itu, berbaringlah. kalu baring pun masih hangin satu badan, pergilah kamu mengambil wuduk. Semoga air wuduk itu boleh menyejukkan hati kamu yang sedang terbakar. Kalau tak berkesan juga, pegilah mandi. Mandi kat Sunway Lagoon ka? Bukit Merah Water PArk ka? Lost World Tambun ka?

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...