Isnin, 26 Oktober 2009
Akhirnya misi yang telah dirancang hampir 2 bulan lalu telah berjaya dilaksanakan. Walaupun terdapat pelbagai aral seperti LADAP5 dan pada hari bertolak juga diberitakan pula bahawa 2 orang pemburu atau penyelam ganas tidak dapat menyertai kami. Ketiaadan mereka agak frust juga kerana plan B yang dirancang telah bertukar menjadi plan C. Misi untuk ber’ikan’ di Sg. Tan Hain terpaksa kami lupakan kerana ketiadaan mereka. Hasrat untuk memancing di Sg. Selatan juga terbantut apabila paras air surut sangat tinggi. Sg. Selatan tidak layak lagi digelar sungai kerana fizikalnya telah berubah menyerupai
carak atau tali air yang kecil. Bukan sahaja Sg. Selatan, paras air Tasik Banding juga susut banyak sekali hingga menampakkan tunggul-tunggul kayu yang sepatutnya berada di dasar tasik. Begitulah aralnya. Kita mampu merancang, jelas sekali kuasa Allah yang menentukan segalanya. Berikut adalah laporannya:
mendengar ceramah bertajuk ” Kerja Sebagai Satu Ibadah” yang disampaikan oleh penceramah dari YAPEIM. Banyak juga yang dapat dari ceramah tu. Waktu rehat je kami minta diri. “Less Is Better Than More”.
umurnya. Dulu kerja dengan Trapia. Tak tahan daulat ngan Mat Salleh Denmark. Pastu jadi pemandu pelancong ke Royal Belum.
sana, agak mengejutkan kerana sungai selatan kering. Sampai dah sampai. Nak tak nak kene le teruskan plan. Ade yang memancing dan ada yang mencari kupang. Yang lain standby lunch. Menunya nasi putih, sardin dan kupang bakar/rebus.
grounded, pilot kami terpaksa turun meranduk selut untuk menolak bot melepasi beting pasir dan mendakan selut di dasar sungai.
Semuanya ada di situ. Dari tandas, tempat makan, dewan terbuka, bilik persalinan, tapak perkhemahan, chalet VIP, pejabat urusetia, generator elektrik hinggalah kemudahan air yang diambil dari air bukit di belakang kem. Kem sesuai untuk aktiviti berkumpulan. Untuk penggila mancing tak sesuwai.. huhuhu..
Kalau nak lalu jugak kenalah pakat-pakat junjung bot melepasi jeram. Berjalan kaki
menuju Sg. Rambai agak menyeksakan kerana melalui denai di tebing sungai yang lembut tanahnya. Kegelinciran pasti membawa padah. Sudahlah jatuh ke dalam sungai, ditimpa pulak barang. Denai yang kami lalui itu memang denai yang menjadi laluan pengembara hutan, pemancing, askar rejimen sempadan serta hiway bagi orang asli yang pergi memburu
atau mencari kayu gaharu. Kesan laluan Mak Jah serta najisnya memang bertaburan di sepanjang jalan. Buat dek jehh. Syukur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Setelah berhenti di 3 checkpoint untuk mendapatkan bekalan oksigen (berhenti kerana penat), akhirnya kami tiba di Kuala Sg. Kejar. Atas skit dah Sg.Rambai. Lagi..lagi..lagi atas sana Sg. Keti. Sg. Rambai.. Port kami berkhemah dan mancing.
730pm : Kelah dan baung mula didaratkan.
telur dadar terbabas dan budu. Hehehehe.. Solat Isyak. Kopi kaww
standby..
Gambar org asli ini diambil bila diorang dah jauh melepasi aku. Tu dh abih zoom. Klu dari depan aku ambik gambor deme mau disumpitnya aku. hehehe
Mancing.. mandi.. bersukaria..
Jumpa org asli ontheway nk cari hasil hutan. diorg dh jauh, aku snap. tu pun dah abis zoom. masa berdepan aku x snap. takut disumpitnya aku.
+ sia, sayur kobis, budu, ikan salai.
Banding. Semuanya kepenatan.
Che Hamdan.. masak pandai.. menyelam pandai.. pendek kata buleh belaka..
Label: kelah, royal belum, Sg. Kejar, Sg. Rambai, Sg. Selatan
Khamis, 22 Oktober 2009
Sebagai Chief De'Mission, plan B akan dilaksanakan supaya program ke Royal Belum akan berjalan lancar sekalipun terpaksa menghadiri LADAP. Huhuhuhu.. Mengikut perancangan aku, kami perlu sampai di jeti Banding sebelum jam 11.30 pg. Maknanya, kalau LADAP sesi 1 habis lewat atau meleret-leret, kami harus "chow chin dol". Sebelum jam 1 tengah hari kami mesti sampai ke Sg. Tan Hain dan ber'ikan' di situ sampai jam 3.30 petang. Makan di sana dan terus ke Sg Kejar. Jangka masa Sg Tan Hain ke Sg. Kejar dalam 1 jam perjalanan bot. Jumlah perjalanan melalui bot sahaja dah 2 jam. Dari tempat bot beaching, kami akan berjalan kaki menyusuri denai di tebing Sg. Kejar menuju ke Sg. Rambai. 45 minit jalan kaki barulah jumpa port khemah iaitu berdepan dengan satu lubuk yang mantop. Sebelum jam 7 mlm, semua khemah dah setup dan makan malam pun dah standby. Pastu mancinglah kome sampai ke pagi..
Label: royal belum
Hari Mental Sedunia dah lepas. Hari ni adalah hari unmental aku. Tapi aku masih normal...
Setelah melakukan perancangan untuk ke Royal Belum hampir 2 bulan lalu. Minggu lepas diberitakan pula bahawa sekolah aku akan mengadakan LADAP pada sabtu ini iaitu bertembung dengan tarikh kami akan ke Royal Belum. Mulanya aku steady lagi. Aku harap pengetua akan memberikan pelepasan kepada kami berenam atas alasan trip kami itu telah awal dirancang merangkumi permit, sewa bot dan bayaran kepada pemandu pelancong. Tu belum masuk persediaan umpan-umpan yang diperam, peralatan perkhemahan, peralatan memancing, peralatan fotografi serta bahan makanan kering dan basah yang dah standby dalam bonet kereta aku.
Pagi tadi seawal jam 730 pagi akau melangkah dengan confident nyer berjumpa pengetua mengaborkan trip kami itu. Tengok dari riak mukanya macam x best je dan sudah pasti pengetua suruh kami attand jugak LADAP tu. Katanya, ramai cikgu tak ada. Kalau dilepaskan kami, lagi kuranglah guru. Aku surender... Memang betul kata pengetua. Sabtu ni juga ada Kursus Kepimpinan Ko-Kurikulum di Dewan Persidangan MDG. Situ je dah berbelas orang cikgu yang handle bebudak dari Unit uniform, kelab dan permainan. Pastu cikgu yang handal berbowling ada game PSKPP. Kemudian dekat berbelas orang jugak guru yang ada urusan peribadi. Nak tak nak kena datang jugalah LADAP kali 5 ni. Kali ke lima tu...
Mulanya disuruh kami tunda trip itu ke tarikh lain. Tak bleh boss.. Permit sudah bikin.. Tetapi dalam memastikan "win-win situation" berlaku dengan adilnya, kami tetap pergi ke Royal Belum. Tiada istilah tunda. Pergi tetap pergi. Royal Belum pergi, LADAP pun pergi. Sama-sama puas hati walaupun aku agak unmental bila keluar dari bilik pengetua.
Babak unmental aku seterusnya berlaku selepas waktu rehat. Kelas 2RKG2. Kelas tersebut adalah antara kelas mudah dapat bila diajar berbanding 5K2 dan 4K3 yang aku ngajar matematik. Walaupun syllibus Math dah habis, tetapi aku telah plan untuk membuat ulangkaji menggunakan buku latihan tambahan "Super Score" yang diorang beli awal tahun hari tu. Bila aku masuk je dalam kelas, ada 10 orang je student. Yang lain masih berfoya-foya di kantin, di koop atau di tandas gamaknya. Nantiler kome. Duduk le kome di luar kelas. Amaran bahawa sesiapa yang lewat masuk ke kelas melebihi 10 minit selepas waktu rehat akan beratur di luar kelas pernah aku war-warkan suatu ketika dulu. Perjanjian ini telah termateri antara aku dan semua pelajar 2RKG2.
Maka pada hari ini, ianya menjadi kenyataan. Sedang aku mengajar 10 orang pelajar di dalam kelas, selebihnya berdiri di luar kelas. Ini mengingatkan aku pada pengalaman aku mengajar murid pendidikan khas di TLDM Lumut 4 Tahun yang lalu. Satu kelas 4-8 orang je student aku.
Kaedah dendaan ini agak kasar pada mata kasar. tetapi inilah salah satu teknik pengurusan tingkah laku atau behavior management yang aku berguru di IPDA dan UPSI. Kaedah "Time-Out" iaitu mengasingkan pelajar dari suasana pembelajaran dalam kelas kepada suasana yang membosankan di suatu sudut dalam kelas dalam jangka masa atau tempoh tertentu. Melalui kaedah ini, pelajar yang diasingkan tersebut akan merasa bosan dan hatinya melonjak-lonjak untuk bersama pelajar yang sedang belajar. Lebih-lebih lagi ketika sesi pembelajaran itu, aktivitinya sangat menarik dan tertarik. Benar... ketika aku mengajar tadi, sedikit pun aku tidak mengendahkan pelajar di luar sana. Aku perasan kerana ada yang memegang kalkulator mencari jawapan pada soalan di 'whiteboard' dan Ada juga yang cuba bertanyakan soalan. Sahlah hati mereka sedang melonjak nak masuk ke kelas dan belajar.
Sedar tak sedar habis waktu aku dan mereka masih di luar. Setelah pelajar mengucapkan "terima kasih cikgu" ala upin & ipin, aku terus meninggalkan kelas dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang di "time-out" di luar sana. Ada riak ketakutan di wajah mereka. Aku jarang menghukum apatah lagi mendenda mereka sebegitu. Mereka selalunya belajar, ketawa, belajar dan ketawa apabila bersama aku. Tetapi lain benar kali ini...
Esok aku ada satu waktu dengan mereka. Dapatlah aku "brain wash" mereka yang di"time-out"
Label: mental, pengurusan tingkah-laku, time-out
Selasa, 20 Oktober 2009
Klik Untuk Download video ini
Isnin, 19 Oktober 2009
Sabtu lepas bersamaan 17.10.2009, aku agak sibuk sehinnga akhbar berita hairan yang aku beli tak sempat dibaca. Petang ahad berikut baru aku berkesempatan membacanya jerr. Itupun main selak-selak. Bukan apa, selagi panas perhimpunan agung UmNO belum reda, 1/6
Walau bagaimanapun, aku tertarik dengan satu artikel yang disisipkan dalam ikon lelaki XY , tanya pakar yang bertajuk “kawal marah”. Mungkin kena dengan batang hidung aku dan semua umat di dunia ini. Ya lah, mana ada orang yang tak pernah marah? Kalau tak marahkan orang, orang pulak yang marah dengan kita. Dalam temubual wartawan tersebut bersama Dr Rozmi Ismail iaitu pensyarah kanan pengajian psikologi dan pembangunan manusia UKM, bahagian pengurusan kemarahan atau anger management yang aku fikir elok dikongsikan bersama.
Menurut ahli psikologi, terdapat beberapa teknik yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan kemarahan iaitu;
1. Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberikan kepuasan kognitif.
Kata aku: ini teknik paling popular. Tapi tak nampak kerana tidak dizahirkan. Misalnya ketika lampu hijau di trafik light, tetiba seorang mat rempit weelie di sebelah anda. Masa tu kita berangan, ” kalau jatuh padan muka kau. Aku tak tolong. Tolong langgar ada la..”.
2. Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi dari perspektif mereka.
Kata aku: Ni pun teknik popular jugak kerana tidak dizahir. Jadi teknik yang selamat digunapakai. Contoh situasi apabila anda mendapat layanan buruk serta huduh semasa berurusan di mana-mana kaunter badan berkanun, swasta dan kerajaan. Masa tu hati berkata, ” sian betul sibadigol nih. Masa kecik-kecik dulu mak bapak dia tak ajor kesopanan dan kesusilaan gamaknyer”. Ataupun kita melihat dari perspektif mereka. ”kalau aku jadi deme pun aku marah jugak. Ada ke patut beli setem 3 kupang pakai not RM50”.
3. Menggunakan teknik diversi (penglihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain sementara menunggu kemarahan reda dan seterusnya bertindak secara rasional.
Kata aku: Teknik ni kekadang orang menyampah jugak. Bila tukar topik, channel atau buat benda lain supaya kemarahan kita pada sesuatu hal akan reda, orang lain pulak yang kene tempias kemarahan pasei hal tadi tu. Kalau tak melibatkan orang lain. Sedikit-sebanyak tumpuan kita agak sedikit terganggu sebelum kemarahan itu reda. Misalnya baru kejap tadi kawan yang pinjam kereta kita sms bagitau pintu kereta kemek terlanggar tiang telefon. Bengkek je hati. Nak redakan marah kita pun layan internet. Buka blog pastu karang le cerita. Sedikit-sebanyak memang effect le hasil karya itu. Silap haribulan keyboard pun lingkup sebab tekan kuat. Marah punya pasei le tuu.. Teknik ni bila dah lama-lama terror leh.
4. Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting dan tidak membawa apa-apa kesan.
Kata aku: Kat kampung aku ada sorang mamat yang agak lembut perwatakkannya. Apabila orang kampung dok kutuk-kutuk dia, mesti dibalas dengan kata-kata, ” tak de maknanye” sambil melentik-lentikkan badan ala mak nyah. Atau pun bila marah, kita pun set dalam minda, ” tak ada apa-apa. Kecik punya hal tu. Orang lain lagi teruk dari apa yang aku alami”.
5. Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.
Kata aku: teknik ini memang malatop dalam internet sama ada blog, email mahu pun forum-forum. Tak puas hati, marah atau geramkan sesuatu, memang berkarung-karung atau berguni-gunilah serapah-seranah yang dicoretkan. Kalau besar halnya, panjang lah karangannya. T
6. Melalui eksperesi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif.
Kata aku: teknik ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi serta memerlukan pemikiran yang masih berfunsi denganwaras dan rasional walaupun kepanasan api kemarahan telah menghampiri takat lebur logam kuprum. Misalnya anda seorang guru yang berdedikasi. Suatu hari di dalam kelas anda seorang pelajar dengan selamba telah melakukan sesuatu yang menyebabkan anda marah. Masa itu anda berfikir, ” walau pun perangai kamu buruk macam keldai. Tetapi nasib baik le kakak cun-melecun”. Walau bagaimanapun teknik ini ada kelemahannya. Misalnya penyebab kemarahan itu tiada apa yang hendak dibanggakan atau tiada sebab untuk dihormati. Atau pun dia memang sampah masyarakat yang seduit pun tak berguna. Dekat 30 minit mikior pun tiada satu pun sebab-musabab yang menyebabkan kita segan atau rasa hormat pada dia.
Selasa, 13 Oktober 2009
Sabtu lalu aku ke
Zip terbukak tuuuuu.. Mulanya aku bersimpati gak ngan mamat tu. Nak rasenya aku pegi kt telinga dia dan berbisik, “ Yop, zip seluar mike mcm tak tutup jeh”. Tapi dalam keadaan aku yg tengah sibuk melayan anak aku bermain di playground, maka tiadalah daya aku. Lagi satu aku tengok mamat ni pun kerek semacam jeh. Ngan spek cokelat, berseluor pendek dan berbaju roundneck yang memaparkan logo playboy, aku jd tawar hati le plak. Walau bagaimanapun, aku berdoa agar salah seorang ahli keluarga akan terperasan akan zip seluarnya itu. Klu idak, wui makkkk…. Satu perak tahu woooo… Tapi nasib mamat tu memang malang lehh.. haram... x de sorang pun perasan daripada keluarga dia perasan akan zipnyer itu. Lalu aku terfikir. Kenapa aku yang dijauh boleh terperasan ngan zip seluor dia? Mesti lehhh... klu dah dressing mcm tu, mmg la org pandang. Ngan spec cokelat, pki short dan baju logo playboy.. keluarga dia nk tgk buat hapenyer.. ari-ari dah tengok. Dari mula masuk foodcourt, cari meja dan pegi order makan aku rasenyer zip dia memang terngaga. Masa tgh mkn aku dapati dah tutup bersama deraian adik2 pompuannya yang dok tergelak-gelak. Mesti gelak pasei zip le tu. Rasa aku laaa...
Peristiwa zip seluar terbukak ni bukanlah satu benda yang baru berlaku. Aku sendiri pun penah jadik jugak. Tp Alhamdulillah ler sebab semua seluar yang aku pakai, klu zip terbukak pun masih x perasan sbb lidah seluornyer masih cover bahagian zip yang terbukak. Walau pun begitu setiap kali tersedar yang zip kite lupe tutup, akan ada satu perasaan aneh yang mula menyelubungi kita. Malu tu satu hal. Pastu mule leh terfikir ada org tengok ka? Tapi hidup harus diteruskan. Peduli hape deme nampak ke idak. Bukan nyer x pakai sepentot. Hatta zip ternganga sekali pun, masih ade sepentot yang cover zon larangan itew. Hahahahahaaaaaa... pastu kite wat dek je. Buat macam x de apa2 yang berlaku. Tu klu kejadian zip terlupa tutup itu berlaku di kalangan orang2 yg x kita kenali. Tetapi sekira ianya berlaku dikalangan orang2 yang kite kenali, rasenya tragedi itu akan panas paling kurang pun 2 minggu. Macam biasa lehhh.. hidup harus diteruskan. Apa nk buat, bende dah lepas. Bior le ke deme.
Kepada anda semua. Jalanilah kehidupan seperti yang dituntut oleh Islam. Pakailah seluor yang menutup aurat. Klu nak pakai short supaya kelihatan rugged dan semua orang pandang kat kiter, inilah padahnyer. Klu ke tandas, lepas buang air kecil, sucikanlah ia. Klu kencing tergopah-gapuh, kemungkinan untuk terlupa mengezip itu sangat tinggi. Tambah le plak kalau yang kencing berdiri... bila ke tempat orang ramai, sekali-sekala rabalah zip untuk pastikan ia tertutup rapat. Kalau kejadian sebegini berlaku kepada rakan anda, cerite le ke dia elok-elok. Tarik lah dia ke satu sudut dan maklumkannya dengan baik dan penuh berhemah. Jangan biarkan peristiwa sebegini menjadi mimpi ngeri anda selama-lamanya.
Label: zip
Kemudian diceritakan pula tentang ranking air yang paling baik untuk diminum. Ranking nombor 1 rupa-rupanya air hujan. Lagi bagus kalau air hujan itu di malam Jumaat ketika bulan penuh. seperkara lagi yang menrik tentang air, sekiranya anak-anak demam, mandikan mereka sehingga menggeletar terutamanya sejukkan bahagian tulang belakang. Katanya, kuman menigtis akan mati bila sejuk melampau.
Tu pasei klu bawak anak mandi kat Lata Lawin, memang sampai kecut dan menggeletor leh anak aku tu.
Label: lata lawin, sungai
Khamis, 1 Oktober 2009
Apabila ade tips baru, wa akan updated!
TIP 1
Bikin umpan kelah.
Caranya mcm ni..
TIP 2
Umpan eksotik
1.belalang togel... sejenis belalang yg seakan² pelesit tapi kaki belakangnya agak panjang...saiz lebih kurang besar jari kelingking je...
TIP 3
Buah Hutan.


buah neram ni biasanya berbuah pd bln Jun/julai dan mulai gugur sekitar penghujung Julai-Ogos..
buah maris pulak, musimnya awal skit dr buah neram iaitu sekitar bln Mei/Jun
TIP 4
Masalah umpan lembik...tp cara nak mengatasinya...jgn rendam dalam air.....
krn: i) umpan akan cepat perui (hancur) apabila main diair laju/berjeram. ii) minyak dari biji sawit akan ikut keluar dengan air yang kita rendam tu....!!!! iii) Kalau nak pikul masuk hutan....berat ngan air sbb air akan meresap masuk kedalam sabut kelapa sawit. iv) Bau kurang mengancam...!!!! Alternatifnya, masukkan dalam plastik (plastik beras atau pampers).....
biarkan perpeluhan dalam yang akan membasahkan sawit tersebut....
biarkan dalam 5-6 hari (tertakluk kepada matangnya buat sawit tu....) Awas, elakkan dari mengambil buah sawit yang besar tempurungnya...!!!!
TIP 5
Mata Kail Yang penting ianya berwarna hitam atau kelabu, berlengkuk bulat pendek, bertelinga dan sangat kuat seperti eagle Claw (saiz 1, 1/0 dan 2/0), Mustad (saiz 10, 12 dan 14) dan Hayabusa (saiz 1 hingga 4) Batu Ladung Batu ladung hidup bentuk buah kana bersaiz 3, 4 atau 5 (mengikut kederasan arus) Perambut Perambut sepanjang sat ke satu setengah kaki berketahanan antara 20 hingga 30 paun jenama Daiwa Crystal Clear, Tortue atau Maxima Chameleon. Cili Cili berwarna hitam jenama Rosco atau Tornado berketahanan 20 paun ke atas yang tidak berklip / berpin (jenis berklip mudah terbuka atau bengkok jika terkena asakan kelah yang besar)


TIP 6
Pantang larang ketika menduga kelah.
Pantang larang ni berdasarkan pengalaman wa dan rakan2.
- Jangan pakai baju yg terang2 ketika casting mahupun mancing bottom. Esspecially waktu siang, klu malam x kisah.
- Jgn mandi atau berendam kaki mahupun badan ke dlm sungai yg mana airjya itu kemudiannya mengalir ke lubuk atau port kita mancing. Kelah sensitif dengan kehadiran manusia. Kesensitifan mereka menyebabkan umpan kita kurang berselera utk dijamah mereka. Pppttuuiiii!