Khamis, 22 Oktober 2009

Hari UnMental Aku

Hari Mental Sedunia dah lepas. Hari ni adalah hari unmental aku. Tapi aku masih normal...

Setelah melakukan perancangan untuk ke Royal Belum hampir 2 bulan lalu. Minggu lepas diberitakan pula bahawa sekolah aku akan mengadakan LADAP pada sabtu ini iaitu bertembung dengan tarikh kami akan ke Royal Belum. Mulanya aku steady lagi. Aku harap pengetua akan memberikan pelepasan kepada kami berenam atas alasan trip kami itu telah awal dirancang merangkumi permit, sewa bot dan bayaran kepada pemandu pelancong. Tu belum masuk persediaan umpan-umpan yang diperam, peralatan perkhemahan, peralatan memancing, peralatan fotografi serta bahan makanan kering dan basah yang dah standby dalam bonet kereta aku.

Pagi tadi seawal jam 730 pagi akau melangkah dengan confident nyer berjumpa pengetua mengaborkan trip kami itu. Tengok dari riak mukanya macam x best je dan sudah pasti pengetua suruh kami attand jugak LADAP tu. Katanya, ramai cikgu tak ada. Kalau dilepaskan kami, lagi kuranglah guru. Aku surender... Memang betul kata pengetua. Sabtu ni juga ada Kursus Kepimpinan Ko-Kurikulum di Dewan Persidangan MDG. Situ je dah berbelas orang cikgu yang handle bebudak dari Unit uniform, kelab dan permainan. Pastu cikgu yang handal berbowling ada game PSKPP. Kemudian dekat berbelas orang jugak guru yang ada urusan peribadi. Nak tak nak kena datang jugalah LADAP kali 5 ni. Kali ke lima tu...

Mulanya disuruh kami tunda trip itu ke tarikh lain. Tak bleh boss.. Permit sudah bikin.. Tetapi dalam memastikan "win-win situation" berlaku dengan adilnya, kami tetap pergi ke Royal Belum. Tiada istilah tunda. Pergi tetap pergi. Royal Belum pergi, LADAP pun pergi. Sama-sama puas hati walaupun aku agak unmental bila keluar dari bilik pengetua.

Babak unmental aku seterusnya berlaku selepas waktu rehat. Kelas 2RKG2. Kelas tersebut adalah antara kelas mudah dapat bila diajar berbanding 5K2 dan 4K3 yang aku ngajar matematik. Walaupun syllibus Math dah habis, tetapi aku telah plan untuk membuat ulangkaji menggunakan buku latihan tambahan "Super Score" yang diorang beli awal tahun hari tu. Bila aku masuk je dalam kelas, ada 10 orang je student. Yang lain masih berfoya-foya di kantin, di koop atau di tandas gamaknya. Nantiler kome. Duduk le kome di luar kelas. Amaran bahawa sesiapa yang lewat masuk ke kelas melebihi 10 minit selepas waktu rehat akan beratur di luar kelas pernah aku war-warkan suatu ketika dulu. Perjanjian ini telah termateri antara aku dan semua pelajar 2RKG2.

Maka pada hari ini, ianya menjadi kenyataan. Sedang aku mengajar 10 orang pelajar di dalam kelas, selebihnya berdiri di luar kelas. Ini mengingatkan aku pada pengalaman aku mengajar murid pendidikan khas di TLDM Lumut 4 Tahun yang lalu. Satu kelas 4-8 orang je student aku.

Kaedah dendaan ini agak kasar pada mata kasar. tetapi inilah salah satu teknik pengurusan tingkah laku atau behavior management yang aku berguru di IPDA dan UPSI. Kaedah "Time-Out" iaitu mengasingkan pelajar dari suasana pembelajaran dalam kelas kepada suasana yang membosankan di suatu sudut dalam kelas dalam jangka masa atau tempoh tertentu. Melalui kaedah ini, pelajar yang diasingkan tersebut akan merasa bosan dan hatinya melonjak-lonjak untuk bersama pelajar yang sedang belajar. Lebih-lebih lagi ketika sesi pembelajaran itu, aktivitinya sangat menarik dan tertarik. Benar... ketika aku mengajar tadi, sedikit pun aku tidak mengendahkan pelajar di luar sana. Aku perasan kerana ada yang memegang kalkulator mencari jawapan pada soalan di 'whiteboard' dan Ada juga yang cuba bertanyakan soalan. Sahlah hati mereka sedang melonjak nak masuk ke kelas dan belajar.

Sedar tak sedar habis waktu aku dan mereka masih di luar. Setelah pelajar mengucapkan "terima kasih cikgu" ala upin & ipin, aku terus meninggalkan kelas dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang di "time-out" di luar sana. Ada riak ketakutan di wajah mereka. Aku jarang menghukum apatah lagi mendenda mereka sebegitu. Mereka selalunya belajar, ketawa, belajar dan ketawa apabila bersama aku. Tetapi lain benar kali ini...

Esok aku ada satu waktu dengan mereka. Dapatlah aku "brain wash" mereka yang di"time-out"kan itu. Akan aku rasionalkan mereka atas kesalahan mereka dan hukuman yang aku berikan kepada mereka. Aku sentiasa berdoa agar kesemua pelajarku akan berubah, berjaya serta menjadi orang berguna kelak. Fahi.. akma, nurul, nik, su, put, sarah, iman, azman, ro, pak tam dan ketu. Maafkan cikgu kerana aku bukan sekadar mengajar tetapi aku juga seorang yang mendidik.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...